HILANG Part 17

26 3 0
                                    


"Silakan masuk cik Marina. Masa melawat masih buka"

Akhirnya saya diberi kebenaran untuk masuk. Nampaknya kuasa telepati saya semakin baik, tidak sangka saya mempunyai kuasa itu. Saya tersenyum sendiri. Kemudian saya masuk ke dalam bangunan itu. Saya menuju ke kaunter pertanyaan.

"Maaf, boleh saya tahu di mana bilik pesakit yang bernama Ukraine Noel?"

Jururawat memandang saya, saya hanya merenung dia kemudian dia tersenyum.

"Tingkat 8. Bilik paling hujung"

Saya mengangguk kemudian saya melangkah masuk ke dalam lif. Jantung saya rasa berdebar debar. Adakah Noel akan ingat saya atau... bagaimana? Saya tidak tahu bagaimana rupanya sekarang. Saya sudah terlalu lama berada di dalam laut kerana dikurung oleh putera gila itu!

Ting! Pintu lif dibuka. Saya melangkah keluar. Bau ubatan mula menyengat hidung saya. Kuatnya bau ini! Saya menutup muka dengan menggunakan topeng muka. Perlahan lahan saya melangkah ke bilik paling hujung. Rupanya bilik Ukraine Noel di kawal oleh dua orang pengawal. Saya jalan menuju kea rah mereka.

"Kenapa kamu berdua berkawal di sini?"

"Pesakit ini tidak boleh dilawat oleh orang luar" jawab mereka. Saya memandang ke arah mereka.

"Siapa cakap tidak boleh?" Tanya saya. Pada mulanya mereka tidak bergerak, akhirnya mereka bangun dengan tergesa gesa sambil membuka kunci.

"Silakan masuk, cik... "

Saya melangkah masuk. Saya melihat Ukraine Noel duduk membelakangi saya. Saya kasihan melihat keadaan dia. Badannya diikat. Kakinya dirantai. Kenapa dia dilayan sebegini rupa? Bisik saya. Perlahan lahan saya berjalan ke arahnya. Saya menuju di depannya. Saya menutup mulut kerana mulutnya dibalut dengan gam. Matanya tertutup rapat. Kepalanya dibalut. Apa sudah jadi dengan dia?

Saya memegang bahunya. Dia membuka matanya. Dia mengerutkan keningnya.

"Noel... kau masih ingat pada saya?" bisik saya, lembut. Dia memandang saya. Kemudian dia cuba berkata sesuatu. Perlahan lahan saya membuka balutan di mulutnya. Dia ketawa.

"Kau ni siapa? Kau ni siapa?" tanyanya berulang kali. Kenapa Ukraine Noel boleh menjadi gila begini? Saya melihat lengannya penuh dengan bekas jarum. Mungkin dia diberi suntikan melebihi dos. Tiba tiba hati saya sedih melihat keadaannya. Saya pegang tangannya. Dia hanya melihat saya tanpa berkelip. Saya menutup mata. Perlahan lahan, dengan tenaga yang ada dalam diri saya, saya menyedut kembali ubat yang pernah disuntik ke dalam badannya.

Biarpun sudah berlalu dalam jangka masa yang lama, perlahan lahan, ubat itu berkumpul menjadi satu, ia keluar perlahan lahan dari bekas jarum di lengannya.

Mata Noel hanya melihat keadaan itu, perlahan lahan memorinya beransur pulih, kerana kesan ubat itu yang telah membuatkan dia menjadi gila.

Cecair itu mengalir menuruni dari tangannya lalu jatuh ke lantai, ubat itu berwarna hijau dan berbau busuk. Saya sedut semua dan membersihkan darahnya.

Dalam tekanan itu saya juga dapat merasakan kesakitan yang amat sangat. Saya berpeluh. Tenaga saya berkurangan seketika. Selesai semuanya lebih kurang beberapa minit, saya membuka mata.

Perlahan lahan saya mengangkat muka.

"Ma....Marina.... kau kah .... "

Saya tersenyum. Noel memandang saya. Dia sangat terkejut melihat kehadiran saya di sana. Saya peluk dia.

"Maafkan saya Noel! Maafkan saya!"

"Marina.... Macamana kau boleh datang ke sini? Kalau mereka tahu, mereka pasti akan menangkap kau juga!" jawab Noel, cemas.

"Kenapa kau ditangkap begini? "

"Ini adalah arahan professor berut. Dia merampas semua kajian saya terhadap segitiga Bermuda! Sebelum dia tahu, lebih baik kita keluar dari sini dengan segera!"

Saya pun membuka ikatan tali, tapi kakinya masih dirantai.

"Bagaimana dengan kaki kau?"

Noel cuba menarik rantai itu tetapi dia tidak mampu.

"Noel, kalau saya buat sesuatu diluar jangkaan, jangan terkejut ya"

Noel mengerutkan keningnya.

"Apa maksud kau?"

Saya tidak menjawab. Saya memegang rantai itu dan dengan sekali tarikan saja, rantai itu putus! Noel terkejut melihat tenaga saya.

"Kau sudah hilang lebih dari 6 bulan, Marina... macamana kau kembali? Saya tidak dapat mengesan kapal devil-eye lagi, saya tidak dapat menerima kenyataan yang kau akan mati dalam pusaran itu"

"Kita akan cerita kemudian, Noel. Sekarang kita perlu keluar dari sini"

Saya memanggil pengawal tadi dan menyuruh mereka masuk. Saya mengawal fikiran mereka lalu tanpa membantah menyuruh mereka membuka pakaian dan pakaian itu diberikan kepada kami berdua. Pengawal itu seolah olah sudah dipukau oleh saya. Noel masih tidak dapat menangkap perkara yang berlaku.

"Marina, kau berbeza!"

"Saya tahu dan cepat keluar dari sini!"

Kami menyamar menjadi pengawal keselamatan dan keluar dari dalam bangunan itu tanpa diketahui oleh mereka yang lain. Rancangan kami berjalan lancar. Selepas jauh dari bangunan itu barulah Noel memeluk saya dengan erat.

"Saya sangat merindukan kau, Marina! Nasiblah kau pulang... dan bagaimana saya boleh sembuh begini, kau sudah keluarkan semua ubat yang disuntik masuk ke dalam badan saya..."

"Noel, sebenarnya saya banyak mau ceritakan kau pasal pengalaman saya terkurung dalam laut itu"

"Kau terkurung? Bagaimana?"

"Panjang ceritanya, Noel. Kalau saya ceritakan, pasti kau tidak percaya dan selepas saya keluar, saya tidak tahu saya memiliki kebolehan mereka. Saya yakin, mereka pasti mencari saya sekarang ini!"

"Cerita kau tidak ubah seperti..."

Tiba tiba kami melihat beberapa buah kereta polis sedang memulakan rondaan. Kemungkinan besar kehilangan dr Ukraine Noel sudah dilapor. Pugai telepati itu tidak bertahan lama, hanya dalam sekitar 15 hingga 30 minit sebelum kembali ke posisi asal. Noel menarik tangan saya.

"Kalau saya hilang, saya akan diburu, Marina... "

"Kenapa kajian kau dirampas?"

"Bukan kau tidak kenal dengan Prof Berut. Seorang yang tamak jawatan!! Habis semua barangan makmal dirampas olehnya"

"Bagaimana keputusan pertandingan maut hari tu?"

"Hanya dua yang dapat pulang"

"Saya hilang?"

Doctor Ukraine mengangguk. Dia memeluk saya lagi.

"Saya masih percaya kau hidup, Marina. Ciptaan devil-eye saya memang tidak mengecewakan. Kau masih memilikinya?"

Saya menggelengkan kepala.

"Kapal itu dalam simpanan mereka"

"Siapa, mereka?"

"Manusia Bermuda itu..."

"Manusia Bermuda? Kau ada menjumpai apa apa di sana?" Tanya Dr Ukraine. Saya diam. Perlukah saya ceritakan pada Noel? Kalau saya ceritakan pada dia, dia boleh simpan rahsia?

Saya bimbang jika dia berubah fikiran, dia akan menggunakan segala kepakarannya untuk menceroboh dunia manusia dalam laut.

"Tiada yang tinggal di sana, kapal itu rosak teruk" saya terpaksa berbohong pada Noel.

"Jadi, selama 6 bulan ini kau terselamat dari siapa? Macamana kau hidup?"

"Saya..."

"Saya terdampar di satu pulau...."

Noel diam. Kemudian dia membawa saya di satu tempat.

HILANGWhere stories live. Discover now