BAB 45

4.6K 202 90
                                    

*sebelum baca, silalah dgr lagu di atas tu ya. Sambil baca, sambil dengar. Kalau dah habis, dengar lagi. Walaupun macam tak ada kena mengena, tapi tolonglah dengar sambil baca! Promise okey?* 🤣

_______

TAP!

Terang benderang kamar beradu Riana selepas suis lampu dibuka. Sling bag kemudian diletakkan di atas meja soleknya. Ikatan rambut dilonggarkan dan disisir ke bawah rambut panjangnya. Dia baru saja balik dari hospital. Usai berjumpa dengan Rafael tadi, mereka cepat-cepat ke hospital memandangkan Tok Khalid sudah dibenarkan keluar.

Riana menjatuhkan punggungnya di atas katil. Kening berkerut memikirkan Hafiz dan seorang budak lelaki yang didukung tadi.

"Siapa eh budak tu? Nak kata adik Hafiz? Tapi tak silap aku, Hafiz tu anak bongsu. Kalau anak bongsu, sah-sahlah tu bukan adik dia," bebel Riana seorang diri.

"Dahtu kalau bukan adik dia, siapa pula? Ish, sakit kepala otak aku fikir!" Kali ini, Riana menggumam kuat pula.

Malas nak serabutkan kepalanya lagi, Riana pantas bangkit dan menuju ke bilik air untuk menunaikan solat maghrib. Jam pun dah nak hampir ke angka lapan malam. Kalau dilengah-lengahkan waktu solat nanti, tak mustahil dia akan terlepas waktu maghrib. Lebih baik dia solat cepat-cepat dan sambung memerah otak tentang budak kecil tadi.

•••

SELESAI saja menunaikan solat maghrib, Riana mengambil bakul kain yang terisi dengan pakaian-pakaian kotor sebelum dibawa turun untuk dibasuh. Satu persatu kain kotor dibetulkan. Sehingga tiba pada seluar tracksuit yang dipakai pagi tadi, Riana pantas seluk kocek seluar tersebut.

"Eh, ini sampul coklat tadi tu. Lupa pula aku nak buka," gumamnya seraya membuka kembali sampul coklat tersebut. Seluar tracksuit tadi kembali dimasukkan ke dalam bakul kain.

Isi di dalam sampul itu dibawa keluar. Ada tiga keping gambar yang terbalik dikeluarkan dan ada satu nota kecil yang ditinggalkan.

Riana garuk kepala. Apa benda ni? Siap bernota bagai. Lantas, nota tersebut dibaca terlebih dahulu sebelum kepingan-kepingan gambar tersebut dilihat.

Jumpa i di taman berhampiran rumah you esok pagi. (For Riana)

Riana nganga mulut. Berkali-kali dia membaca nota tersebut. Kening bertaut tidak mengerti dengan mesej yang cuba disampaikan. Kemudian, nota tersebut diletakkan ke tepi dan tiga keping gambar tadi kembali dipegang. Saat Riana membalikkan gambar tersebut, terasa dunianya seakan terhenti.

Sekeping gambar itu menunjukkan Zaquan yang sedang berpelukan mesra bersama seorang wanita. Daripada berdiri, Riana mula tersungkur di atas lantai biliknya. Tubir mata mula memberat dek menahan air mata yang bila-bila masa akan tumpah.

Kepingan gambar kedua dilihat. Tidak tegar dia untuk menatap lama kepingan kedua itu. Zaquan bersama seorang wanita yang sama sedang berpelukan di atas katil. Yang lebih menyiat hati Riana apabila tiada seutas benang pun yang tersarung di badan Zaquan dan wanita itu. Hanya comforter tebal yang membaluti tubuh kedua-duanya. Itupun sehingga paras pinggang. Tanpa dipinta, butiran jernih mula laju menuruni pipi Riana.

Kepingan gambar ketiga ditatap. Sebelum itu, Riana menarik nafas dalam-dalam dan mata terkatup rapat sebelum kembali dibuka. Hati cuba disabarkan sebaik mungkin.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]Where stories live. Discover now