BAB 31

4K 192 6
                                    

ZAQUAN mengurut lehernya yang terasa lenguh. Yalah, mana tak lenguh kalau dia je yang memandu kereta. Riana? Dah terbongkang di sebelah. Tidur tak ingat dunia! Geram pula Zaquan melihatnya. Ingatkan nak suruh gadis itu teman dia memandu, tapi hampeh! Riana dah terlebih dahulu dibuai mimpi. Nak kejut, tak sampai hati pula. Tak mengapa, masa nak balik Kuala Lumpur nanti, dia akan suruh gadis itu pula yang bawa kereta. Zaquan senyum jahat dengan ideanya itu.

"Ria, bangunlah Ria." Bahu Riana digoncang Zaquan. Bukan main lena lagi Riana tidur sampai tak sedarkan diri langsung.

"Hmm, nantilah. Aku mengantuk ni!" balas Riana dengan mata masih terkatup rapat.

"Bangunlah... Kau tak lapar ke? Aku nak pergi makan ni. Kau nak ikut ke tak?" ujar Zaquan sudah membuka tali pinggang keledarnya.

Riana menenyeh matanya. Seketika, dia mengeliat besar. Tak senonoh betul Riana ni kalau dengan Zaquan. Cuba dengan Hafiz? Memang taklah dia akan buat perangai buruknya itu. Tapi kalau Zaquan, tak apa.

"Kita dekat mana ni?" soal Riana memandang kawasan tersebut. Banyak betul kereta yang terpakir.

"R&R mana entah. Aku main singgah je tadi. Dah, jom turun." Ujar Zaquan selamba.

"Eh, sekejap. So, kau drive dari KL sampai sini sorang-sorang?" muka terkejut dipamerkan.

Zaquan buat muka menyampah. Sudah gaharu cendana pula. Rasa macam nak sekeh kepala Riana ketika ini.

"Soalan apa ni, Ria? Kau nampak kita ni macam bertiga ke? Itu lah, tidur tak ingat dunia sampai kau mamai macam ni. Dah, dah wake up." Zaquan tepuk muka Riana perlahan.

Sebelum keluar, sempat lagi Riana menilik wajahnya. Kut-kut ada liur basi yang tersisa ke kan? Setelah berpuas hati, barulah Riana keluar dari perut kereta.

"Jom." Zaquan mengambil tangan Riana lalu memimpin gadis itu melintas jalan. Sehingga mereka tiba di beberapa buah kedai, barulah Zaquan melepaskan pegangannya tadi.

"Aku nak solat dulu. Jom, Zaq." Ajak Riana. Dia mencari-cari papan tanda bagi memudahkan dia untuk menuju ke surau. Terus, belok kiri. Bisik Riana dalam hati.

"Jom?" ajak Riana lagi. Kelihatan Zaquan teragak-agak untuk mengikuti langkah gadis itu.

"Surau perempuan dekat sini. Erm aku rasa lelaki punya sebelah sana kut. Cuba kau tengok. Okeylah, aku masuk dulu. Nanti kalau kau dah siap, kau tunggu aku dekat ruangan menunggu tu." Ujar Riana lalu menunjuk sebuah bangku panjang yang disediakan.

Zaquan memandang langkah Riana yang sudah masuk ke dalam surau wanita. Dia serba salah. Sama ada mahu masuk atau tidak. Papan tanda yang menunjukkan ruangan solat bagi kaum lelaki itu dipandang lama.

"Mari masuk, bang. Boleh kita berjemaah sekali." Bahunya ditepuk dari belakang. Terkejut Zaquan yang sedang mengelamun itu.

"Sila, sila. Saya masuk sekejap lagi. Tengah tunggu member lagi sorang." Zaquan membalas ajakan daripada seorang pemuda di situ. Seketika, keningnya yang tidak gatal digaruk.

Tidak menunggu lama, Zaquan terus berjalan pergi dari surau lelaki tersebut. Dia bukan tidak mahu solat tapi rukun solat pun dia dah lupa. Seingat Zaquan, kali terakhir dia solat ketika usianya yang masih kecil. Semakin dia meningkat dewasa, semakin ditinggalkan kewajipan tersebut.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni, Zaq?"

"Satu hari nanti, kau akan berumah tangga. Kau yang akan bimbing isteri dan anak kau. Tapi macam mana kau nak bimbing mereka sedangkan diri kau sendiri pun tak terbimbing?"

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]Where stories live. Discover now