RIANA menghantar Hafiz sehingga depan pagar. Bukan main lebar lagi dia punya senyum. Sampai saja di kereta Hafiz, mereka saling berpandangan.
"Awak terus balik rumah ke?" Riana menyoal setelah agak lama dia dan Hafiz berdiam diri.
"Yup, lagipun dah lewat malam ni." Jawab Hafiz.
Riana mengangguk faham. Haih, sayangnya nak lepaskan buah hati pergi. Belum apa-apa lagi, dah rasa rindu. Ceh!
"Awak tunggu sekejap eh, saya nak bekalkan awak kek tadi. Nampak berselera betul awak makan! Tunggu tau!"
"Eh, Ria! Tak payahlah. Saya dah kenyang ni!" halang Hafiz lalu menarik tangan Riana.
"Malam ni memanglah awak kenyang. Esok awak lapar kan? So, makanlah kek saya tu nanti." Riana sengih. Apalah, orang lapar makan nasi. Ni, dia suruh makan kek pula?
Tak sempat lagi Hafiz nak halang, Riana dah laju masuk ke dalam. Badannya kemudian disandarkan pada pintu kereta. Kunci tersebut dilambung-lambung bagi menghilangkan bosan. Seketika, telefonnya bergetar minta diangkat.
"Hello, sayang?" Hafiz membisik lalu bergerak jauh sedikit dari keretanya. Sesekali dia menjeling ke belakang.
"Abang lambat lagi ke balik? Aiman ni, asyik tanya abang dekat mana? Izzah suruh tidur pun taknak. Nak juga tunggu ayah dia balik." Tanya Izzah dari dalam panggilan.
"Abang dah on the way balik ni, sayang. Cakap dengan Aiman, sekejap lagi abang sampai." Hafiz menggeleng kecil mendengar aduan isterinya. Aiman memang teramat manja dengan dia. Sebelum tidur, mesti mahu Hafiz berada di sebelah menemani.
"Yelah nanti Izzah bagitau. Abang hati-hati bawa kereta tu, Assalamualaikum." Izzah mematikan panggilan. Hafiz kemudian memasukkan semula telefonnya ke dalam kocek seluar.
Terkejut Hafiz melihat Zaquan yang sedang berdiri sambil bersandar di belakang keretanya itu. Siap berpeluk tubuh lagi. Hafiz syak, Zaquan telah mendengar segala perbualannya tadi.
"Bini dah suruh dodoikan anak tu... Kau tak reti nak balik ke? Oh lupa, kau mesti cakap dengan bini kau yang kau balik lambat? Alasan kau sebab banyak kerja or nak buat overtime? Isn't it? Atau tuduhan aku ni salah sama sekali?"
Hafiz membetulkan cermin matanya. Mana Riana ni? Ambil kek atau buat kek? Lama betul!
"Aku... Aku..."
"Kau ingat Hafiz, kau masih ada masa lagi untuk jujur dengan Riana. Tapi aku kecewa jugalah dengan Ria ni. Senang-senang je dia percaya dekat kau kan? Bagi akulah, alasan dah kenal bertahun-tahun bukan tiket untuk aku percaya orang tu seratus peratus. Lagi-lagi dengan lelaki macam kau ni. Datang tak dijemput, tahu-tahu dah pasang niat nak beristerikan Riana? Kesian bini kau kan? Mati-matian dia ingat kau ni setia orangnya, tapi... Kau fikir lah sendiri."
"Kau mungkin sedang berjaya tipu semua orang, tapi bukan aku! Lambat laun nanti, kau punya perangai setan ni akan terbongkar juga!" Zaquan menambah lagi.
Hafiz senyum sinis.
"Apa beza kau dengan aku? Setahu aku, perangai kau pun takdelah baik mana? Clubbing, perempuan keliling pinggang, bukan tu semua pernah kau buat? Takkan sekarang dah insaf kot? Atau kau dah dapat hidayah? Dah bertaubat?" ujar Hafiz dengan lagaknya.
Zaquan kepal penumbuk. Tak menunggu lama, dia mencengkam kolar baju Hafiz kuat. Tercekik lelaki itu dibuatnya. Lalu, satu hayunan penumbuk diberikan ke perut lelaki itu.
"Sekurang-kurangnya aku tak pernah tipu orang yang aku sayang!" Zaquan menumbuk perut Hafiz lagi.
"Aku tak pernah mainkan hati perempuan yang aku cinta! Tapi kau? Apa kau dah buat dekat bini kau? Kau khianati dia! Riana? Apa kau buat dekat dia? Kau permainankan hati dan perasaan dia!!" Zaquan melepaskan lagi satu tumbukan sebelum dia melonggarkan cengkaman di kolar baju Hafiz. Terbongkok-bongkok Hafiz menahan sakit dan senak di perut.
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...