"AKU kata taknak!" bentak Zaquan. Riana dijeling sebelum dia meninggalkan gadis itu di dapur. Baik dia duduk di luar rumah. Aman dan tenang sikit hatinya.
"Jomlah, Zaq... Takkan aku nak pergi sendiri?" Riana memujuk lagi. Nak pujuk Zaquan ni perlukan kesabaran yang tinggi.
"Kau pergilah ajak wan takpun tokki? Hish, aku taknaklah jejakkan kaki dekat pasar tu! Kau nak pergi, pergi sorang. Jangan ajak aku." Zaquan menggeleng pula. Tekad betul dia tidak mahu mengikut Riana ke pasar.
Riana garuk kepala. Macam mana dia nak pujuk Zaquan ni? Zaquan ni pun satulah, orang ajak pergi ke pasar aje pun. Bukannya nak ajak berperang!
"Zaq, kau tak sayang aku ke Zaq?" muka sedih ditayangkan di hadapan muka Zaquan.
Zaquan kerut dahi. Apa kena mengena sayang dengan ajak dia ke pasar? Riana nak samakan dia dengan ikan dekat pasar tu ke apa?
"Apa kena mengena?" Zaquan meminta penjelasan. Muka cantik Riana itu ditatap. Eh, terpuji pula!
"Yalah, kalau betul kau sayang aku, kau kena ikut aku ke pasar sekali!"
Zaquan cebik bibir. Apa punya taktik si Riana ni nak pujuk dia? Tak sweet langsung! Cuba bagi ayat yang manis bak gula, barulah hati dia cair.
"Kalau aku tetap taknak ikut?" sambung Zaquan lagi. Sengaja mahu menguji tahap kesabaran Riana dalam memujuknya.
"Maksudnya kau tak sayang aku!" Riana berpeluk tubuh. Nak merajuk!
"Siapa kata aku tak sayang kau? Aku sayang tapi... Cara aku sayang lain..." Zaquan bangun. Dia mendekati Riana yang bersandar pada dinding batu itu. Makin lama, makin dekat.
"Ap...apa kau ni!" Riana alih wajah ke sisi. Fuh, berdebar beb jantung dia! Apatah lagi mata seksi Zaquan itu merenung dia tajam. Argh, rasa menyesal pula pujuk Zaquan menggunakan cara tadi! Terasa segala urat sarafnya kini bagai terkena renjatan. Renjatan apa? Renjatan cinta kut. Eh, eh!
"Nak tunjuk sayang aku dekat kaulah..." Zaquan memandang penuh romantis. Ditatap wajah putih yang sudah kemerahan itu.
Riana menutup mata. Debar di hati cuba ditahan. Walaupun begitu, bau maskulin Zaquan tetap saja membuat sekeping hatinya bergelora hebat. Rongga hidung kembang kuncup menahan bau wangi itu.
Zaquan pula perlahan-lahan menjauhkan dirinya. Bibir naik sedikit menyungging senyuman. Kalau ikutkan nafsu, memang dah lama hanyut. Tapi, Zaquan menahan dirinya. Dia tidak akan sesekali berbuat begitu terutama sekali kepada Riana.
"15 minit aku tunggu kau dekat sini. Kalau kau lambat, aku batalkan niat untuk ikut kau ke pasar." Zaquan kembali duduk di atas kerusi. Riana yang masih menutup mata itu dikerling sekilas.
Berdesup Riana lari sambil memegang dadanya. Malu, geram semua ada! Zaquan ni suka betul buat dia tak tentu arah. Pula tu, suka betul tinggalkan dia dengan keadaan terpinga-pinga macam dia tengah syok sendiri.
Zaquan memegang dadanya kejap. Ada rasa halus yang menjentik tangkai jantung. Lantas, satu sengihan mula mekar menyinari bibir.
•••
ZAQUAN memicit hidungnya dengan jari. Bau hanyir yang datang daripada haiwan laut itu betul-betul buat dia sesak nafas. Tambahan lagi, suasana disitu agak sesak. Ramai betul orang datang ke Pasar Besar Temerloh ini.
"Lama lagi ke, Ria? Aku dah tak tahan ni! Habis baju aku bau hanyir!" Zaquan mencuit bahu Riana yang sedang memilih sayur kampung. Ada pucuk ubi, pucuk paku, jantung pisang dan lain-lain. Semuanya nampak segar belaka.
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomansHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...