ALAT ujian kehamilan yang diletakkan di tepi singki itu dipandang resah. Riana menggigit lembut bibirnya. Sungguh, dia berasa sangat berdebar menunggu keputusan yang bakal diterimanya nanti.
"Love! Dah ke belum?" jerit seseorang di luar bilik mandi. Daripada jeritannya itu, jelas kedengaran intonasi yang agak teruja.
"Belum! Sabarlah kejap!" laung Riana. Buat seketika, Riana menarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan hatinya yang sarat dengan rasa gelisah.
"Tak kesahlah apa pun keputusannya, aku terima seikhlas hati. Kalau ada rezeki, aku bersyukur. Kalau tak ada, aku cuba redha." Riana cuba menyedapkan hatinya. Kepala diangguk berkali-kali.
Ini kali pertama dia membuat ujian kehamilan. Itu pun disebabkan hampir tiga bulan Riana tak datang bulan. Pula tu, setiap pagi mesti dia akan muntah-muntah. Selera makannya tak usah cakap. Macam orang bela hantu raya!
Dan yang paling ketara sekali apabila dia suka makan makanan masam sejak dua menjak ini. Padahal, makanan masam yang paling Riana tak suka makan. Memang tiap hari Riana akan pesan pada Zaquan untuk membelikannya buah mangga muda. Sampai naik pelik Zaquan dibuatnya. Tapi diturutkan saja permintaan Riana.
Oleh kerana itu, Riana membuat keputusan untuk membeli pregnancy test. Usia perkahwinannya juga sudah dua tahun. Kut-kut ada rezeki dia dan Zaquan menimang cahaya mata awal. Tapi kalau Tuhan tak izinkan mereka untuk bergelar ibu dan ayah lagi, Riana terima seadanya.
"Bismillahirahmanirrahim." Tangannya terketar saat dia mengambil alat ujian kehamilan tersebut. Kalau ikut kefahamannya, satu line bermaksud negatif. Manakala dua line pula positif. Berdegup kencang jugalah jantung Riana melihat line tersebut.
Tak berkelip mata Riana melihat keputusan daripada alat ujian kehamilan itu. Helaan dilepaskan perlahan. Seketika, pintu bilik air yang diketuk itu Riana pandang sedih.
Perlahan-lahan Riana memulas tombol pintu. Tunak matanya merenung Zaquan yang kelihatan tidak sabar itu.
"Macam mana love? Pregnant tak?" Lengan Riana dicapai lalu Zaquan bawa ke tempat beradu mereka.
"Abang, kalau Ria tak mengandung, abang masih sayang Ria tak? Abang akan tinggalkan Ria tak?" soal Riana tiba-tiba. Alat ujian kehamilan itu disorokkan di belakang badannya. Sayu saja dia memandang wajah tampan Zaquan. Kolam matanya sudah dipenuhi dengan manik jernih.
"Shh, kenapa love cakap macam tu pula? Takkanlah sebab Ria tak mengandung, abang nak tinggalkan Ria? Abang takkan buat macam tu. Ada anak atau tidak, abang tetap sayang Ria." Zaquan mencium ubun-ubun Riana.
Daripada ujaran Riana tadi, Zaquan dapat mengagak keputusan kehamilan tersebut. Bahu isterinya diusap lembut. Kalau tak ada rezeki mereka lagi, nak buat macam mana kan?
Soal anak, semuanya bergantung kepada rezeki bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Sesetengah orang, rezeki mereka awal. Ada juga yang sudah berpuluh tahun kahwin, namun rezeki anak masih tidak sampai kepada mereka.
Perkara tersebut memang tak dapat dijangkakan. Apa yang kita boleh lakukan, teruskan usaha dan doa. Cepat atau lambat, biarlah Tuhan saja yang tentukan.
"Tapi abang tetap kecewa juga kan?" Riana angkat kepala. Melihat raut wajah Zaquan yang tenang itu, membuatkan sekeping hatinya dihurung rasa bersalah.
Zaquan senyum manis. Keningnya terangkat tinggi.
"Mana ada. Abang okey je kalau rezeki kita belum sampai. Bolehlah abang dengan Ria honeymoon lagi. Tapi honeymoon kalini, kita kena kerja keras sikit. So, macam mana? Ria setuju tak?" sakat Zaquan nakal. Mukanya didekatkan pada wajah Riana.
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...