Tiba tiba...
"Marina.... Jawab sekarang... kau di manaaa..." suara itu mula datang dengan perlahan lahan.
"Zeroneee... tolong sayaaa.... Zeroneeee"
Saya tahu hanya Zerone saja yang boleh membantu saya keluar dari sini.
"Marina? Kau ok kah? Siapa yang tangkap kau? Cakap!"
"Ukrainee"
"Kau sudah berada di dalam dunia manusia??"
"Zerone... maafkan saya... saya tidak tahu jadi begini... tolonglah saya.... Zeronee..."
"Saya kecewa kau tidak mempercayai saya sepenuhnya, Marina. Kau terlalu bodoh kerana mempercayai semua yang ada di depan mata kau, hari itu saya sengaja membuat kau kecewa kerana saya sudah tahu apa yang dia cuba lakukan pada kau jika kau benar benar kembali..." suara Zerone jelas menunjukkan yang dia sangat kecewa dengan keputusan saya.
"Zerone, kalau kau masih cintakan saya, tolonglah lepaskan saya dari sini... saya berjanji akan terus hidup bersama dengan kau... saya tidak percaya pada Ukraine lagi..." saya mula menitiskan air mata.
Zerone tidak menjawab lagi. Saya tahu dia marah pada saya. Kemarahan Zerone sudah sampai ke kemuncak. Saya diam. Saya pasrah. Maafkan saya.
***
Masa berlalu dengan pantas. Setiap hari darah saya diambil untuk dijadikan bahan kajian, badan saya semakin lemah. Ukraine hanya melawat saya apabila perlu.
"Hello, sayang... kau sihat"
Saya tidak menjawab. Saya semakin benci pada Ukraine.
"Maafkan saya sayang... nampaknya alat pengesan itu berjalan dengan lancar, kami akan turun ke dalam laut hari ini untuk melihat sendiri"
Saya pandang Ukraine.
"Mereka akan menyerang kamu dengan sekelip mata saja, Ukraine"
Dia ketawa kelucuan.
"Mereka orang laut! Alat senjata apa yang boleh menandingi kehebatan kami?" Tanya Ukraine dengan nada ego. Saya diam.
"Kau tidak cintakan saya kan?" Tanya saya. Ukraine memandang saya.
"Saya cintakan kau, tapi kau sudah berbeza, sekarang kau hanya bahan ujian saya, dan... " Ukraine memegang perut saya.
"Tentu benih saya sedang membesar dalam perut kau..." Ukraine tersenyum kecil lalu meninggalkan saya.
"Jangan ganggu mereka!" jeritan saya tidak dipedulikan. Apa yang perlu saya lakukan?
Ikatan tali ini sangat kuat hingga tenaga saya tidak dapat melawannya. Saya melihat ada wayar biru yang disambungkan dari tangan saya ke satu mesin. Di sana mesin itu mencatat semua aktiviti saya. Patutlah saya tidak bertenaga. Ia seolah olah mengawal saya.
Seperti biasa dalam rutin harian saya, ikatan tangan saya hanya dibuka semasa saya diberikan makanan. Kemudian pintu diluar akan dikawal oleh pengawal. Seorang jururawat membuka ikatan tali dan memberikan saya makanan.
Selepas itu dia keluar tanpa mengucapkan apa apa. Saya melihat makanan. Entah mengapa hari itu saya tidak berselera. Tiba tiba hujan kuat turun mencurah curah.
Sudah 3 hari saya tidak berjumpa dengan Ukraine, mungkin dia sudah membawa kapal selam itu masuk ke dalam lautan dan melihat sendiri. Saya harap mereka tidak menjumpai Bandar bawah laut itu.
"Ada sesiapa di luar?"
Pintu dibuka oleh seorang pengawal.
"Saya mau ke tandas"
Dia mengerutkan kening.
"Perut saya sakit"
Akhirnya dia masuk ke dalam bilik. Dia membuka ikatan tali kemudian dia membawa saya masuk ke dalam tandas. Saya langsung tidak berpeluang untuk mengawalnya kerana dia memakai cermin mata gelap. Tentu mereka sudah mengkaji kebolehan saya. Dalam tandas, saya mula memasang air di tab sehingga penuh.
"Saya mandi dulu, badan saya panas" jawab saya. Pengawal itu tidak menjawab tapi saya yakin dia mendengar. Sekejap saja tab mandi penuh, di sana saya mula menggunakan rantai pemberian Putera Mairen, saya memusingkan air itu dengan rantai tadi. Nasiblah Ukraine tidak ambil peduli pasal rantai yang dipakai oleh saya. Sebab ia kelihatan biasa saja dan memang ada terjual di kedai kedai.
Selepas membuat pusaran kecil saya masuk ke dalam tab dan saya tenggelamkan badan saya. Saya menutup mata.
"Zerone, bawa saya pergi, tolong....saya merayu pada kau..." badan saya seolah olah mengembang. Perlahan lahan saya bernafas dalam air itu. Saya masih menutup mata, saya tahu badan saya kini sudah semakin pudar dan tunggu masa untuk hilang sepenuhnya.
Saya mesti cepat! Jantung lautan yang hidup dalam badan saya mula bertindak mengaktifkan sel dalam badan saya. Air tab berubah hijau, akhirnya seperti dibawah arus, saya hilang sekali lagi!
***
Putaran masa itu berlaku dengan pantas! Badan saya seperti disambut oleh seseorang. Saya buka mata! Zerone sudah berada di depan mata saya.
"Zerone!!!" saya memeluknya. Badan saya rasa melekit. Saya hairan, saya datang dari mana?
"Nasiblah jantung lautan sudah terbentuk dengan sempurna lalu membawa kau pulang semula ke sini" jawab Zerone dengan pandangan serius. Saya tahu dia marah pada saya.
Saya dibawa masuk ke dalam jantung lautan lalu ia memuntahkan saya kembali. Nampaknya kegunaan jantung lautan adalah seperti mesin masa!
"Zerone..." saya menunduk ke arahnya. Saya melutut tapi laju dia memegang bahu saya dan memeluk saya.
"Tolong jangan buat begini lagi, Marina! Tolong ya!"
Saya pandang dia. Kemudian saya mencium bibirnya, lembut. Dia terkejut dengan tindakan saya.

ANDA SEDANG MEMBACA
HILANG
FantasyPercintaan antara dunia fantasi dan realiti bukan setakat dalam mimpi saja lagi. Ia boleh menjadi kenyataan selagi kita percaya pada takdir. Percintaan luar biasa seorang gadis bernama Marina akhirnya terputik juga ketika dia membuat kajian di dalam...