SPECIAL CHAPTER | 02

8K 325 24
                                    

"ABANG... Nak peluk!"

Zaquan yang baru pulang dari tempat kerja itu, terus didekati. Belum sempat suaminya hendak meletakkan briefcase, Riana terus menerpa dan memeluk tubuh Zaquan. Kemeja Zaquan dihidunya. Seketika, Riana menguntum senyuman panjang. Wangi!

"Alahai isteri abang ni, suka sangat bau peluh abang eh? Love selesa ke? Tak rimas?" Zaquan membelai rambut panjang Riana. Sebelah tangan diletakkan di pinggang isterinya. Manakala sebelah tangan lagi, pantas melonggarkan tali leher.

"Rimas? Abang rimas ke Ria peluk abang setiap hari? Abang tak suka?" soal Riana seakan berjauh hati. Mulalah dia nak melelehkan air mata. Haih, sejak disahkan mengandung ni, makin sensitif dibuatnya!

Perlahan-lahan Riana menjauhkan dirinya. Dia mengatur langkah menuju ke sofa. Bibir dah mencebik sedih.

Zaquan dah mula gelabah. Keningnya digaru tidak gatal. Lain yang dia maksudkan, lain pula yang isterinya faham. Dah tak pasal-pasal merajuk pula si buah hati.

"Love... Bukan macam tu maksud abang..." Tangan Riana diraih. Namun, cepat saja Riana menarik kembali tangannya. Ni betul-betul merajuk ni!

"Sampai hati abang... Abang dah rimas dengan Ria... Abang dah tak suka Ria... Abang mesti dah ada perempuan lain kan? Sebab tu abang kata abang dah rimas dengan Ria..." Riana dah mula melalut. Jauh betul fikiran dia melayang.

Ya Allah! Makin buntu Zaquan dibuatnya apabila melihat Riana yang sudah menangis. Terhinjut-hinjut bahu isterinya itu. Makin Zaquan cuba untuk mendekati Riana, semakin jauh wanita itu mengelak daripadanya. Hailah, bini!

"Ria... Bukan itu maksud abang..."

"Abang tipu! Jangan sentuh Ria!" Tercebik-cebik bibir Riana. Dia bangun. Saat kaki melangkah pergi, terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Hembusan nafas suaminya terasa hangat mengena leher dia.

"Love..." panggil Zaquan dengan suara seksi. Bibir dilabuhkan pada leher Riana. Digigit lembut leher putih isterinya.

"Merajuk ke, hmm?" Tangan menyentuh perut Riana. Diusapnya perlahan-lahan.

Riana membatukan diri. Tika ini, dia sedang terbuai dengan bau daripada tubuh suaminya.

"Ria dah salah faham..." ujar Zaquan lalu membawa Riana kembali ke sofa.

Tanpa banyak bunyi, Riana akur saja. Esak tangisannya mula reda. Kepala jatuh di dada tegap Zaquan. Jelas kedengaran degup jantung Zaquan yang laju itu. Sama laju dengan jantungnya saat ini.

"Abang cuma tanya, Ria tak rimas ke hari-hari peluk abang dalam keadaan berpeluh macam ni? Bukannya abang cakap yang abang rimas dengan Ria. Malah, sikit pun abang tak rasa macam tu. Abang lagi happy bila isteri abang sambut kepulangan abang dengan pelukan. Suami mana je tak seronok bila isteri layan macam tu? Walaupun abang tahu, ni semua sebab pembawaan budak. Tapi abang tak kesah pun. Kalau boleh, setiap saat abang nak Ria melekat aje dengan abang."

Ubun-ubun Riana diciumnya. Hilang segala penat lelah dia saat terpandang akan wajah isterinya di muka pintu tadi.

Riana gigit bibir. Dia rasa bersalah kerana berkata begitu tadi dengan Zaquan. Sedangkan suaminya itu tidak ada niat apa-apa pun. Cuma dia saja yang terlalu sensitif. Keluhan lemah dilepaskan.

"Abang... Ria minta maaf... Ria tak sepatutnya cakap macam tu tadi dengan abang. Ria tak sepatutnya tuduh abang yang bukan-bukan. Abang maafkan Ria eh?" Tangan Zaquan dicapai lalu Riana menundukkan wajah mencium tangan suaminya.

Zaquan mengulum senyuman.

"It's okay, love. Abang faham. Abang ada google kenapa perempuan mengandung ni cepat sensitif. Rupa-rupanya sebab pembawaan budak dalam kandungan. Jadi, dari situ abang faham. Dan ini juga salah satu pengorbanan Ria sebab nak bagi abang zuriat. Terima kasih, love..." Zaquan kucup dahi Riana. Dicurahkan segala kasih sayangnya buat wanita itu.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]Where stories live. Discover now