"Maafkan saya, Zerone.... " bisik saya. Dia membalas ciuman itu. Kemudian dia membawa saya masuk ke dalam satu ruangan, pakaian saya ditukar. Ibunya memandang ke arah saya. Dia peluk saya.
"Nasiblah kau selamat! Bukan mudah membawa kau pulang ke sini semula, ia perlukan pengorbanan!"
Saya pandang dia.
"Pengorbanan?"
"Jiwa duyung ditukar dengan kehadiran kau ke sini, "
Saya terdiam, jadi pertukaran itu berlaku begitu. Saya rasa bersalah. Selesai saya memakai pakaian saya, saya menuju ke arah Zerone.
"Di mana kau letakkan cincin itu, Zerone?"
"Kenapa kau Tanya?"
"Buang cincin itu sekarang! Itu adalah alat pengesan!"
"Jangan risau"
"Kenapa?"
"Cincin itu sudah dibuang ke dalam lubang neraka, saya sempat membuangnya masuk ke dalam tempat tinggal sotong purba..."
Saya terdiam. Jadi maklumat yang bakal diterima oleh Ukraine dan Prof Berut ialah lokasi menuju ke lubang maut, mereka akan mati di sana.
"Ya, mereka akan mati" balas Zerone. Saya pandang dia.
"Saya tidak menyesal jika mereka mati, dan Ukraine... saya akan lupakan dia untuk selama lamanya, saya tidak menyangka dia akan mengumpan saya begini" bisik saya, sedih. Zerone memandang ke arah saya.
"Dunia manusia memang bijak tetapi tidak mungkin akan menandingi kebijaksanaan orang dalam dasar laut, teknologi kami jauh berbeza dengan mereka"
Saya diam. Rantai yang dipakai oleh saya juga sudah hilang, entah ke mana, harap kembali kepada Putera Mairen.
"Kau jumpa dengan Putera Mairen?"
Saya pandang Zerone, saya terlepas fikir lagi!
"Dia sudah ceritakan pasal kau"
"Saya tahu, dan saya ingin mengucapkan terima kasih pada dia kerana selamatkan kau, Marina, maafkan saya pasal Ratu Utara, saya tidak berniat untuk menipu kau juga"
"Kenapa kau tipu saya, saya tidak sedar?"
Zerone tersenyum kecil. Dia mengusap kepala saya.
"Sebab kau bukan orang laut, keturunan kau di atas, bukan di sini, sekarang kau akan menjadi sebahagiaan dari kami jika kau.." kata kata Zerone terputus apabila beberapa ekor ikan duyung menghantar laporan.
"Mereka sudah masuk ke dalam lubang itu"
"Apa jadi?"
"Ada kejadian tembak menembak berlaku, mereka sedang bergelut dengan sotong purba. Dalam lubang itu terdapat puluhan spisis sotong purba, mereka akan mati dihimpit di sana"
Saya diam. Saya memegang tangan Zerone. Zerone pandang saya.
"Betul kau tidak menyesal?"
Saya menggeleng.
"Marina, jika saya meminta sesuatu, kau marah?"
"Cakaplah"
"Jadilah isteri saya"
Saya terdiam. Kali ini giliran Zerone pula melamar saya.
"Maknanya saya sudah jadi sebahagian dari kau di sini sampai bila bila?"
Dia mengangguk. Saya memandang wajahnya, seorang manusia laut yang berjiwa manusia, saya tersenyum padanya. Saya mengangguk.
"Saya sudi jadi isteri kau tapi dalam badan saya..." saya memegang perut saya. Zerone mengerutkan kening. Dia meletakkan tangannya di perut saya.
"Ada denyutan kecil di situ, adakah kau dengan Ukraine..."
"Ya, kami melakukan hubungan intim" balas saya tanpa berselindung lagi.
"Kalau begitu kita jagalah anak ini bersama"
"Kau tidak marah?"
Zerone menggeleng.
"Apa yang keluar dari badan kau, adalah milik saya juga, kita akan jalankan perkhawinan dengan segera" ucapnya sambil mencium bibir saya. Saya rasa tenang berada di sisi Zerone.
Bandar bawah laut dalam suasana yang warna warni, hari itu merupakan hari perkhawinan saya bersama dengan putera Zerone, saya terkejut bila melihat kehadiran Putera Mairen dari Negara putih, syurga laut.
"Marina! Kita bertemu lagi. Nampaknya kau sudah melupakan usul kau"
"Tidak apa, Mairen, saya tidak sesuai tinggal dalam dunia manusia, seperti semua sakit saya datang bila lama lama di sana"
"Baguslah kau jadi isteri putera Zerone, satu masa nanti, kalau ada manusia menyerang, kau boleh bantu suami kau"
Cincin bertukar tangan. Akhirnya saya menjadi isteri Putera Zerone yang sah! 9 bulan kemudian saya melahirkan seorang anak lelaki yang comel. Kami namakan dia sebagai Agonuda, seorang lelaki sasa seperti ayahnya. Dia tidak pernah tahu sejarah asalnya sebagai seorang manusia. Saya dan Zerone merahsiakan hal itu sampai bila bila. Akhirnya saya dan Zerone hidup dalam dasar lautan Bermuda sehingga akhir hayat tanpa ada seseorang pun yang tahu.
TAMAT
YOU ARE READING
HILANG
FantasyPercintaan antara dunia fantasi dan realiti bukan setakat dalam mimpi saja lagi. Ia boleh menjadi kenyataan selagi kita percaya pada takdir. Percintaan luar biasa seorang gadis bernama Marina akhirnya terputik juga ketika dia membuat kajian di dalam...