BAB 49

5.3K 236 47
                                    

     RIANA menangis teresak-esak melepaskan rasa geramnya. Bukan sebab sedih, tapi sebab geram. Jadi, dia cuma menangis supaya rasa marahnya itu terlepas sekali dengan air mata yang jatuh.

Rasa macam nak tumbuk sesuatu, tapi dia tak tahu nak tumbuk apa. Kalau tumbuk batu di depannya ini nanti, tak pasal-pasal berdarah pula tangannya. Itu belum lagi dicop gila oleh orang-orang yang lalu lalang dia taman ini. Jadi, menangis adalah jalan penyelesaiannya.

"Tak guna kau, Hafiz! Mati-matian aku ingatkan kau tu bujang! Rupa-rupanya, laki orang! Eii, bodohnya kau ni, Ria! Dulu, bukan main lagi kau kutuk perempuan yang bercinta dengan suami orang. Ha, sekarang ni kata-kata kau tu berbalik dekat diri sendiri! Padan muka!"

Riana mengamuk dengan diri sendiri. Mukanya bengis namun ianya tidak lama apabila bibirnya mula mencebik hendak menangis lagi.

"Zaq... Mana kau... Aku nak kau... Aku nak mengadu dengan kau apa yang Hafiz dah buat dekat aku," luah Riana gembeng. Monyok saja mukanya dengan wajah mula menekur tanah.

"Kalau aku tahu kau tu laki orang Hafiz, huh memang taklah aku nak bercinta apatah lagi berkawan dengan kau! Baik aku terima si Zaquan ting tong tu pun lagi bagus! Tapi Zaquan pun, hmm..." ayatnya tidak habis apabila otak mula teringat akan perlakuan Zaquan terhadap Dania.

Riana melepaskan keluhan berat. Hatinya berat mengatakan bukan Zaquan yang buat semua tu. Tapi bukti pula sudah terpampang di depan mata. Nak nafikan apa lagi? Entahlah, Riana pun keliru juga.

"Riana," panggil seseorang dari belakang.

Dengan pantas, Riana menoleh kepalanya. Daripada duduk, kini Riana sudah berdiri menghadap Zaquan. Tak berkelip matanya melihat ketampanan Zaquan. Dengan lengan kemejanya dilipat hingga ke siku, lepastu kaca mata hitam elok tergantung pada hidung mancungnya. Kedua-dua belah tangan lelaki itu pula dimasukkan ke dalam kocek seluar slacknya. Fuh, tergoda iman Riana beb!

"Masuk dalam kereta sekarang," arah Zaquan tegas. Riana pula terkebil-kebil menerima arahan itu. Otak masih tidak dapat berfungsi dengan baik selepas melihat ketampanan Zaquan. Ceh, ada-ada si Riana ni!

"Nak pergi mana?"

"Masuk ajelah dalam kereta tu. Ke kau tak sudi nak naik kereta dengan mamat jijik ni lagi? Tak apa, aku faham. Kalau macam tu, naik kereta kau sendiri. Then, follow aku dari belakang."

Zaquan sudah memusingkan badannya. Kalau dulu dia akan memaksa Riana walaupun gadis itu berkeras tidak mahu. Tapi kali ini, Zaquan tidak akan berbuat begitu lagi.

Terkelu Riana buat seketika. Liur ditelan pahit. Nampaknya, Zaquan masih terasa hati dengan dia. Lihat sajalah bibit bicara lelaki itu tadi, jelas menggambarkan bahawa Zaquan masih berkecil hati apabila Riana memanggilnya jijik tempoh hari.

Huh, kalau masa boleh diputarkan kembali, memang Riana nak tonyoh mulut dia dengan cili. Lepastu, kumur dengan clorox. Silapnya kerana bercakap tak bertapis. Sah-sahlah Zaquan akan terasa. Tengok, Zaquan masih merajuk lagi!

Zaquan sudah masuk ke dalam kereta. Langkah Riana diperhatikan. Kaki gadis itu semakin dekat ke arah keretanya. Serta merta, senyuman mula menghiasi bibir. Namun, ia kembali pudar apabila Riana sudah menarik pintu kereta. Nanti kantoilah dengan Riana sebab tersengih seorang diri. Misi rajuknya harus diteruskan!

"Kita nak kemana, Zaq?" lembut Riana bertanya. Matanya redup memandang Zaquan. Haih, rindu betullah!

"Hospital," balas Zaquan ringkas.

"Hah? Kenapa? Siapa sakit? Kau sakit ke, Zaq? Sakit apa?"

Terbeliak mata Riana. Tubuh Zaquan ditilik teliti. Nampak okey je? Tak nampak macam sakit pun? Siap boleh bawa kereta lagi.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]Where stories live. Discover now