"ABANG?" panggil seorang wanita. Dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka si suami yang ralit termenung.
"Ya, sayang?" si suami membalas ringkas.
"Dari semalam, Izzah tengok abang asyik termenung je. Abang ada masalah ke? Taknak cerita dengan Izzah?"
"Tak adalah, sayang. Abang penat sikit. Lately ni banyak kerja bos suruh buat. Sayang jangan risau, ya?"
Ketika itu, mereka sedang berada di meja makan. Izzah menghulurkan secawan kopi kepada suaminya. Meja makan yang berminyak, dilap menggunakan kain.
"Nasib baik fikir tentang kerja. Izzah ingat, abang fikir pasal perempuan lain tadi." Tutur Izzah selamba.
Hafiz yang sedang mencicip kopinya tersedak. Terbatuk dia bila mendengar si isteri berkata begitu tadi.
"Cakap pasal perempuan je, terbatuk. Abang jangan macam-macam ya? Anak dah nak masuk dua ni... Jangan berani pula nak main kayu tiga belakang Izzah!" Izzah memberi amaran. Dia memandang Hafiz dengan wajah curiga. Firasat seorang isteri ni jarang-jarang silap.
Hafiz berdehem kekok. Riak wajah dikawal sehabis baik kerana sekarang ini, isterinya sedang memandang ke arahnya macam nak telan!
"Ke situ pula Izzah ni! Takkan lah abang nak duakan Izzah? Yang ada ni pun pening nak handle apatah lagi nak tambah lagi sorang? Haish, tak mau abang! Cukuplah sorang ni je intan payung abang..." Hafiz memeluk bahu isterinya. Ubun-ubun wanita itu dicium.
"Yelah tu... Masa mula-mula memanglah segala janji ditabur... Tapi dah lama-lama nanti, janji kemana, abang tu kemana! Izzah ingatkan saja... Orang lelaki ni bukan boleh percaya sangat! Awal-awal kahwin memanglah kata sayang, tapi nanti bila dah bosan, mulalah cari pengganti lain!" ujar Izzah penuh emosi. Mungkin kerana pembawaan budak.
Hafiz pura-pura ketawa. Walhal dalam hati, sudah gelabah bila isterinya berkata sedemikian. Macam tahu-tahu je yang dia mempunyai angan-angan untuk beristeri dua. Siapa lagi kalau bukan Riana orangnya. Masaklah kau Hafiz kalau tembelang sudah pecah!
"Itu lelaki lain... Abang ni berbeza dengan mereka. Abang kalau dah sayang orang tu, abang stay dengan dia sajalah. Lagipun sayang ada nampak ke abang keluar dengan mana-mana perempuan? Tak ada kan? So, takkan lah abang nak buat macam tu dekat sayang?"
"Isteri abang ni dah cukup pakej dah. Cantik, pandai masak, pandai layan suami... Hish, taknak lah abang cari perempuan lain!" Hafiz menambah perisanya lagi. Buka main lagi dia gula-gulakan Izzah!
Izzah tersenyum sipu. Perutnya yang besar diusap-usap lembut. Wajah Hafiz pula dibelai manja.
"Abang janji takkan duakan Izzah?"
"Abang janji, sayang." Hafiz turut sama senyum. Begitu mudah Hafiz berjanji sedangkan dia tahu, janji itu sudah lama dia mungkiri.
"Malam ni abang nak makan apa?"
Hafiz hilang kata. Malam ni dia akan ke rumah Riana untuk bertemu dengan Tok Khalid dan Tuan Ismail. Macam mana dia nak beritahu isterinya yang dia tidak akan balik makan malam ni? Aduh, pening! Pening!
"Malam ni abang balik lambat lah, sayang. Abang makan dekat luar terus jelah nanti. Sayang tak payah susah-susah masak, order je makanan. Sayang pun dah sarat kan? Mesti letih, betul tak?" ujar Hafiz.
"Abang balik lambat? Kenapa pula?" Izzah bertanya.
"Abang ada kerja sikit malam ni. Saja buat over time. Kan tak lama lagi anak kita nak lahir... Jadi, abang kenalah cari duit lebih sikit nak beli barang-barang baby." Tipu Hafiz. Padahal dia ada urusan dengan keluarga Riana.
"Rajinnya suami Izzah ni! Bersyukur sangat Izzah dapat abang tau!" kata Izzah terharu. Ceh! Kalau dia tahu perangai Hafiz yang sebenarnya, memang taklah ayat itu akan keluar dari mulut dia.
"Aiman mana, sayang?" tanya Hafiz. Dia mencari-cari kelibat anak sulungnya itu.
"Tidur lagi, bang. Sekejap lagi bangun lah tu. Abang dah nak pergi kerja ke?"
Hafiz mencicip air kopi sehingga habis. Kepala diangguk bagi menjawab soalan isterinya tadi. Jam tangan dikerling sekilas. Kalau lambat dia pergi nanti, sudah tentu kesesakan lalu lintas perlu dia hadap berjam-jam.
"Abang pergi dululah, sayang. Nanti jalan jem pula. Kalau abang lambat sampai, mulalah bos abang tu bising." Hafiz menghulurkan tangan. Izzah menyambut dan mencium tangan suaminya.
Izzah menghantar pemergian Hafiz sehingga ke muka pintu. Sebelum beredar, sempat lagi Hafiz mencium dahi isterinya dan mengusap lembut perut Izzah yang besar itu.
"Hati-hati bawa kereta." Pesan Izzah. Hilang saja kelibat si suami, dia kembali menutup pintu. Kandungan yang hampir mencecah lapan bulan itu diusap penuh kasih sayang. Tak sabar rasanya hendak melihat malaikat kecil mereka lahir ke dunia.
•••
"UHUK UHUK!"
Kini, enam mata sedang mengalih tumpuan kepadanya. Riana sengih sumbing. Mulutnya cepat-cepat dilap. Adoi! Buat hal betullah Riana ni! Tak pasal-pasal dia menjadi tumpuan Zaquan, Dato Amir dan Alia. Sudahlah mereka sekarang sedang berbincang tentang projek yang bakal dilaksanakan. Riana disitu hanya duduk sebagai pemerhati.
"Siapalah yang dok sebut-sebut nama aku ni? Tak pasal-pasal aku tersedak. Buat malu betul!" Riana menggumam perlahan.
"Shall we continue, Dato?" Zaquan bersuara. Dari tadi dia perhati Dato Amir yang ralit memandang Riana. Sampai tak berkelip mata orang tua itu!
Dato Amir mengangguk cepat. Namun, mata orang tua gatal ini masih merenung Riana yang sedang bermain telefon. Liurnya ditelan melihat leher jinjang Riana.
"Dato Amir!" Zaquan bersuara keras. Riana dan Alia sama-sama tersentak mendengar oktaf Zaquan yang sudah meninggi. Dah kenapa pula ni?
"Ya, Zaquan? Kita dimana tadi?" tahu pula gelabah bila melihat renungan tajam Zaquan. Dah tua bangka pun masih miang! Rumah kata pergi, kubur kata mari pun masih tak insaf-insaf lagi.
"Saya harap Dato boleh fokus dengan perbincangan kita bukan fokus pada bodyguard saya. Shall we continue again, Dato?" perli Zaquan. Lantaklah orang tua gatal tu nak terasa pun! Dia peduli apa? Orang tengah sibuk bincang, dia boleh pula mencuci mata melihat Riana atas bawah.
Riana tercengang. Patutlah dia rasa macam ada yang memerhatinya dari tadi. Rupa-rupanya Dato Amir mengambil kesempatan melirik ke arah dia! Eii, korek biji mata tu nanti baru tahu! Riana mendesis di dalam hati.
Beberapa minit kemudian, sesi perbincangan antara Zaquan dan Dato Amir selesai. Alia menyusun kertas-kertas yang berselerak di atas meja. Riana turut sama membantu. Zaquan membetulkan kot hitamnya. Dia kemudian berjabat tangan dengan Dato Amir. Secalit senyuman diberikan walaupun dia malas sebenarnya nak senyum dekat lelaki gatal itu.
"Terima kasih atas kerjasama Dato hari ini. Hopefully, projek kita kali ini akan berjalan dengan lancar. If ada apa-apa yang Dato nak bincang, just give me a call atau kita boleh berjumpa di pejabat saya. Anytime bila Dato free." Zaquan berbasi-basi.
Dato Amir mengangguk setuju. Dia kemudian menghulurkan tangan kepada Alia dan seterusnya Riana. Teragak-agak Riana nak sambut tapi dia kenangkan air muka Zaquan, jadi dia sambutlah huluran itu. Lama pula Dato Amir memegang tangannya. Zaquan melirik dari ekor mata. Sabar Zaq! Kau jangah belasah orang tua ni pula! Hati Zaquan cuba menenangkan tuannya.
"Nice to meet you, sweetie." Dato Amir mengusap tangan Riana. Gatalnya tangan Riana sekarang ni nak bagi penampar dekat muka berkedut itu! Miang tak bertempat!
"We're leaving now, Dato." Zaquan menarik tangan Riana lalu dipegang kejap. Terkebil-kebil orang tua gatal itu dibuatnya. Tidak menunggu lama, Zaquan meninggalkan ruang hotel yang ditempahnya itu. Di pertengahan jalan, Zaquan melepaskan tangan Riana. Pintu kereta dibuka dan terus dia memboloskan diri ke dalam.
Alia mengambil tempat dibelakang manakala Riana pula duduk disebelah pemandu. Kedinginan Zaquan itu membuat dia tak senang duduk. Tak suka betullah Zaquan melayannya begitu! Rasa kekok! Faham tak kekok? Rasa macam dia dan Zaquan ni adalah orang asing! Eii, tak suka!
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...