HILANG Part 16

29 3 0
                                    


Dari sana saya melihat beberapa benda seperti binatang lutsinar sedang meneliti sesuatu, manusia yang menjadi bangkai di sana dimakannya hidup hidup, tiada yang ditinggalkan termasuk tengkorak sekali. Apa benda yang lutsinar itu, bisik saya.

Kemudian gambar beralih arah, saya melihat ada seseorang yang sedang mengkaji sesuatu. Tekun dan pantas, orang itu ialah Zerone! Dia sedang mengkaji tentang hidupan manusia yang menjadi mangsa segitiga Bermuda itu.

Organnya diambil, kemudian jantung manusia itu diubahsuai, akhirnya dengan sedikit kuasa yang dimiliknya, terhasillah jantung lautan!

Saya menutup mulut. Adakah jantung lautan itu terhasil dari roh manusia yang tidak bersalah? Saya memegang dada saya. Degupan jantung saya masih stabil. Jika benar begitu, dalam badan saya ini ialah... roh manusia yang sudah dijadikan sebagai kajian putera itu.

Saya teringat kata kata Zerone, tentang bagaimana jantung lautan itu terjadi, ia terjadi dari cinta. Mana mungkin, adakah yang dimaksudkan oleh dia ialah cinta dia terhadap saya? Tiba tiba saya menjadi seram. Mungkin dia ingin saya berubah menjadi jantung lautan, mereka akan berjuang jika saya ikut berjuang. Barulah saya faham kini. Rupanya putera itu bukan seorang yang baik.

"Mairen!"

Putera Mairen muncul depan saya dengan tiba tiba.

"Kau sudah tahu?"

"Zerone bukan orang baik?"

"Itu penilaian kau, saya tidak boleh masuk campur" jawabnya.

"Selama ini dia masih gunakan saya?"

"Kalau kau rasa begitu, kemungkinan besar, ya. Atau mungkin."

"Kenapa?"

"Saya tidak tahu, mungkin dia sudah jatuh cinta pada kau"

Saya diam. Kemudian saya pandang dia.

"Macamana kau tau nama saya?"

Putera itu tidak menjawab.

"Saya boleh tahu nama mereka dengan sekali sentuhan saja" beritahunya.

"Saya mau tahu satu perkara"

"Cakaplah"

"Ratu utara itu wujudkah?"

Putera Mairen mengerutkan kening.

"Dari mana kau tau?"

"Zerone ingin membawa saya ke sana untuk membuang racun"

"Sekali lagi dia gunakan kau"

"Maksud kau?"

"Dia ingin uji ratu itu jika dia boleh sembuhkan kau, tapi, ratu itu sudah tua"

"Dia cakap hanya perlu berikan jantung abadi"

"Itu hanya katanya saja, mana mungkin Zerone akan serahkan jantungnya secara percuma demi kau"

Saya diam.

"Saya ingin kembali tapi pasangan saya sudah pun berkhawin, hanya tinggal saya seorang" balas saya. Putera Mairen memandang saya.

"Marina, kau percaya apa yang kau Nampak?"

Saya pandang dia.

"Masa kau berjumpa dengan pasangan kau, adakah Zerone ikut sama?"

Saya mengangguk.

"Dia gunakan kuasa telepati agar kau percaya hal itu benar benar berlaku"

Saya terkejut.

"Kuasa telepati?"

"Masa kau dibawa ke dasar, badan kau sedikitpun tidak bergerak, Zerone menggunakan kuasanya untuk menjadikan hal itu benar benar berlaku"

Saya terdiam. Jadi, apa yang saya Nampak itu, Noel dengan keluarganya itu hanya...

"Itu hanya ilusi semata mata, lelaki itu tidak pernah berkhawin kerana masih setia menunggu kepulangan kau"

Saya pandang Putera Mairen.

"Saya... tidak percaya!" saya memegang kepala saya. Kepala saya pening. Pening dengan permainan Zerone selama ini. Adakah saya sudah gila sehingga berfikir yang bukan bukan? Oh Tuhan! Apa yang sudah saya lakukan!

***

ATAS nasihat Putera Mairen, saya tinggal sementara di tempatnya. Putera Zerone tidak dapat mengesan keberadaan saya buat masa ini kerana dunia Putera Mairen berada jauh di dalam dasar lautan. Cuma, keistimewaan mereka, mereka mempunyai cermin dua alam yang membolehkan mereka ke dunia manusia pada bila bila masa.

"Saya ingin kembali ke dunia manusia" beritahu saya pada Putera Mairen.

"Kau sudah fikir masak masak?"

Saya mengangguk.

"Putera Zerone pasti tidak mudah melepaskan kau kalau dia tahu kau sudah pulang ke dunia manusia"

"Kalau dia cari saya, saya kembali ke sini"

Putera Mairen tersenyum kecil.

"Kasihan kau Marina, kerana Zerone kau pula jadi mangsa keadaan"

Saya diam.

"Cermin dua alam kami hanya boleh digunakan sekali saja, sekali kau masuk ke dalam dunia manusia, kau tiada jalan kembali ke sini"

"Saya sudah tekad dengan keputusan saya, rasanya sudah lama saya tinggal di dalam dasar lautan, sudah tiba masanya saya kembali ke dunia asal saya"

"Kau yakin kau tidak merindui putera itu?"

"Selama ini hati dan perasaan saya hanya pada Noel, lelaki pertama yang saya cintai"

Putera Mairen diam. Kemudian dia memberikan saya sesuatu. Ia adalah seutas rantai yang berbentuk seperti tapak sulaiman.

"Mairen, kau sungguh baik, kenapa kau selamatkan saya?"

"Dalam diri kau adalah seorang gadis yang jujur dan baik, saya percaya pada kau, walaupun saya sudah mula menyukai kau"

Saya tersenyum.

"Melihat senyuman kau begini, hati saya berat melepaskan kau pergi"

"Kita akan jadi kawan selama lamanya, Mairen..." bisik saya. Dia tersenyum.

"Ada satu perkara yang perlu kau tahu, Marina. Sebelum kau kembali ke dunia asal"

"Kenapa?"

"Pasangan kau..."

Saya pandang putera itu. Dia pun memberitahu saya apa yang dia Nampak sebelum ini. Saya terkejut. Sebab itulah saya perlu segera pulang! Noel! Tunggu saya!

***

KAKI saya melangkah masuk ke dalam cermin dua alam dengan perlahan lahan. Putera Mairen hanya memberikan saya lambaian terakhir. Manusia dasar laut itu memang baik. Dia memberikan saya peluang untuk pulang semula ke dalam dunia manusia sehingga saya menitiskan air mata. Saya tiba di satu taman bunga. Saya menoleh ke belakang, pintu cermin dua alam sudah tertutup dengan perlahan lahan. Saya mengeluh berat. Saya mengesat air mata. Akhirnya saya berjaya kembali! Saya rindukan suasana ini. Kemudian saya tersedar. Saya perlu cari Noel!

Saya melangkah dengan laju. Suasana malam masih kekal sama, saya tidak tahu sudah berapa lama saya hilang dalam dunia manusia, apa yang saya mahu sekarang ialah berjumpa dengan Noel. Setelah berjalan lebih kurang beberapa minit, akhirnya saya tiba di depan sebuah bangunan besar.

Di luar pagar itu tertulis HOSPITAL SAKIT JIWA. Saya menarik nafas dalam dalam. Kemudian, dengan lagak tenang saya menuju ke pondok pengawal.

Mereka menggunakan lampu suluh melihat saya.

"Cik ni siapa?" Tanya mereka. Saya merenung mata mereka berdua akhirnya dengan senyuman mereka memberikan saya kad pelawat.

HILANGWhere stories live. Discover now