HILANG Part 19

27 3 0
                                    


Saya benar benar mencintainya. Doctor Ukraine mula terbaring kepenatan di sebelah saya. Dia sempat memberikan saya senyuman. Renungan matanya begitu mempersona membuatkan saya semakin mencintainya. Lelaki dalam laut itu belum pasti dapat melakukan seperti ini, bisik saya. Ukraine menarik saya dan saya meletakkan kepala saya di dadanya.

"Sekarang... apa yang perlu kita lakukan?" Tanya saya. Dia menarik nafas dalam dalam.

"Kita perlu lari dari sini, Marina. Tapi buat masa ini, tempat ini yang paling selamat dari prof gila itu"

Saya diam.

"Tentu berita kehilangan kau sudah tersebar luas"

"Itu sudah pasti"

"Adakah kau yakin prof Berut tidak tahu tempat ini"

"Tidak"

"Bukankah dia adalah kawan baik ayah kau dulu?"

"Ya, tapi ayah tidak pernah memberitahu tentang ciptaan bawah tanah ini, ini adalah rahsia agung ayah saya"

Saya diam. Ya, Ukraine bercakap benar dan saya boleh merasakan itu. Tiba tiba badan saya membuat hal. Saya terasa ingin muntah. Ukraine menjadi hairan.

"Kenapa, Marina?"

"Saya mau... muntah..."

Cepat cepat Ukraine menarik saya masuk ke dalam kamar mandi. Di sana saya mula mengeluarkan benda dari mulut saya.

"Apa benda ni?" Ukraine menjadi hairan. Dia melihat rumpai laut yang dimuntahkan oleh saya.

"Kau makan rumpai laut?"

Saya tidak menjawab. Saya muntah lagi dan lagi dan lagi sehingga saya lemah. Ukraine mengangkat saya.

"Marina, kau sakit? Kenapa kau muntah rumpai laut?" tanyanya sambil memberikan saya pakaian.

Pandangan saya berpinar pinar, kepala saya pening, mungkin kesan daripada terlalu lama di dalam dasar laut. Semasa dalam dasar laut, semua sakit saya tidak sedikit pun saya rasai. Semuanya hilang. Tetapi bila saya sudah kembali ke sini, sakit kepala saya bertambah teruk.

"Muka kau pucat, kau mau ke hospital?" Tanya Ukraine.

"Tidak. Kalau kita keluar, kau pasti dapat dikesan"

Ukraine diam.

"Saya risau melihat keadaan kau seperti ini..."

"Berilah saya ubat penahan sakit, pasti saya sembuh"

Ukraine bangun dan mula mencari ubat.

Pada masa yang sama saya dapat rasakan seperti ada yang mengalir dari hidung saya. Saya terus masuk ke dalam kamar mandi. Saya melihat dalam cermin. Ada darah mengalir tetapi menghairankan, darah saya berwarna hijau.

Pintu kamar mandi diketuk dari luar.

"Marina, kenapa? Kau ok?"

"Ya, sakit perut saja, nanti saya keluar..."

"Saya letak ubat di meja, nanti kau makan"

"Ok" balas saya. Saya mencuci muka, darah hijau mengalir lagi. Saya semakin panic.

"Marinaaa... kau di mana... Marinaaa.. jawab... tolong..."

Saya terdiam. Suara halus itu seolah olah begitu dekat dengan saya. Saya kenal suara itu. Itu suara Zerone. Dia benar benar mencari saya kali ini.

"Marinaaa... bersuara... saya tahu kau dengar suara saya..."

Saya mengosongkan fikiran, saya tahu dia boleh mengesan saya dengan mudah kerana torowong besar ini berdepan dengan laut. Tidak berapa lama kemudian suara itu hilang. Saya membersihkan diri lalu keluar dari kamar. Saya melihat Ukraine sudah terlelap. Saya melihat ubat penahan sakit di atas meja dan menelannya sekaligus. Selesai menelan ubat itu saya menuju kearah Ukraine dan mula membaringkan diri. Kepala saya rasa sungguh berat. Sebelum terlelap sepenuhnya, saya sempat mendengar suara Ukraine seolah olah sedang bercakap dengan seseorang.

"Ya, dia sudah kembali. Percaya atau tidak, dia dalam bentuk sangat sempurna sekali!"

Saya ingin bangun tetapi kepala saya sangat berat. Apa sudah berlaku? Ukraine berpihak dengan siapa sebenarnya?

***

Perlahan lahan saya membuka mata. Silau. Saya berada di mana? Akhirnya saya bangun. Saya dibaringkan di atas tilam. Tangan saya diikat dan kaki saya juga begitu. Celaka! Apa sudah berlaku? Tiba tiba pintu bilik dibuka. Ukraine dengan Prof Berut masuk bersama sambil ketawa kecil.

"Ukraine, kau...!"

"Hai Marina, kau sudah sedar?"

"Kau tipu saya?"

"Maafkan saya, Marina... Prof Berut menawarkan saya duit 100 juta jika kau benar benar kembali dari dalam laut itu, dia yakin kau merupakan orang yang istimewa yang terselamat dari pusaran segitiga Bermuda" beritahu Ukraine. Tiba tiba saya berasa benci pada dia dan malam itu saya sudah....

"Celaka kau Noel!" marah saya.

"Kau marah? Sepatutnya kita sudah menikmati malam itu bersama" bisik Ukraine. Prof Berut mula membaca data saya di dalam doket. Dia mengangguk kecil.

"Hebat... semua darahnya bertukar menjadi hijau, manusia berdarah hijau... dia adalah limited edition! Tahniah, Ukraine, minggu depan kau akan dinaikkan pangkat"

Ukraine tersenyum pada saya. 'Rupa rupanya mereka sudah merancang semua ini dan memerangkap saya! Sial! Kenapa saya tidak menyedarinya? Noel... sampai hati kau!' saya mula merungut dalam hati. Tidak menyangka kejadian begini akan berlaku.

"Saya serahkan dia dibawah jagaan kau, prof, tapi tolong jangan apa apa kan dia, kami sudah melakukan hubungan intim, jika dia mengandung, anak itu akan terhasil lebih istimewa!"

"Semua kau sudah rancangkan lebih awal? Saya menyesal bantu kau keluar dari..."

"Semua hanya lakonan semata mata, cik Marina!" tiba tiba Prof Berut bersuara.

"Saya sudah membuat kajian pasal kau selama 6 bulan, hasil yang kami berdua dapati sangat memuaskan, sebelum kau berangkat, cincin yang dipakai oleh kau itu adalah sebuah alat pengesan"

Cincin? Saya lupa mana saya letakkan cincin itu. Saya tidak memakainya lagi, mungkin Zerone sudah membukanya. Jika cincin itu masih berada di dasar laut, pasti dunia mereka akan...

"Marina, penemuan kau pasal manusia bawah laut itu sangat mengejutkan! Kau berjaya berkomunikasi dengan mereka! Pencapaian kau ini akan membuatkan industri kami bertambah kaya!" Prof Berut dengan Ukraine ketawa terbahak bahak. Tidak berapa lama kemudian, seorang jururawat masuk dan mula menyuntik pergelangan tangan saya. Dia mengambil sampel darah saya yang berwarna hijau.

"Tengoklah darah kau ni, memang sangat berharga!"

"Ukraineee... kenapa kau buat saya begini?" bisik saya. Ukraine memandang saya. Saya tahu dia rasa bersalah menyerahkan saya pada Prof Berut tapi dia gilakan wang! Ukraine!!!

Selesai mengambil sampel darah saya, saya ditinggalkan semula di dalam bilik itu. Saya cuba menarik ikatan tangan saya. Saya menjadi marah kerana Ukraine menghantar saya ke sini semata mata untuk dijadikan bahan kajian! Sepatutnya saya sudah tahu dari dulu! Saya sangat menyesal kerana terlalu percaya pada dia. Saya menyesal kembali ke dunia ini! Ukraine sudah dipujuk dengan wang yang banyak!

HILANGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang