"TUMPANG tanya, office Zaquan Firdaus dekat tingkat berapa ya?" Riana bertanya sopan. Sengihan dilemparkan buat gadis manis dihadapannya.
"Encik Zaquan belum masuk office lagi. Cik siapa, ya?" balas gadis manis itu.
Riana mengerutkan dahi. Aik? Takkan tak masuk lagi kot? Terang-terangan dia yang menemani Zaquan tadi.
"Awak biar betul? Saya nampak tadi Zaquan masuk dalam office!" Riana masih lagi tidak mengalah.
"Betul, Cik. Encik Zaquan belum masuk lagi."
Hati Riana tidak tenang. Usai mengucapkan terima kasih, dia berlalu pergi. Telefon dikeluarkan. Dia mencari-cari nama Zaquan. Seketika, Riana menepuk dahi. Dia mana ada save nombor Zaquan!
Lantas, Riana mencari Zaquan disekitar bangunan tinggi itu. Mana kau pergi ni, Zaquan? Takkan kena culik kot?
"Aduh, sakitlah! Bukan salah aku! Dia yang terhegeh-hegeh!"
Seketika, Riana menghentikan langkahnya. Dia macam terdengar orang menjerit tadi. Kemudian, kakinya mengatur langkah menghampiri bunyi jeritan tadi. Dia memandang keadaan sekeliling. Penuh dengan kereta adalah!
"Yang kau melayan dia kenapa?!" sekali lagi Riana terdengar suara orang menjerit. Kalini lebih jelas di mana datangnya arah suara itu.
"Zaquan!" Riana berlari mendapatkan Zaquan yang tersandar lemah itu. Disekeliling mereka, terdapat dua orang lelaki yang berbadan sedikit gempal.
Riana membelek muka Zaquan yang bercalar itu. "Kau bergaduh ke, Zaq?"
Zaquan tidak menjawab. Dia memegang mukanya yang lebam. Medesis sakit Zaquan dibuatnya.
"Korang ni siapa hah? Suka-suka hati pukul orang?" Riana mula bersuara garang. Dia memandang tajam dua orang lelaki tadi.
"Ni, kau tanya buah hati kau ni! Apahal dia kacau bini aku? Dah tak ada perempuan lain dalam dunia ni? Bini aku juga yang dia nak kacau?!" salah seorang lelaki itu bersuara. Dia mahu mendekati Zaquan tetapi dihalang oleh Riana.
Riana tercengang. "Bila masa pulak aku ni buah hati dia? Aku pun tak ingin la ada buah hati macam ni! Baik korang berambus! Sebelum aku telefon polis!" Riana sudah siap sedia mengeluarkan telefon.
"Kau! Kau selamat kalini, Zaquan!" ujar lelaki tadi. Dia dan rakannya terus berlalu pergi meninggalkan Riana dan Zaquan yang sudah tidak bermaya itu.
Riana berpaling memandang Zaquan. Teruk juga Zaquan dibelasah.
"Seronok kena bantai?" Riana sengaja menyakitkan hati Zaquan. Zaquan tidak melayan. Sakit di rahangnya lebih perit daripada sakit dihatinya. Tak kuasa dia nak layan Riana!
"Kau kacau bini orang ke, Zaq? Dah takde perempuan lain kau nak kacau?" Riana menepis tangan Zaquan yang dari tadi memegang pipi. Riana melihat ada kesan darah di hujung bibir. Tisu yang berada di dalam kocek seluarnya dibawa keluar.
Dengan berhati-hati, Riana mengelap darah di hujung bibir Zaquan. Mata Zaquan tidak lepas daripada memandang wajah putih itu. Dari kening hingga matanya berhenti pada bibir merah Riana.
"Aduh, sakitlah!" Zaquan mendesis sakit apabila Riana menekan kuat di tempat luka.
"Kau tenung apa? Kang aku bagi lebam dekat biji mata kau pulak!"
Zaquan mencebikkan bibir. Garang betul Riana ni!
"Kau buat apa dekat sini? Kata datang lepas waktu kerja?" akhirnya Zaquan bersuara. Dia mula berdiri sambil memegang perutnya.
"Kau lupa ke yang aku ni bodyguard kau?" balas Riana. Dia sudah berjalan laju kehadapan. Riana mengeluh kecil melihat Zaquan yang berjalan perlahan itu.
"Bukan kita dah..." belum sempat Zaquan menghabiskan ayatnya, Riana sudah terlebih dahulu memotong.
"Dah, tak payah mengada-ngada! Kau ikut je cakap Tok! Baru aku tinggalkan kau sekejap dah kena belasah macam ni? Ada hati taknak aku jadi bodyguard kau? Esok-esok mayat kau yang ada depan rumah nanti." Riana membebel. Dia memapah Zaquan yang terhincut-hincut itu.
"Kau memang nak aku mati eh, Ria?" Zaquan bertanya tidak puas hati.
"Bukan aku yang nak, tapi kau sendiri yang tempah maut! Kalau aku takde tadi, dah lunyai diorang tu belasah kau tahu! Bukan nak berterima kasih, lagi banyak songeh pulak dia!"
Zaquan buat-buat tak dengar. Riana ni kalau dah mula membebel, memang takkan berhenti.
Riana membawa Zaquan ke tempat duduk penumpang. Enjin kereta dihidupkan setelah dia masuk ke dalam kereta.
"Kau nak bawak aku pergi mana, Ria?"
"Kau nak pergi klinik atau balik rumah?" Riana memberi dua pilihan. Pacuan empat roda itu mula membelah jalan raya.
"Balik rumah aku." Sesekali Zaquan memegang mukanya. Perit yang ditinggalkan tidak hilang lagi.
"Apahal rumah kau pulak? Nanti Tok tanya aku nak jawab apa?"
Zaquan berdecit perlahan. "Kau kan partner in crime aku, pandai-pandailah kau cakap dengan Tok nanti. Takkan aku nak balik sana dengan muka macam ni?"
Riana ketawa terbahak-bahak. "Sejak bila pulak aku jadi partner in crime kau?"
Zaquan mendengus geram. Setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh gadis itu sememangnya menyakitkan hati dia.
"Ya, Tok?" Riana menjawab panggilan daripada Tok Khalid. Zaquan disebelah dikerling sekilas.
"Ada ni... Zaq tak berapa sihat. Ria bawak dia balik condo. Eh, takpayah Tok. Ria ada tengok-tengokkan dia. Nanti Tok suruh je Siti datang sini."
Riana mengangguk-angguk sebelum mematikan panggilan.
"Tok nak apa?"
"Tok tanya kenapa kau tak masuk office lagi."
"Tok ada syak apa-apa tak?" Zaquan bertanya risau.
Riana mengangkat kening. "Bukan tadi kau cakap aku ni partner in crime kau?"
Zaquan menjeling. Orang tanya elok-elok kot! Jawablah elok-elok jugak.
"Kau betul ni taknak pergi klinik?" Riana menyoal sekali lagi.
"Tak naklah, aku nak tidur. Nanti dah sampai, kejut aku." Zaquan memberi kata putus. Dia kemudian memejamkan mata. Tidur lagi bagus!
Riana menjuihkan bibirnya. Baru kena pukul sikit, dah lemah macam ni. Tapi dia tak sampai hati pula melihat Zaquan yang kadangkala mengerang kesakitan. Nak atau tak nak, dia tetap akan bawa Zaquan ke klinik.
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...