HILANG Part 9

33 3 0
                                    

Saya tidak tahu sudah berapa lama saya pengsan. Saya cuba dapat rasakan badan saya diletakkan di atas tilam yang empuk. Suasana juga dingin dan menyenangkan. Telinga saya boleh menangkap bunyi air. Seperti air sungai yang mengalir tenang. Saya dapat rasakan dahi saya dicium lembut. Saya kenal dengan wangian lavender itu. Sebaik saja di cium, saya membuka mata. Noel!

Doktor Ukraine terkejut bila saya membuka mata tiba tiba.

"Kau dah sedar?" dia memeluk saya dengan erat.

"Kau mengalami koma selama 3 bulan, nasiblah kau selamat"

"Saya... koma? Selamat dari apa?"

"Saya dapat mengesan kapal yang dinaiki oleh kau, lalu saya ubah haluan, bila kapal itu dibuka kau tidak sedarkan diri, kau pengsan"

Saya diam. Kepala saya pening.

"Apa yang berlaku?" Tanya Noel lagi.

"Ada kau tengok rakaman dalam kapal itu?"

Dia menggelengkan kepala.

"Kau tidak pasang apa apa rakaman"

Saya terkejut.

"Mustahil saya tidak pasang" balas saya.

"Rakaman kosong, tiada isi"

"Jadi gambar tu?"

Noel mengerutkan kening.

"Gambar apa?"

"Kau ada Nampak gambar yang dilekatkan oleh saya?"

Noel tidak segera menjawab. Saya bangun. Suasana di sana amat berbeza, saya tahu ini bukan keadaan sebenar.

"Kenapa kau culik saya!" saya menjadi berang. Lelaki di depan saya terkejut pada mulanya. Selepas itu dia menepuk tangan. Pada masa yang sama, suasana berubah sekelip mata.

"ZERONE!"

"Marina, kau cukup bijak dapat mengesan penipuan ini, kau memang berbakat dalam hal begini dan amat layak menjadi sebahagian dari kami"

"Kenapa kau menculik saya lagi?"

"Kau sudah lupa, masa kau berada di dalam jantung lautan, saya sudah baca fikiran kau, kau menelan bola Kristal itu, kan?"

Saya diam. Saya mula melihat suasana disekitar saya. Rupanya saya masih berada di dalam laut.

"Kau pengsan, kami dapat mengesan keberadaan kau kerana kau mengambil hak milik kami, iaitu bola Kristal" beritahunya lagi. Saya tidak menjawab. Saya kosongkan fikiran.

"Mana kapal saya?"

"Kapal dan jam tangan kau sudah disimpan di satu tempat, kau tidak mungkin dapat mencarinya lagi" saya melihat tangan, kosong. Tapi saya yakin saya masih memakai pakaian khas itu.

Saya mesti kosongkan fikiran agar dia tidak membacanya.

"Kau mempunyai semangat yang kuat, sukar untuk saya membaca fikiran kau kali ini"

"Lepaskan saya, Zerone"

"Kembalikan bola Kristal itu"

"Ambillah bila bila masa kau mau"

"Bola Kristal tidak boleh diambil secara paksa, kau kena berikan dengan ikhlas"

"Saya tidak faham"

"Bola Kristal sudah sebati dalam diri kau, kemungkinan besar berada di salah satu tempat di dalam badan kau, kami tidak boleh ambil secara paksa" beritahunya. Saya diam.

"Sebab?"

"Kalau kami ambil secara paksa, kau akan mati, kami tidak mahu kau mati"

Saya tersenyum kecil. Saya mula melangkah perlahan lahan menuju ke arah Zerone.

HILANGWhere stories live. Discover now