HILANG Part 3

44 5 0
                                    


"Saya sudah kembali ke makmal, melihat keadaan kau, kapal dalam keadaan stabil"

"Ada kau sediakan kelengkapan lain?"

"Maksud kau, senjata?"

"Ya, itu penting"

"Saya sudah sediakan semua, tembakan lazer yang boleh menghancurkan serangan ikan jerung atau sotong kurita, ini sudah saya buat jangkaan awal, kemungkinan besar, binatang purba masih ada dalam dasar lautan itu"

"Em, baguslah kau sudah kaji lebih awal"

"10!!!"

"Yahoooooo perjalanan bermulaaaaa!" jeritan dari peserta lain memulakan perlumbaan mereka. Saya berada di bahagian paling belakang. Mereka pula berlumba lumba menuju ke depan.

"Dinding kapal ubah kepada 60%, tarikan gravity akan bertindak dalam masa 15 minit dari sekarang" suara Noel mengingatkan saya. Saya mula menekan butang khas, perlahan lahan kapal selam mula bergerak.

"Saya dah sampai!" jerit salah seorang peserta.

"Tarikan graviti sini sangat kuat! Kapal saya seperti ditekan!"

"Kalau tidak dapat teruskan, patah balik!"

"Masuk ke dalam dasar sekarang di sana tarikan gravity tidak berapa kuat!" tiba tiba saya pula memberi arahan. Mereka yang mendengar terkejut dengan arahan saya.

"Kau peserta no 10 kan? Kau pernah ke sini?"

"Tidak, ini kali pertama"

"Bagaimana kau tahu?"

"Ikut saja arahan saya" balas saya. Suasana semakin gelap,

"Pasang lampu masing masing"

Semuanya memasang lampu, mereka mengikuti saya dari belakang.

"Bukankah dengan arah masing masing, kenapa kamu semua ikut saya?"

"Ikut kau lebih selamat" jawab mereka yang lain. Saya diam.

"Marina, jangan terlalu keluarkan bakat kau, nanti susah" balas Noel di hujung talian lain.

"Noel, apa bacaan dalam sini"

"Kita belum pasti berapa kedalaman segitiga Bermuda ini, kami semua masih turun ke bawah"

"Marina kau bercakap dengan siapa?"

"Saya gunakan alat perhubungan lain"

"Wah! Hebat... nampaknya perhubungan dengan juruacara sudah tidak dapat didengar lagi, hanya tinggal kita semua"

"Berhati hatilah, kawasan sini sangat gelap dan menakutkan"

Saya memasang sensor, dibawah sensor barulah saya dapat mengagak kedalaman lautan itu.

"Kapal saya tidak dapat menahan impak kedalaman begini, rasanya saya terpaksa naik duluan"

"Mark! Kau tarik diri?"

"Ya! Tidak sangka begini dalam, hati hati kamu semua!"

Kapal selam Mark sudah meninggalkan kami.

"Ceh! Tapi bukan main bergaya, tidak sangka

alasan kapal selam pula" John merungut.

"Yang lain ok?"

"Rasanya saya juga ingin tarik diri, maafkan saya!"

"Jenny juga? Apa hal mereka semua ni???"

***

Saya hanya mampu menggelengkan kepala, beberapa orang sudah tarik diri, mereka tidak berani meneruskan cabaran. Hanya tinggal kami berempat saja lagi, saya, John, Willy dan Mel.

"Kamu bertiga ok?" Tanya saya.

"Semuanya berjalan lancar... kapal selam kami tiada masalah, nasiblah kami dapat tajaan menggunakan kapal selam berkuasa tinggi" balas mel.

"Kamu bertiga?"

"Ya, tapi itulah, duit tu kena bahagi"

"Hemm...."

Tiba tiba sensor saya menangkap satu maklumat ganjil.

"Pasang sensor kamu, macam ada sesuatu di sini. Hentikan kapal" balas saya. Mereka mengikut arahan saya.

"Sensor kapal kami terhad, hanya boleh mengesan jarak 300 meter saja, Marina, sensor kau sampai jarak berapa?"

"Tidak jauh, 3 kilometer saja"

"Whaaa.... hebatnya kapal selam kau! Kau memang orang kaya kan?"

"Tidak..."

"Marina, cakaplah... kau ni siapa sebenarnya"

"Tak ada siapa siapa, kita sama... eh, Mel... sebelah kau macam ada sesuatu, dalam jarak 900 meter, ubah laluan kau sekarang!"

Mel dengan pantas mengubah laluannya. Dia menuju di sebelah saya.

"Menakutkanlah!" bisik Mel.

"Marina apa yang kau dapat?" Tanya John.

Saya menutup mata.

"Tutup lampu masing masing"

"Ah?"

"Cepat..."

Akhirnya mereka mengikut arahan saya juga. Lampu kapal selam ditutup. Kami berada di dalam kegelapan. Seolah olah terapung di angkasa lepas. Sensor masih berjalan seperti biasa.

"Ada sesuatu kah?"

"Shh... kita diam dulu selama beberapa minit..." bisik saya. Tangan saya mula menekan butang yang perlu.

Dengan menggunakan sensor hijau, saya cuba mencari identity benda yang terapung itu. Saya mengeluarkan dron kecil dan melepaskannya.

Dron mini itu mempunyai kamera yang dapat mengesan benda dengan pantas. Saya hanya mengirimkan pesanan pada makmal dengan menggunakan teks.

(PESANAN TEKS SAYA BERHUBUNG DENGAN DOKTOR UKRAINE DI MAKMAL)

"Terdapat satu benda terapung di kawasan sini, berat dan hidup"

"Ikan paus?"

"Rasanya bukan"

"Kau sudah keluarkan dron pengesan?"

"Ya, ada .. sekarang ia sudah sampai di depan benda itu, ia sedang menghantar maklumat dan...."

"Marina! Kenapa? Teks kau putus putus..."

"Ada sedikit gangguan, saya putuskan dulu"

***

HILANGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang