Zerone memegang pipi saya dan mencium bibir saya dengan lembut.
"Kau pasti tahu" kemudian dengan tergesa gesa dia meninggalkan saya dengan pasukan mereka yang lain. Saya hanya memandang pemergian Zerone sehingga hilang dari pandangan mata. Saya mengeluh berat. Beberapa hari yang lepas saya menangis kerana masih menyesal dengan tindakan saya menghapuskan memori Noel. Bukan saya terpaksa tetapi saya tidak mahu merosakkan hubungan dia dengan isterinya, lebih lebih lagi kepada anak anaknya yang comel itu. Mungkin mereka sudah membesar dengan gembira. Noel, semoga kau bahagia dengan keluarga kau.
Hari itu saya berjala jalan ke taman mimpi. Di sana, terdapat banyak batu karang yang berwarna warni. Bunga laut yang pandai berubah warna, seolah olah kehidupan saya sekarang berada di dalam mimpi. Semua tekanan kerja saya hilang sekaligus, saya tidak perlu risau mencari duit ataupun mau makan makanan yang sedap sedap.
Dunia bawah laut ternyata lebih menyenangkan berbanding dengan dunia manusia. Suhu dalam laut adalah lebih tenang dari dunia luar. Kadangkalanya saya merindukan musim bunga, musim sejuk, musim gugur dan musim panas, tapi dibawah sini semua musim itu saya boleh nikmati secara serentak.
Ada sebuah gua yang seolah olah ia mengalami musim bunga, tumbuhan laut sana boleh dikatakan lebih unik dan tidak pernah diterokai oleh mana mana manusia sebelum ini. Terdapat bunga Kristal yang berwarna warni dan ia memantul di dinding gua seolah olah sedang melihat ratusan bintang di langit.
Permukaan yang lembut semasa saya membaringkan diri seolah olah sedang terapung dalam dunia mimpi yang indah. Saya tidak perlu tidur untuk menikmati keindahan alam bawah laut, kerana saya sudah mengalaminya sendiri. Saya tersenyum. Mungkin saya harus belajar mencintai lelaki itu. Selama ini, dia melayani saya dengan baik, tidak pernah sekalipun dia meninggikan suara pada saya walaupun kadang kadang emosi saya kurang stabil dan memarahinya. Dia dengan tenang cuba memujuk saya dengan belaian kasih sayangnya. Jika saya bertengkar dengan Noel pasti dia sudah mengamuk kerana pilihan saya. Zerone sangat berbeza dengan Noel.
Tiba tiba saya terdengar semboyan dibunyikan. Beberapa angkatan bersenjata mula masuk ke dalam sempadan dunia ini. Saya tidak berani bangun, saya tidak kenal siapa yang datang. Mereka semua lengkap dengan pakaian bersenjata. Ini bukan pasukan Zerone, nampaknya ada lawatan dari kawasan lain hari ini, bisik saya.
Pada masa yang sama salah seorang dari penduduk kerajaan Bermuda itu mencari saya.
"Marina! Kau di mana?" Saya bangun. Dia terkejut.
"Raja mencari kau"
Saya mengangkat kening.
"Raja?"
"Nampaknya putera itu belum lagi berterus terang tentang keturunan kau" beritahu Orient. Saya mengerutkan kening.
"Siapa putera?" Tanya saya.
"Putera juga belum berterus terang dengan kau?"
"Saya tidak faham"
"Lekas jumpa dengan raja sebelum dia marah, jika kau berada di depan raja kau ucaplah 'ozialena' itu ialah kata hormat semasa berdepan dengan raja, jangan bertentangan mata, dia tidak suka"
Saya terpaksa mengangguk. Jantung saya berdebar kencang. Adakah raja yang dimaksudkan akan memarahi saya dan... siapa putera yang Orient sebutkan tadi? Saya semakin bingung.
Sekejap saja saya tiba di depan raja dan seperti Orient beritahu saya, dengan menunduk sambil menyebut 'ozialena'
Raja itu tidak menjawab. Pandangannya dingin. Saya tidak berani bertentangan mata dengan dia.
"Saya dengar kau baru datang dari sini atas jemputan putera, kau dari kawasan yang mana satu?"
Saya tidak dapat menjawab pertanyaan raja. Perlukah saya beritahu saya datang dari dunia manusia?
"Raja sedang bertanya, jawab cepat sikit!" suara salah seorang pengawal raja mulai marah. Saya terkejut. Apa perlu saya jawab?"
"Tunggu sekejap, nampaknya saya boleh membaca fikiran kau tadi, kau cakap, kau datang dari dunia manusia?"
Sekali lagi saya terkejut. Nampaknya saya perlu mengawal pemikiran saya. Berulang kali saya terlepas fikir.
"Maafkan saya"
"Cakap dengan saya, adakah kau datang dari atas?"
Mahu tidak mahu saya terpaksa mengaku.
"Ya, saya datang dari dunia manusia"
Raja dan pengawalnya yang lain terkejut bukan kepalang. Mereka mula bertutur dengan bahasa yang tidak saya fahami.
"Kau perlu dihukum! Putera Zerone memang keras kepala!"
Saya terkejut. Putera.... Zerone? Dia seorang putera?"
"Apa, kau tidak tahu?" tiba tiba raja bertanya lagi.
"Saya tidak tahu Zerone seorang putera" balas saya. Tiba tiba saya diketawakan.
"Manusia memang bodoh! Tapi kau sudah tahu rahsia kerajaan laut, memang tidak boleh dimaafkan. Kau terpaksa dijatuhkan hukuman masuk ke dalam lubang neraka!"
Raja memberi arahan lalu tangan saya diikat.
"Tunggu, apa salah saya?"
"Kesalahan berat, kau pura pura menyamar menjadi orang baik tetapi niat untuk mendedahkan rahsia kami kepada manusia!"
"Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu!"
"Jangan berfikir lagi, sebelum putera itu pulang, kau tidak mungkin dapat bertemu dengannya lagi!"
Akhirnya saya dibawa pergi. Penduduk di sana mula risau. Mereka juga tidak dapat menghalang keputusan raja. Mereka terpaksa akur. Saya ditolak dengan kasar masuk ke dalam kandang besi.
"Apa yang kamu buat terhadap saya?" Tanya saya. Dalam kapal besar itu, raja hanya mendiamkan diri. Dia memandang saya dari atas dan bawah. Pandangan matanya berbeza.
"Kau ni istimewa, seorang gadis yang cantik, patutlah putera jatuh cinta pada kau" beritahu raja. Saya diam.
"Kenapa mesti menghukum saya? Kau tau apa akibatnya jika putera tau kau menculik saya secara paksa?" saya menyoal raja itu.
Pengawalnya terkejut kerana saya bercakap demikian di depan raja mereka.
"Biadapnya manusia ini! Tidak takut mati!" marah mereka. Raja mengangkat tangan.
"Mereka ni jenis panas baran, entah macamana putera itu dapat tahan dengan sikap begini"
"Bukankah hari itu dia cakap mau buat kajian?"
Saya terkejut.
"Kajian apa?"
Raja dan pengawalnya ketawa.
"Kau memang tidak tahu apa niat utama putera itu terhadap kau?"
"Maksud...?"
"Dia mau buat kau sebagai kajian. Manusia pertama yang dia pernah pujuk untuk tinggal bersama"
Tiba tiba saya menjadi sebak. Adakah selama ini, Zerone mempergunakan saya sebagai kajian dia? Sampai hati kau, Zerone. Raja diam.
"Apa yang sedang kau fikirkan?"
Saya pandang raja. Nampaknya dalam kapal ini, ia tidak boleh membaca fikiran saya. Patutlah mereka memakai topeng besi, takut fikiran mereka dikawal oleh kaum putera itu.
Tapi memang saya marah pada Zerone, selama kami bersama, tidak pernah sekalipun dia memberitahu siapa dirinya yang sebenar. Walaupun dia melayani saya dengan baik tapi saya memang pantang ditipu!
"Lepas ni apa yang kamu mau buat terhadap saya?"
"Kami akan lepaskan kau ke lubang neraka, biar kau mati di sana, kami tidak mahu ada spisis manusia yang boleh menghancurkan kerajaan kami dalam bawah laut ini, rahsia laut dalam hanya untuk keturunan laut dalam saja!" balas raja. Saya diam.
Tiba tiba masuk satu laporan dari kapal mereka. Saya tahu itu suara Zerone. Pertama kali saya mendengar kemarahannya.

YOU ARE READING
HILANG
FantasyPercintaan antara dunia fantasi dan realiti bukan setakat dalam mimpi saja lagi. Ia boleh menjadi kenyataan selagi kita percaya pada takdir. Percintaan luar biasa seorang gadis bernama Marina akhirnya terputik juga ketika dia membuat kajian di dalam...