TERASA longlai kaki Riana ketika melangkah masuk ke dalam kawasan perkuburan itu. Sebak datang bertandang. Bibir digigit menahan air mata yang ingin tumpah. Sudah lama dia tidak menjenguk kubur arwah mamanya. Hari ini, barulah dia ada kesempatan untuk datang menziarah.
"Mama, Milia datang ni." Riana berkata dengan nada sayu. Ya, mamanya saja yang sering memanggil dia sebagai Qamilia. Kata mamanya dulu, wanita itu suka sangat dengan nama Qamilia. Dan disebabkan itulah mamanya memberi nama sebagai Riana Qamilia.
Selendang yang hampir melurut jatuh, pantas dibetulkan kembali. Riana mengangkat tangan membaca doa. Selesai, Riana mencangkung lalu batu nisan putih itu disentuh beberapa kali.
Zaquan disisi, memandang simpati Riana yang sudah tertunduk itu. Dari dalam kaca mata hitamnya, dia dapat melihat bahu gadis itu yang terhenjut-henjut. Tidak menunggu lama, sapu tangan yang sentiasa dibawa, dikeluar lalu diberikan kepada Riana. Redup mata Zaquan memandang wajah Riana yang semakin memerah.
Mama, papa... Zaq rindu mama dengan papa... Zaquan bercakap di dalam hati. Tiba-tiba ingatannya melayang pada kedua-dua ibu bapanya yang sudah meninggal beberapa tahun lepas. Rasa rindu dan sebak bersatu menjadi satu rasa yang Zaquan sendiri tidak dapat ungkap.
"Aku ada dengar seorang ustaz ni cakap, doa anak yang soleh dan solehah akan membahagiakan mereka di sana. Aku tahu kau seorang anak yang solehah, jadi kau doakan lah mama kau supaya dia tenang dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Mesti mama kau happy." Zaquan membuka kata walaupun dia berasa kekok bercakap soal itu.
Riana senyum pahit. Sedikit sebanyak, hatinya terubat dengan bait-bait Zaquan tadi. Riana kemudian berdiri. Kulit wajah yang basah dengan air mata, pantas dikesat menggunakan sapu tangan yang dihulur Zaquan tadi.
"Mama, Milia balik dulu ya? Milia janji, lepas ni Milia akan kerap datang jenguk mama. Assalamualaikum, mama." Ucap Riana. Berat langkah dia untuk menginjak pergi dari situ. Namun, digagahkan juga kakinya untuk berjalan.
"Dahlah, tu... Tak payah sedih-sedih lagi. Buruk tau tak muka kau!" Zaquan cuba untuk menceriakan Riana namun apa yang dia dapat adalah jelingan yang tajam. Jelingan yang menusuk hingga ke tangkai jantung gituw!
"Alolo muka tu...makin berkerut, makin comel! Cubit sikit..." jari Zaquan menyentuh pipi Riana. Si Zaquan ni, dekat tempat macam tu pun sempat lagi dia dengan miang keladinya.
"Hish kau ni!" Riana menepis jari Zaquan yang mendarat di pipinya. Dahlah dia tengah sedih, boleh pula Zaquan ni buat perangai sengalnya.
"Dah, jom kita gerak. Nanti lambat pula sampai sana." Zaquan memeluk bahu Riana dari tepi. Dia kemudian memimpin tangan gadis itu keluar daripada kawasan perkuburan tersebut.
"Silakan masuk, tuan puteri..." ujar Zaquan lalu membuka pintu kereta untuk Riana. Zaquan menjatuhkan kaca mata hitamnya sedikit untuk melihat Riana yang sudah masuk ke dalam kereta.
Kubur arwah mama Riana tadi Zaquan pandang dari jauh.
"Zaq janji akan jaga anak aunty dengan baik. Semoga aunty tenang dekat sana." Ujar Zaquan lalu terus memboloskan dirinya ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan sebentar lalu handbrake diturunkan seraya pedal minyak ditekan.
Zaquan melihat Riana disebelah. Monyok saja muka gadis itu. Ini mesti tak habis sedih lagi ni! Cepat Zaq fikir cara untuk buat Riana senyum balik!
"Ria."
"Apa?"
"Kau tak penat ke?"
Riana kerut dahi. Tiba-tiba pula soalan itu yang diajukan Zaquan.
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...