"Saya tidak izinkan kau meninggalkan saya, Marina. Saya cintakan kau! Saya tidak mahu kehilangan kau!"
Saya memandang ke arah Zerone.
"Maafkan saya ... kerana memarahi kau, Zerone..."
Zerone tidak menjawab.
"Kami akan cari ikhtiar untuk selamatkan kau" bisik Zerone lalu dia meninggalkan bilik itu. Saya tidak menjawab. Saya boleh rasakan jiwa raganya terseksa melihat keadaan saya. Pembantunya di dalam bilik itu juga tidak mengucapkan apa apa.
"Adakah keadaan saya makin teruk?"
Mereka hanya mengangguk.
"Berapa masa yang saya ada?" Tanya saya lagi.
"Mengikut kiraan, kau masih ada masa 24 jam. Jika kau terlewat diberikan penawar bisa racun itu, kau akan mati" balas mereka.
"Binatang apa yang menyengat saya?"
"Itu ialah sejenis sotong purba yang diberinama sebagai Oktapusrian, dalam bahasa kami. Kakinya mengandungi racun yang sangat berbisa, kaum duyung juga pernah menjadi sasarannya"
"Dan raja yang menculik saya, apa jadi dengan mereka?"
"Putera Zerone sudah memutuskan hubungan dengan mereka, mereka tidak berkaitan lagi"
Saya diam. Tiba tiba saya termuntah lagi. Keadaan saya semakin tenat.
"Marina, perubatan di dunia kau dapat mengubati kau, kan?" Saya pandang mereka. Kenapa mereka tahu?
"Saya tidak tahu" balas saya.
"Kami sudah meneroka beberapa memori kau semasa kau pengsan, perubatan kamu memang canggih, mungkin dapat selamatkan kau"
"Saya tidak mahu kembali lagi ke sana, tiada gunanya saya kembali jika..."
"Kau sudah hapuskan memori manusia yang kau cintai, kau boleh kembalikan memori itu kembali"
Saya mengangkat muka.
"Apa maksud kamu?"
"Kembalikan masa sebelum kau berjumpa dengan putera kami, hanya ini cara agar kehidupan lalu kau bermula sekali lagi"
"Bolehkah?" Tanya saya lagi.
"Memang boleh, sebab... jantung lautan itu sekarang dalam proses menyembuhkan kau tapi ia perlukan ubat yang lebih kuat, ia Cuma menghalang racun dari masuk ke dalam jantung kau pada saat ini"
"Adakah putera Zerone tahu?"
Mereka mengangguk.
"Saya tidak mempunyai kuasa untuk memutar masa" balas saya.
"Kapal kau, ia boleh kembali semula keruang masa pertama, ini adalah ciptaan manusia yang kau cintai, kan?"
Saya mengerutkan kening. Kapal devil-eye boleh mengembalikan ruang masa? Maksudnya boleh berundur masa? Seperti mesin masa? Saya semakin bingung.
"Ya, itulah yang kami cuba sampaikan"
Jika saya masuk semula dalam kapal itu dan kembali ke ruang masa pertama, mungkin saya boleh selamat. Sebelum Noel khawin, memorinya akan dikembalikan ke asal. Seperti mula mula dahulu, patutkah saya lakukannya?
Tiba tiba,
"Saya tidak setuju cara begini!" suara Zerone memecahkan suasana. Pembantunya yang lain menjadi kecut dengan kehadiran putera mereka.
"Kamu mencadangkan dia masuk ke dalam alam kematian, kamu tahu dengan menggunakan mesin masa, apa yang terjadi? Putaran masa akan menjadi laju seperti memakan setiap inci jiwa kau, jika dia mengharungi masa itu, dia tidak akan bertahan lama, dia akan kembali tapi dalam keadaan tidak bernyawa lagi!" balas Zerone. Mereka tidak menjawab. Saya padang ke arah Zerone.
"Saya akan bawa kau ke satu tempat yang boleh menyembuhkan kau, Marina. Tidak perlu gunakan perubatan dunia manusia"
"Ke mana?"
Zerone tidak bercakap banyak, dia mengangkat saya lalu membawa saya ke satu tempat. Sebuah kapal mini yang sudah tersedia dan dia letakkan saya di sebelahnya. Badan saya semakin lemah.
"Zerone.... Adakah kau rasa tindakan kau ni, betul?" suara ibunya memecahkan suasana.
"Saya terpaksa ma..." balas Zerone.
"Kau sudah berterus terang dengan dia?"
"Saya akan lakukan semasa dalam perjalanan nanti" beritahu Zerone lalu dia pun meninggalkan ibunya. Zerone masuk ke dalam kapal dan menghidupkan injin. Saya masih terbaring lemah.
"Tolong bertahan sedikit masa lagi, Marina. Saya akan sembuhkan kau"
Saya diam.
"Kau berehatlah. Kita akan melalui satu perjalanan yang agak jauh..."
Saya menutup mata. Sehingga saya terlena. Dalam mimpi itu saya mula melihat satu keluarga bahagia, mereka sedang bermesra dengan anak anak mereka. Anak anak itu sudah besar, sekitar dalam usia 12 hingga 14 tahun. Lelaki itu ialah... Noel? Tiba tiba perasaan saya sebak sekali lagi. Dari ketawanya, renungan matanya untuk isterinya membuatkan hati saya cukup terseksa, Noel sekarang sudah hidup bahagia bersama keluarganya. Mana mungkin dia akan....
"Marina, bangun! Kenapa kau menangis?" saya membuka mata, Zerone berada di depan saya. Wajahnya risau melihat keadaan saya.
"Kenapa?"
"Badan kau bergegar, tanpa henti, sebab itulah saya bangunkan kau, Marina... kulit kau sudah berubah warna..."
Saya memandang ke arah kulit saya. Ia penuh dengan bintik bintik berwarna merah. Kalau dalam dunia manusia, ia seolah olah seperti terkena cacar.
"Keadaan kau semakin teruk, malangnya perjalanan masih jauh, kau berehat saja, jangan fikir yang bukan bukan"
"Sebenarnya kita mau ke mana?" soal saya.
"Saya bawa kau berjumpa dengan ratu"
"Ratu?"
"Dia boleh mengubati pelbagai penyakit, tapi ia perlukan ..." Zerone tidak menyambung kata katanya.
"Dia perlukan apa?"
"Dia perlukan sesuatu sebagai ganti"
"Apa yang dia perlukan?"
"Saya akan berikan dia jantung saya sebagai ganti" balas Zerone. Saya terkejut.
"Kalau kau berikan jantung kau... kau akan..."
"Tapi asalkan kau selamat, itu sudah cukup"
"Saya tidak mahu!"
Kapal itu berhenti. Kami mendiamkan diri. Zerone tidak menjawab.
"Ratu di utara mempunyai kuasa tinggi untuk mengubati sebarang penyakit, kaum kami mempunyai jantung hidupan abadi, dengan memakan jantung kami, dia akan hidup lebih lama lagi" beritahu Zerone berterus terang.
"Kalau kau mati, apa gunanya saya hidup?" Tanya saya. Zerone memandang saya.
"Saya rela korbankan diri untuk kau, Marina" bisik Zerone.
"Saya... tidak suka.... Begini" balas saya.
"Kalau kau mati, saya tinggal sebatang kara" balas saya.
"Apa tu sebatang kara?" soal Zerone.
"Kalau kau mati, saya tinggal seorang diri lagi! Siapa yang akan menemani saya jika kau tiada?" ucap saya lagi.
"Saya akan biarkan benih saya hidup dalam diri kau"
Saya terkejut.
"Benih?"
"Sebelum saya mati, saya akan pastikan benih saya akan hidup dalam diri kau, kau akan jaga dia seperti kau jaga saya"
"Saya tidak faham"
"Kita tidak boleh melakukan hubungan intim sekarang memandangkan badan kau penuh dengan racun"
YOU ARE READING
HILANG
FantasyPercintaan antara dunia fantasi dan realiti bukan setakat dalam mimpi saja lagi. Ia boleh menjadi kenyataan selagi kita percaya pada takdir. Percintaan luar biasa seorang gadis bernama Marina akhirnya terputik juga ketika dia membuat kajian di dalam...