HILANG Part 4

40 4 0
                                    


"Mel, John, Willy, turunkan kapal selam dengan perlahan lahan, sekarang..." bisik saya.

Mereka mengikut arahan. Sensor saya masih bergerak.

"Kita kini berada di dalam kedalaman 23,000 kaki. Belum pasti berapa dalam lagi. Tarikan gravity juga sudah berkurangan di sini"

"Adakah sekarang kita boleh bercakap?" Tanya John inginkan kepastian.

"Ya, teruskan saja, saya sudah menghantar dron tadi"

"Dron? Kenapa kapal selam kau terdapat banyak kemudahan?"

"Shh, jangan banyak cakap... siapa di antara kamu yang ada senjata"

"Senjata? Kapal kami hanya untuk menyelam saja, tidak dilengkapi senjata"

"Sudah diberitahu cabaran maut, sepatutnya kamu sudah bersedia lebih awal" balas saya.

Mereka tidak menjawab. Mungkin sedang menyesal kerana terlalu terburu buru.

Dron tadi sudah mengirimkan maklumat, ia hanyalah bangkai kapal besar yang terapung. Tidak tahu nama kapal itu, kulit kapal sudah lama, mungkin sudah terapung selama ratusan tahun. Tiba tiba sensor saya berkelip lagi.

"Pasang lampu!"

Serentak dengan itu kami semua memasang lampu. Kawasan sini lebih mengejutkan!

"Banyak bangkai kapal sini, elak selagi mampu!" beritahu saya. Bangkai kapal terbang itu kelihatan terapung apung dan berpusing seperti mengikut paksi sendiri. Kami cuba mengelak,

"Waaaaa... begini banyak! Eh! Itu kapal perang zaman Jepun dan itu lagi! Zaman British pun ada! Kita macam dalam muzium sekarang ni!"

"Jangan terlalu teruja, ikut saja cakap penganjur, apa yang boleh bawa, kita bawa ke atas" jawab John.

"Marina, nampaknya tidak terlalu susah, kita sekarang berada di kedalaman 33,000 kaki, sudah ada bangkai kapal begini, kita akan bawa salah satunya" beritahu John. Dia mula memberi arahan pada kapalnya. Terdapat seperti tangan robot yang keluar dan mula menjalankan tugasnya.

"Hati hati!" balas saya.

"Willy dan Mel, kamu carilah apa yang patut" beritahu saya.

"Nampaknya pengembaraan ini tidak susah pun!" balas Willy, dia juga mencari sesuatu.

"Ah, itu Nampak menarik!"

Dia melihat sebuah beg yang terapung, kemudian dia menarik beg itu.

"Hati hati, Willy" balas saya.

"Beg berharga ini akan menjadi koleksi saya" balas Willy. Semasa dia menarik beg itu saya pula terasa sesuatu, seperti terkena renjatan, saya menutup mata, kepala saya sakit, dalam beg itu terdapat satu benda asing yang menunggu masa untuk bertindak. Ia akan membunuh Willy. Saya membuka mata.

"Willy, Berhenti!"

Nasiblah beg itu belum sampai ke dalam kapalnya.

"Kenapa?"

"Jangan bawa masuk beg itu" balas saya, cemas.

"Sebab?"

"Ada benda dalam beg itu, jangan bawa masuk ke dalam kapal"

"Ahhh kau cemburu kah? Ini penemuan bagus!"

Willy tidak mendengar cakap, dia terus masukkan beg itu ke dalam kapalnya.

"Beg dah masuk! Elok saya tengok dulu apa isinya"

"Willy! Willlyyy jangan!!" amaran saya tidak dipedulikan oleh Willy.

Teriakan saya tidak dipedulikan. Mel dan John pula kehairanan dengan sikap saya.

"Kenapa kau, Marina?" Tanya John.

"Kau rasa sesuatu kah?" Tanya Mel, nampaknya dia boleh mengagak kebolehan saya.

"Willy.... Jawab Willy... Willyyy"

Tiba tiba kapal selam Willy menjunam ke bawah, ia terus beredar laju. Saya tanpa berfikir panjang mengikuti kapal Willy, John dan Mel tidak berani mengikuti saya.

"Willy, jawab!"

"Arghhh~!!!!...." jeritan terakhir Willy memecahkan suasana yang hening itu. Di depan mata saya, Willy telah melanggar satu kapal perang yang besar akhirnya ia pecah berderai bersama sama dengan kapal selam Willy, ia terjatuh sehingga ke dasar dan tiba tiba tekanan laut meningkat tinggi. Saya terkejut. Cepat cepat saya mengubah haluan.

"John, Mel! Pergi sekarang!!"

"Kenapa?"

"Tekanan menjadi tinggi, tarikan gravity menyerang lagi! Cepattt!!!"

Dengan sepantas kilat kapal selam John dan Mel meninggalkan saya, saya pula masih bertarung dengan tarikan gravity yang semakin kuat, sedutan itu seolah olah berada di dalam lubang hitam. Saya menekan butang kecemasan, dinding kapal diubah menjadi dinding plastic, tarikan gravity berkurang kepada 40 darjah. Saya masih boleh mengawal kapal selam ini dan... alat sensor saya berbunyi, saya terkejut melihat seekor sotong raksasa yang sangat besar menuju ke arah kapal selam John dan Mel.

"Tingkatkan kelajuan kapal selam kamu! Kamu diserang dari belakang!"

Malangnya talian perhubungan tidak sampai, saya terpaksa mencari jalan, saya mula mencari sasaran ke arah sotong raksasa itu, saya mengaktifkan senjata lazer. Dan... bazzzzzz!!!! Kulit sotong raksasa terluka!

Ia terus mengeluarkan muntah hitam, serta merta keseluruhan suasana laut itu menjadi gelap. Saya hilang punca seketika, pada masa yang sama kapal selam saya seperti ditarik oleh sotong itu dan masuk ke dalam dasar lautan yang lebih dalam.

Saya tidak dapat mengaktifkan kelajuan maksimun jika masih menggunakan dinding biasa, jika saya paksa, pasti tarikan gravity akan meningkat 3 kali ganda. Saya terpaksa menyerahkan pada takdir, saya mungkin sudah dibawa jauh oleh sotong raksasa yang sudah tercedera itu masuk ke dalam dasar segitiga Bermuda. 

HILANGWhere stories live. Discover now