HILANG Part 7

36 3 0
                                    


"Benarkan dia" beritahu dia pada mereka. Saya masih kehairanan.

"Benarkan apa?"

"Saya menyuruh mereka memberi kau sedikit kelonggaran. Asalkan kau kekal di sini"

Saya diam. Saya tahu dalam 3 minggu itu pasti Doktor Ukraine sudah berusaha mencari saya.

"Siapa Doktor Ukraine?" kali ini saya terlepas fikir lagi. Saya perlu sesuaikan diri.

"Dia rakan saya" balas saya.

"Kau patut melupakan dunia luar"

"Bagaimana dengan kau?"

"Saya sudah lupakan semua, bagi saya dunia luar tidak penting"

Tiba tiba datang seorang lelaki lagi. Wajahnya agak cemas.

"Gempa akan berlaku! Kita kena duduk diam dalam Bandar!"

Saya terkejut. Gempa?

Lelaki tadi menarik tangan saya, saya mengikutinya masuk ke dalam Bandar. Perlahan lahan seperti ada cermin besar menutupi keseluruhan Bandar. Ikan duyung mula berenang mencari tempat perlindungan. Jantung lautan mula berdegup kencang.

"Apa yang berlaku?"

"Dunia manusia diserang gempa" beritahunya.

"Semua sekali?"

"Ya, tempat tinggal kau juga akan diserang gempa dan tsunami yang besar, tiada manusia akan selamat darinya"

Tiba tiba saya berasa sebak. Saya memeluk lelaki itu tanpa segan. Saya tahu saya akan kehilangan Noel dan kawan kawan saya yang lain.

"Saya turut bersedih di atas kehilangan orang tersayang kau, Marina" balas lelaki itu. Tiba tiba satu getaran kuat mula melanda. Keadaan Bandar masih stabil, getaran itu mengambil masa beberapa minit.

Cermin perlindungan mula mengambil tempat. Keadaan laut tidak stabil. Saya melihat jam, skala mula meningkat. Ini ialah gegaran dan perlanggaran tsunami paling besar dalam sejarah! Sudah pasti keadaan sekarang lautan akan bergelora, ombak akan menghempas pantai dan angin akan bertiup kencang. Lelaki itu memegang kepala saya.

"Saya akan cuba bawa kau menyelam di dunia manusia untuk melihat keadaan mereka"

"Bolehkah?"

"Sudah tentu boleh"

Selepas dia meletakkan tangannya di kepala, saya dapat rasakan roh saya dibawa naik dengan pantas. Masa itu hujan turun dengan lebatnya! Pusaran segitiga Bermuda sudah bermula. Pusaran puting beliung mula menyerang Bandar besar. Air laut mula meninggi. Tiada manusia akan selamat dalam keadaan cuaca begini.

Sekejap saja air besar itu menyerang Bandar besar, manusia berlari mencari tempat perlindungan, kanak kanak terbiar, lemas, Bandar mengalami kerosakan teruk! Seolah olah keadaan dunia sudah tidak selamat. Seperti hari kiamat! Semuanya hilang dalam sekelip mata!

Lelaki itu melepaskan tangannya bila melihat saya mula menangis tidak henti henti.

"Marina, Marina! Sedar!" saya buka mata.

"Jangan biarkan keadaan dunia manusia membuat kau lemah, ini memang sudah tertulis dalam sejarah manusia, dunia semakin tua, kau harus ingat itu!"

"Dunia akan kiamat jika bencana berterusan seperti ini" balas saya.

"Kau benar, bencana akan berterusan, tiada yang selamat"

"Kenapa kamu tidak selamatkan manusia"

"Dunia kami berbeza, lagipun manusia bukan semua boleh diselamatkan, biarlah mereka mencari jalan sendiri"

"Dari cara kau bercakap, seolah olah kaum kamu pentingkan diri sendiri"

"Kau marah pada siapa?"

"Pada kamu, kamu semua!"

"Marina, fikiran kau sudah terjejas, lebih baik kau serahkan saja jiwa kau pada jantung lautan agar kau lebih tenang menghadapi semuanya"

"Zerone! Tolonglah fahami keadaan manusia!"

Lelaki itu terkejut. Dia memandang saya dengan pandangan serius.

"Setahu saya, saya tidak pernah beritahu kau nama sebenar saya, macamana kau tau?"

"Nama kau.... Zerone kan?" Tanya saya lagi. Dia tidak menjawab.

"Kau ni... siapa?"

Dia cuba memegang saya tapi saya menepis.

"Jangan pegang saya lagi"

"Marina, saya tahu, kau berniat mau lari dari sini, tapi lihatlah sekarang, keadaan di luar tidak sesuai untuk kau melarikan diri, kalau kau teruskan kau akan mati!"

"Manusia hidup memang ditakdirkan untuk mati, tidak mungkin hidup untuk selama lamanya"

"Bagi saya, kau berbeza dengan mereka, cakap pada saya, sejak kecil kau selalu mengalami D'ORA kan?"

Saya hairan.

"D'Ora?" saya mengerutkan kening tanda tidak faham.

"Seperti boleh membuat ramalan sebelum kejadian, itulah yang dipanggil sebagai D'ORA" balas lelaki itu.

"Ya! Memang dari kecil saya ada kebolehan itu, jadi apa masalah?" Tanya saya lagi.

Dia diam.

"Nampaknya kemunculan kau dalam dunia kami ada gunanya, tiada di antara kami mempunyai bakat seperti itu,"

"Jadi kau mau gunakan saya untuk meramal masa depan kamu?"

Dia tersenyum.

"Kau memang boleh tahu semuanya, kan?"

Dia menepuk tangan. Tiba tiba badan saya dikunci.

"Bawa dia di dalam bilik khas, dialah yang kita cari selama ini"

Saya mula meronta.

"Jangan melawan Marina, ini untuk kebaikan kau juga"

"Kau gunakan saya untuk kerja kotor begini, kamu sudah hidup lebih dari 3000 tahun, untuk apa gunakan saya ramal masa depan kamu?"

"Kami tidak yakin segitiga Bermuda tidak akan diterokai oleh dunia luar, jika mereka berjaya masuk ke sini, Bandar bawah laut akan dirampas oleh mereka, segala ciptaan kami di sini akan diguna oleh mereka, kau ingat bukan manusia saja yang pentingkan diri? Manusia lebih teruk!"

Saya diam. Selepas itu saya ditarik masuk ke dalam satu bilik khas, bilik itu kosong, lantainya pasir yang boleh berubah warna. Dinding bilik itu juga boleh berubah.

"Sementara ini, kau tenangkan fikiran dulu, segala apa yang kau fikirkan akan terpancar dalam dinding ini, jadi jangan ingat kami tidak membacanya" beritahu lelaki itu lalu meninggalkan saya. Saya menuju ke pintu dan cuba membukanya, malangnya pintu itu tidak mempunyai tombol. Ia seolah olah seperti dinding.

Saya menjerit kemarahan. Nasiblah jam tangan pemberian Noel tidak ditanggalkan. Saya duduk diam. Saya menekan sesuatu. Ada lambang Bluetooth di bahagian bawah, saya belum pernah menggunakan lambang itu. Tanpa berfikir panjang saya menekannya. Ia berkelip warna biru. Lepas tu saya melihat perkataan connecting to devil-eye device.

Rupanya jam ini berhubung terus dengan kapal selam ciptaan Noel. Saya gembira. Dengan kapal selam itu saya akan melarikan diri dari sini!

Bummm~!! Sekali lagi Bandar itu mengalami gegaran kuat. Cermin pertahanan mereka masih kukuh. Saya mula merasakan satu getaran asing masuk dalam fikiran saya. Apa yang berlaku? Kepala saya mula sakit. Kenapa masa sekarang? Seperti terkena renjatan, mata saya mula memainkan peranan, suasana di Bandar itu menjadi kucar kacir! 

HILANGWhere stories live. Discover now