Wajah saya seperti dilap dengan kain basah. Rambut saya seperti disisir lembut. Saya masih mendiamkan diri. Tangan dan kaki saya dipegang, entah apa yang dicari. Kemudian saya terdengar suara asing, anehnya saya memahami bahasa asing itu. Ianya suara seorang lelaki, jelas dan terang.
"Manusia ini mencari maut masuk ke dalam dunia kita, bagaimana dia boleh terselamat dari sotong raksasa itu?"
"Kapal yang dibawanya mempunyai peralatan canggih, boleh kata dia ini hidup dalam zaman moden"
"Dunia manusia sepatutnya tidak boleh tahu kewujudan Bandar di bawah sini, jika tidak mereka akan merampas semuanya"
"Bagaimana dengan dia?"
"Saya rasa... kita patut siasat pasal dia dulu"
"Kita gunakan telepati, tengok memorinya"
Saya merasakan kepala saya seperti diletakkan sesuatu. Mungkin mereka ingin membaca memori saya, saya mesti menghalang mereka.
Terlalu banyak memori yang tidak sepatutnya dilihat. Saya mula melakukan halangan melalui minda saya.
"Tidak dapat masuk" balas satu suara.
"Maksud?"
"Memorinya tersekat"
"Dia hanya manusia biasa, bagaimana dia boleh menyekat memorinya?"
"Jangan jangan dia sudah sedar"
Alat dikepala saya ditarik semula, tangan itu mula memegang tangan saya.
"Saya tahu kau sudah sedar, bangunlah sekarang" beritahu suara itu. Saya tidak berani membuka mata.
"Buka mata kau sekarang... tiada apa apa yang perlu ditakutkan" balasnya lagi.
Pegangan tangannya lembut dan memberi ketenangan. Perlahan lahan saya membuka mata. Pertama yang saya lihat ialah, sekumpulan duyung. Dan seorang lelaki berpakaian putih di sebelah saya. Wajahnya tidak ubah seperti manusia juga. Cuba bila berbicara, mereka tidak membuka mulut. Hanya berbicara melalui telepati. Saya bangun.
"Siapa nama kau?"
Saya ingin membuka mulut tetapi mulut saya berat.
"Cakaplah, gunakan telepati saja"
Saya mendiamkan diri dan mula berkomunikasi dengan menggunakan cara mereka.
"Marina"
"Marina?"
"Ya"
"Kau datang dari dunia manusia?"
"Ya.."
"Apa tujuan kau masuk ke dalam dunia kami?" soal yang seorang lagi. Wajahnya serius.
"Saya terdampar di sini secara tidak sengaja"
"Kau tau apa hukumannya kalau kau menyebarkan Bandar ini kepada dunia manusia?"
"Saya tidak tahu, maafkan saya"
"Saya akan...!"
"Cukup, sudahlah... jangan takutkan dia" lelaki pertama tadi memberi arahan.
"Tapi, dia ni penceroboh!"
"Dia sudah cakap, tidak sengaja, berilah dia peluang" beritahu lelaki itu dengan tenang, kenapa dia berpihak pada saya? Dia memandang saya.
"Saya berpihak pada kau sebab saya percaya" balasnya. Baru saya perasan, segala apa yang saya fikirkan mereka boleh merasainya. Kali ini saya kena lebih berhati hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
HILANG
FantasyPercintaan antara dunia fantasi dan realiti bukan setakat dalam mimpi saja lagi. Ia boleh menjadi kenyataan selagi kita percaya pada takdir. Percintaan luar biasa seorang gadis bernama Marina akhirnya terputik juga ketika dia membuat kajian di dalam...