*Bab 32 ada update semalam. Tapi tk taulah knp tk muncul dkt noti. Hehe, bagi yg belum baca, jemputlah singgah dulu bab 32*
•••
ZAQUAN meninjau rumah papan tersebut. Dari tadi matanya asyik melingas ke kiri dan ke kanan segenap ruang rumah itu.
"Jemputlah minum, Zaq, Ria. Tokki ni reti buat air teh je. Kalau kamu nak rasa air kopi, nanti tunggu Wan kamu balik dari kebun. Wan kamu kalau buat air kopi, memang macam gini!" mesra Pakcik Wahab berborak. Siap ditunjukkan tanda 'good' lagi kepada mereka. Riana pula jenis yang mudah terhibur. Apa lagi, gelak sajalah dia.
"Eh, tak apa tokki. Ria dengan Zaq okey je minum teh pun. Cuma Ria nak tanya, siapa Wan?" soal Riana lalu mencicip teh panas itu. Ketika itu, hanya mereka bertiga yang berada di meja makan. Pakcik Atan sudah lama balik. Katanya, bini sudah telefon bertanyakan tentang ikan yang dibelinya tadi.
"Wan tu bini tokki. Orang sini memang panggil Wan. Lebih kurang panggilan untuk nenek juga. Cuma di Pahang ni begitulah panggilannya. Tokki dan Wan." Ujar Pakcik Wahab.
Riana mengangguk faham. Zaquan yang hanya diam saja dari tadi dipandang. Aik? Masuk kampung terus jadi bisu ke? Selalu kepoh juga mulut Zaquan ni.
"Zaq? Diam je kamu? Tak selesa ya duduk dekat sini?" soal Pakcik Wahab. Yalah, dari tadi dia dan Riana saja yang berborak. Zaquan langsung tidak menyampuk.
Zaquan tersentak. Nak cakap macam mana ni? Kalau dia berterus-terang nanti, tak pasal-pasal dia kena siku dengan Riana lagi. Tapi dah memang dia tak selesa, takkan dia nak kata okey pula? Aduh, buntu betul!
"Tak adalah, tokki. Zaq first time kan datang sini. Itu yang kena sesuaikan diri sikit. Nanti lama-lama Zaq terbiasalah tu." Zaquan memilih jalan selamat. Nak kata okey pun tak, nak kata tak okey pun tidak.
Riana gelak jahat dalam hati. Macamlah Riana tak nampak Zaqaun yang tak senang duduk itu. Tapi nasib baik Zaquan ni pandai berlakon. Berlakon sebab nak menjaga hati orang, tak salah pun.
"Baguslah tu, Zaq. Biasakan diri. Tokki yakin nanti kamu suka duduk di sini. Tenang je. Bukan macam di bandar sana, bising dengan motor dan kereta. Ni tokki nak tanya, apa khabar Tok kamu di KL? Lama dia tak balik kampung ni. Rumah yang tokki duduk sekarang ni, rumah peninggalan arwah mak dan abah Tok kamulah. Tok kamulah yang suruh tokki duduk sini." Panjang lebar Pakcik Wahab bercerita.
"Alhamdulillah, Tok sihat je tokki. Biasalah Tok tu, dia memang workaholic. Turun-temurun dekat si Zaq ni." Riana menjawab. Nak suruh Zaquan yang bersuara? Huh, macam ada tongkong emas dalam mulut lelaki itu.
Pakcik Wahab ketawa mendengar bicara Riana tadi. Sesekali dia mencicah biskut kering ke dalam air teh panas itu. Itulah orang kampung. Makan biskut kering pun dah sedap.
"Assalamualaikum!" sedang rancak mereka berbual, kedengaran ada satu suara yang memberi salam dari luar. Macam suara seorang wanita. Mungkin itu Wan yang dikatakan Pakcik Wahab tadi.
"Tokki rasa, Wan kamu dah balik tu." Kata Pakcik Wahab dan bingkas bangun dari kerusi. Riana juga turut sama mengikuti langkah Pakcik Wahab ke hadapan rumah. Jelas, ada seorang wanita sedang duduk kelelahan di atas tangga kayu itu. Zaquan disisi hanya memerhati. Buat seketika, dia menepuk tangganya yang di hinggap nyamuk. Ini yang dia tak suka ni! Banyak betul nyamuk!
"Eh, siapa ni bang? Tetamu kita ke?" riak wajah terkejut dipamerkan MakCik Munah.
"Ha, Munah... Ini abang kenalkan Riana dan Zaquan. Mereka ni cucu kepada Khalid." Pakcik Wahab mula bersuara sebaik saja Makcik Munah memalingkan wajahnya. Tersenyum manis wanita itu melihat kehadiran Riana dan Zaquan.
"Khalid anak arwah Abu dengan Salmah tu ke, bang? Dah besar cucu-cucu dia ni ya? Lama sangat dah saya tak jumpa Khalid." Ujar Makcik Munah. Riana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita itu.
"Ria ni cucu angkat je, Wan. Zaq ni baru cucu kandung Tok." Riana senyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
"Lah yeke? Tak kesahlah semua tu, Ria. Tok Khalid kamu tu, Wan tahu dia pun dah anggap kamu ni macam cucu kandung dia. Wan kenal sangatlah dengan Tok kamu tu." Alahai, ramah betul Makcik Munah ni. Sama macam suaminya.
"Kamu berdua bercuti di sini ya?" soal Makcik Munah. Ketika ini, mereka masih lagi berborak di luar rumah. Indah je duduk di luar ni. Banyak pokok buah yang sedang merimbun buahnya. Biasalah, sekarang kan musim buah. Lagi-lagi di kampung, cakap je nak buah apa, boleh petik terus dari pokok. Fresh!
"Ha'ah, Wan. Tapi tak lama pun, sebulan je kami dekat sini. Kalau Wan dan tokki tak keberatan, kami nak tumpang tidur sini."
"Apa pula menumpang? Ini rumah kamu juga. Wan tak kesah, kamu nak duduk berapa lama pun. Nak duduk terus pun, lagi Wan suka. Kamu Zaq? Memang kurang bercakap ya? Wan tengok kamu senyap je dari tadi?" kini, semua mata mengalihkan perhatian kepada Zaquan. Terkulat-kulat lelaki itu dibuatnya.
"Mulut Zaq ada ulser. Itu yang kurang sikit bercakap." Tipu Zaquan. Dia kemudian menggaruk kepala yang tidak gatal. Riana disebelah pula sudah menekup mulut. Adui, lawak betullah Zaquan ni!
"Tak apa, nanti kamu letak garam dekat tempat ulser tu. Ha, memang cepat eloknya nanti. Tapi kamu kena tahan pedih sikitlah, Zaq."
Zaquan tak tau nak bagi reaksi apa. Dia sekadar mengangguk saja. Itu sajalah kerjanya. Kalau tak angguk, menggeleng. Hailah, Zaquan!
"Bagi cili pun boleh, Wan..." Riana mengusik Zaquan. Terjegil biji mata lelaki itu.
"Tokki masuk dululah. Dah nak maghrib ni. Sekejap lagi nak ke surau. Kamu nak ikut, Zaq?" habis, habis! Soalan cepumas itu membuatkan Zaquan terus menjadi cacing kepanasan.
"Tak usahlah, bang. Lain kali saja. Kesian budak-budak ni penat. Bagilah diorang ni berehat dulu. Esok-esok pun boleh kalau Zaq nak ikut tokki ke masjid." Selamat! Nasib baik Makcik Munah terlebih dahulu bersuara. Fuh, lega Zaquan dibuatnya!
"Yalah... Kalau macam tu, abang masuk dululah. Ria dan Zaq, buat rumah ni macam rumah sendiri ya? Tokki masuk dulu." Terus lelaki tua itu melangkah masuk ke dalam.
"Jomlah kita masuk. Maghrib macam ni tak elok duduk dekat luar. Masa-masa macam nilah setan banyak bekeliaran. Malam ni, Wan rasa nak masak lemak ketam. Kebetulan tokki kamu baru beli ketam pagi tadi. Memang rezeki kamu berdualah..." ujar Makcik Munah. Terketar-ketar lututnya nak berdiri. Biasalah dah tua-tua ni, memang begitulah. Macam-macam sakit yang datang.
Riana dah masuk ke dalam. Tapi Zaquan pula masih berdiri di luar. Telinganya macam ada dengar sesuatu.
"Kau buat apa dekat luar tu?" soal Riana.
"Kau ada dengar bunyi pelik tak, Ria?" tanya Zaquan pula. Sangsi betul dia sekarang ni.
"Bunyi apa kau ni?" Riana turut sama fokus terhadap bunyi yang dikatakan Zaquan tadi. Seketika, terbahak-bahak dia ketawa. Perutnya dipegang sambil tangan menepuk lengan Zaquan.
"Yang kau gelak sakan ni kenapa?" Zaquan menarik rambut Riana. Geram betullah! Orang tengah serius, boleh pula si Riana ni terkekek-kekek ketawa.
"Itu bunyi unggas! Kau tau tak unggas tu apa?"
Zaquan menggeleng.
"Pergi google sendiri. Bye, aku nak masuk! Takut ada momok nanti..."
Kecil besar, kecil besar je Zaquan pandang Riana yang sedang berjalan berlenggang-lenggok itu. Ingatkan nak bagitahu unggas tu apa. Rupanya-rupanya, dia kena scam dengan Riana! Sabar jelah!
Kemudian, Zaquan melajukan langkahnya masuk ke dalam rumah. Habis badannya diserang nyamuk. Ujian betul duduk di kampung ni. Hari pertama sampai je dah buat dia rasa menyesal! Inikan pula nak tunggu lagi 29 hari? Harap-harap dia boleh bertahan dan tak lari dari kampung ini. Tapi kalau dia lari pun, dia nak kemana? Balik KL? Silap haribulan, Tok Khalid menghantar dia kembali ke sini. Haih, apalah nasib seorang Zaquan Firdaus...
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...