BAB 21

4K 208 0
                                    

ZAQUAN memejamkan matanya sambil jari-jemari memicit kuat dahinya. Tidak cukup dengan itu, rambutnya pula diserabaikan. Stres! Angin malam yang sejuk itu tidak mampu memadamkan api kemarahannya. Keluhan berat dilepaskan laju.

Walaupun dia masih marah dengan apa yang dibuat Tok Khalid tadi, tapi dia tidak boleh tipu hatinya. Dia juga mempunyai perasaan. Dia juga berhak untuk bersuara. Zaquan yakin, sedikit sebanyak kata-katanya itu tadi membuatkan Tok Khalid berkecil hati.

"Zaq..."

Panggil seseorang dari belakang. Namun, Zaquan tidak berpaling kerana dia sudah dapat agak gerangan yang memanggilnya tadi. Suara yang halus dan gemersik menjengah di telinga lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Riana.

Riana duduk di hadapan Zaquan. Ketika ini, mereka sedang berada di buaian di belakang halaman rumah. Puas dia mencari Zaquan tadi, rupa-rupanya di sini lelaki itu duduk.

Sunyi mengambil tempat buat seketika. Riana berkira-kira untuk mengajukan soalan kepada lelaki itu. Dia takut Zaquan akan melenting lagi.

"Zaq..."

Tiada sahutan dari Zaquan.

"Zaquan..."

"Kau nak cakap apa? Cakap jelah."

Zaquan bersuara tegas. Riana pula melepaskan helaan nipis. Dengan keadaan sekarang ni, dia perlu bersabar dengan Zaquan. Kalau dua-dua menjadi api, makin maraklah kemarahan mereka berdua.

"Kenapa kau cakap dengan Tok macam tu? Tak elok Zaq biadap dengan orang tua. Terutama sekali Tok."

Buat pertama kali, Riana berkata dengan nada lembut. Zaquan senyum sinis sambil kepala digelengkan.

"Kau ingat aku nak sangat biadap dengan Tok? Tapi apa yang dia cakap tadi, aku tak berhak nak ada rasa marah ke, Riana? Daripada aku kecil, sampai aku besar, Tok yang atur hidup aku! Seolah-olah aku ni tak ada hak ke atas hidup aku sendiri!"

"Tapi Tok buat semua ni untuk kebaikan kau, Zaq. Dia nak kau berubah, itu je."

"Kau ingat bila Tok buat macam ni dekat aku, sekelip mata aku akan berubah? Dari dulu, itu sajalah alasan Tok. Kalau aku nak berubah, aku boleh ubah diri aku sendiri! Aku tak perlukan orang lain untuk kongkong hidup aku semata-mata nak aku berubah!"

"Dari aku kecil, Riana... Hidup aku ditentukan oleh Tok sendiri. Sedangkan, mama dan papa aku tak pernah kawal hidup aku. Dari aku berumur lima tahun, aku dah dipisahkan oleh mama dengan papa aku sendiri. Mereka di Singapore, dan aku pula di Malaysia tinggal dengan Tok. Aku berpisah dengan parents aku sendiri dan semuanya disebabkan Tok!"

"Bila aku dah dewasa, aku ingatkan Tok tak akan kawal hidup aku lagi. Tapi aku silap, Ria. Sebab tu, aku bawa diri ke Australia. Aku belajar dan bergaul dengan orang di sana. Hidup aku tenang, bebas. Tapi kebebasan aku tak lama. Tok paksa aku balik ke Malaysia untuk uruskan syarikat dia di sini. Aku turutkan walaupun aku tak minat dalam bidang business ni. Sebab aku fikir, aku satu-satunya cucu yang dia ada."

"Aku stres, Ria. Aku dipaksa untuk buat kerja yang aku tak suka. Tapi apa pilihan yang aku ada? Aku tak ada pilihan, nak taknak aku kena turutkan. Aku tak minta banyak, aku cuma nak Tok faham aku. Aku tak tau nak lepaskan semua ni dekat siapa dan disebabkan itu, setiap malam aku akan ke kelab untuk tenangkan fikiran aku. Hidup aku kosong, Ria. Kosong!"

Panjang lebar Zaquan meluah. Oktaf yang dilontarkan turun naik bagi melepaskan apa yang dirasakan ketika itu. Riana di sebelah memasang telinga mendengar luahan hati lelaki itu. Sangkaannya meleset sama sekali terhadap lelaki itu. Dia ingatkan perangai buruk Zaquan ini datangnya dari diri lelaki itu sendiri. Rupanya tidak. Lelaki itu kesunyian dan kerana itulah Zaquan sering ke tempat gelap itu.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]Where stories live. Discover now