BAB 17

4.5K 214 2
                                    

RIANA memandang lama ke luar tingkap. Dia terjaga dari tidur dek kerana guruh yang berdentum kuat. Tepat tekaannya, hujan lebat kian menggila di luar kini.

Gadis itu menggosok-gosok lengannya yang terasa sejuk. Meskipun pendingin hawa sudah ditutup, namun suasana sejuk masih terasa hingga ke tulang putih. Mungkin kerana bawaan angin luar yang menyebabkan bilik itu seperti berada di kutub.

Mata pula tidak mahu terlelap selepas terjaga secara mengejut. Walaupun kantuk masih tersisa, namun hendak dipaksa tidur adalah mustahil. Beberapa minit lagi waktu subuh akan masuk. Kalau dia tertidur nanti, terbabas pula waktu solatnya.

Riana memandang pula pada tangannya. Ada sisa senyuman yang terbit di bibirnya.

"Kau okey, Ria?"

Zaquan bertanya dengan nada risau. Macam mana dia tak risau? Kalau dia tak ada di tempat tu tadi, sudah pasti Riana menjadi santapan malam Danny. Walaupun dia tahu Riana mempunyai seni mempertahankan diri, tapi keupayaan seorang lelaki memang tidak ada tandingannya. Apatah lagi kalau Danny sudah dirasuk nafsu. Macam-macam perkara lelaki itu boleh lakukan kepada Riana.

"Aku okeylah, Zaq. Kenapa kau risau sangat ni? Dia bukan buat apa-apa dekat aku pun?"

Zaquan menghela nafas lemah. Riana tidak tahu Danny itu bagaimana. Disebabkan itu, tiada langsung riak wajah trauma yang dipamerkan.

"Kau tak tahu Danny tu macam mana. Lagi satu, dia bukan tak buat apa-apa dekat kau, cuma dia tak sempat je. Kalau aku tak ada tadi, dah macam-macam benda jadi dekat kau. Faham?"

Zaquan menekan pedal separa laju. Ada nada yang tidak puas hati dilontarkan. Macam mana Riana masih boleh beriak tenang? Haih, hati batu betul Riana ni!

Riana diam bila Zaquan berkata begitu. Apa yang dikatakan lelaki itu ada betulnya. Ya, dia tahu Danny itu dia boleh tepis macam tu saja tapi bila difikirkan balik, dia sendiri sudah terkunci di dalam pegangan lelaki itu. Harus dia akui, sekuat mana tenaga wanitanya masih tidak mampu mengatasi tenaga seorang lelaki.

"Kenapa kau tak lawan Danny tu tadi? Kenapa biarkan dia peluk kau?"

Walaupun kedengaran risau, tapi nada cemburu Zaquan tidak dapat disorok lagi.

"Aku dah nak bangun tadi. Dia yang tiba-tiba peluk aku dari belakang. Aku nak lawan, tapi apalah sangat daya aku ni, Zaq nak berlawan dengan gorilla tu."

"Kenapa kau duduk dekat bar tu seorang diri? Kenapa tak ajak aku?"

Zaquan diam beberapa minit sebelum menyambung lagi soalan-soalannya. Nampak betul dia tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa Riana tadi.

"Kau lupa yang kau tengah sedap bermesra dengan minah salleh celup tadi? So, kau nak aku duduk depan kau dan menghadap kemesraan korang tu?"

Kali ini, Riana pula yang melemparkan api kemarahannya. Dah lama dia pendam ni. Memang sesuai sangat dia berterus-terang sekarang ini. Entahlah, dia juga tidak pasti kenapa dia harus marah dengan sikap Zaquan tadi. Dia amat-amat tidak suka kalau ada gadis lain cuba mendekati lelaki itu.

Zaquan diam membisu. Salah dia juga kerana leka dengan dunia sendiri sehinggakan Riana yang bersendirian pun dia tidak perasan. Pacuan empat roda itu membelok ke kanan dan memasuki sebuah rumah yang dibina gah.

"Lepas ni kalau aku ke kelab, kau tak payah ikut."

Pantas Riana menoleh ke arah Zaquan.

"Mana boleh! Kemana kau pergi, aku mesti ikut sekali. Kau lupa apa yang Tok dah amanahkan dekat aku? Lagipun kau dah warning Danny tu tadi kan? Aku tak rasa dia berani datang dekat kelab tu lagi."

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]Where stories live. Discover now