HILANG Part 2

48 4 0
                                    


"Jangan risau, dalam kapal ini, saya sudah sediakan semua kemudahan, walaupun luarannya besi, tapi ia bercampur dengan sedikit kandungan plastic, jika kau rasa seperti ditarik dengan kasar masa dalam sana, kau ubah ke manual, biar ia beroperasi secara automatic" beritahunya.

"Tarikan gravity sangat kuat dalam sana, saya harap kau sudah bersedia segala peralatan kau dalam kapal selam itu"

"Jangan risau, kita akan sentiasa berhubung dengan talian khas, kau dengan peserta yang lain juga akan berhubung dengan talian mereka. Jadi dalam 10 orang, kamu boleh bercakap antara satu dengan yang lain"

"Kita tidak tahu ada apa dalam dasar Bermuda itu, Noel"

"Kalau kau dapat cari harta karun yang terkubur dalam sana lagi bagus, boleh dijadikan koleksi"

"Gila!"

***

"Perhatian kepada semua peserta cabaran maut kita hari ini! Sila naik ke pentas untuk sesi pergambaran!"

Saya memandang ke arah Doktor Ukraine, dia hanya tersenyum melihat saya, kami semua naik ke pentas. Rata ratanya semua lelaki dan hanya 3 orang wanita yang mengikut cabaran ini.

"Whoaaa... nampaknya hari ini kita akan pecah rekod! Hanya 3 wanita!" juruacara itu bersorak gembira termasuk penonton. Saya hanya mendiamkan diri. Lelaki di sebelah saya hanya tersenyum melihat saya.

"Hai, saya John. Juara penyelam tahun lepas" ucapnya sambil memperkenalkan diri. Saya menyambut salaman dia.

"Saya Marina"

"Marina saja? Apa kelebihan kau?"

Saya hanya menggeleng.

John ketawa kecil. Ah, sudah... fikir saja apa yang kau mau fikir. Kau belum kenal saya siapa.

Saya tergelak dalam hati. Juruacara memperkenalkan kami satu persatu, sehinggalah pada giliran saya.

"Peserta ke 10! Marina Sherena, seorang Doktor pakar dalam ilmu alam lautan, pernah ke Amazon dan bergelut dengan ikan pemakan daging...."

Semua penonton ketawa terbahak bahak dengan pencapaian saya. Saya diam. Eleh! Ejek saja.... Doktor Ukraine berasa tidak senang hati bila kelayakan saya itu diketawakan. Tiba tiba dia naik ke atas pentas. Saya terkejut. Dia merampas mikropon juruacara dan mula bersuara.

"Noel! Apa kau buat?" saya menjadi cemas dengan sikapnya.

"Awak semua belum tahu apa kelebihan yang teman wanita saya ada! Tidak seperti peserta lain"

Penonton mula membuat bising. Peserta tadi mula memandang lain ke arah saya.

"Noel! Sudahlah..."

"Kamu akan tahu bila sudah berada di garisan permulaan, permainan ini bukan bergantung kepada popularity, bukan kepada kemahiran tetapi pengalaman itu yang penting!" sambungnya lagi.

Saya menjadi sedikit malu. Akhirnya juru acara itu bertepuk tangan. Semua penonton bertepuk tangan sambil berkata,

"Kita tengok saja nanti!"

"Dia tu perempuan, dia apa tahu! Perempuan mudah mengalah!"

Doktor Ukraine memandang saya.

"Kau ok?"

"Jangan buat macam macam ok?" saya memberi amaran. Dia tersenyum lalu turun ke pentas. Saya hanya mampu menggelengkan kepala.

"Doktor ke?"

Saya memandang ke arah lelaki di sebelah saya.

"Lebih kurang" balas saya.

"Kita memang perlukan Doktor dalam perlumbaan hari ini" beritahunya.

"Saya kagum dengan semangat kau" balasnya lagi.

Selepas sesi memperkenalkan diri, saya kembali semula ke tempat saya, saya melihat semua peserta sedang sibuk menjamu selera sebelum memulakan perlumbaan. Doktor Ukraine menunggu saya. Dia memberikan saya makanan dan minuman. Saya hanya menggeleng.

"Kenapa?"

"Jika makan dan minum sekarang, kau masuk dalam pusaran, bersedialah mandi muntah" balas saya bersahaja. Doktor Ukraine ketawa kecil.

"Jadi bagaimana dengan mereka yang lain? Macam tidak mahu melepaskan makanan percuma yang disediakan oleh penganjur"

"Abaikan mereka" balas saya.

"Mereka tu banyak mengikuti cabaran maut yang lain, tapi belum ada yang pernah ke sini, cabaran masuk ke dalam segitiga Bermuda seolah olah menempah tiket menuju ke jalan kematian" balas saya. Doktor Ukraine memandang saya.

"Saya percaya kau akan kembali, saya akan terus setia menunggu kepulangan kau" kemudian dia menghulurkan sesuatu pada saya.

"Apa ni?"

"Bukalah..."

Ia adalah sebentuk kotak segi empat, memang saya sudah jangka isinya. Tiba tiba dia melutut di depan saya. Beberapa orang yang melihat mula bersorak. Saya pula berasa malu.

"Noel... kenapa di sini?" bisik saya. Muka saya menjadi merah bila Doktor Ukraine melamar saya pada hari itu. Tepukan gemuruh diberikan kepada kami berdua. Cincin itu disarungkan ke jari manis saya.

"Bukankah terlalu awal?"

"Sekarang lebih baik dan... ambillah gambar bersama"

Dia mengeluarkan kamera polaroid dan kami bergambar di sana, gambar itu diberikan kepada saya.

"Lekat dalam kapal, sebagai kenangan" bisiknya. Saya mengambil gambar itu sambil mencium pipi Doktor itu dengan penuh cinta.

"I love you, Noel..."

"Love you too, Marina..."

***

MASA berlalu dengan pantas, kapal selam devil-eye ciptaan Doktor Ukraine sudah berada di dalam laut, begitu juga dengan peserta lain. Masing masing berhubung melalui system sambungan yang sudah dikhaskan.

"Semua ok? Boleh bersedia sekarang?" suara juruacara bergema di ruangan kapal. Kami semua serentak menyahut.

"Cabaran biasa saja, tidak perlu ditakutkan, wang hadiah sudah milik saya!" jerit salah satu peserta yang bernama Tom.

"Syaratnya senang saja, kamu hanya perlu cari bahan bukti yang terdampar dalam segitiga Bermuda dan bawa ke permukaan, tidak kisahlah, bangkai kapal atau apa apa saja, asalkan ia berada di dasar lautan segitiga"

"Bagaimana kalau saya jumpa selonggok emas?"

"Itu lagi bagus! Boleh dijadikan sebagai bonus!"

"Tuan, saya ada soalan" tiba tiba masuk satu suara wanita,

"Cakap saja"

"Bagaimana kalau kami gagal selesaikan misi ini? Apa jadi dengan kami dan keluarga kami?"

Juruacara terdiam beberapa minit.

"Kamu sudah menurunkan tandatangan dalam borang tadi, segala kejadian yang berlaku adalah atas risiko kamu sendiri, anggap saja ini satu pengorbanan dan penghormatan"

Tiada yang berani bersuara selepas itu.

"Ok, kita akan teruskan dalam kiraan, 10 dari belakang, diminta semua peserta bersedia dari sekarang!"

"Noel..."

"Ya, Marina, saya di sini"

"Kau di mana?"

HILANGWhere stories live. Discover now