BAB 29

3.8K 196 10
                                    

HARI berganti hari. Kini, tibanya hari di mana Zaquan dan Riana bertolak ke negeri yang terkenal dengan masakan ikan patin tempoyak iaitu di Pahang. Setelah berbincang dan berlawan mulut, akhirnya Zaquan akur dengan permintaan Tok Khalid. Nak atau tidak, selepas ini dia akan menetap di kampung selama sebulan. Memanglah sebulan saja, tapi bagi Zaquan sebulan itu bagaikan setahun dia di sana! Ceh, mengada-ngada betul!

"Baba jangan lupa Ria tau! Tok pun sama! Nanti mesti Ria rindu Baba dengan Tok..." Riana mencebik bibir mahu menangis. Tubuh Tuan Ismail dipeluk erat.

Zaquan disebelah menjuihkan bibir. Mengada-ngada betul! Haritu bukan main lagi pujuk dia untuk tunaikan hasrat Tok. Alih-alih, si Riana ni pula yang terlebih emosi.

"Kamu ni, Ria... Bukannya pindah terus ke sana pun. Berpisah dengan Baba sebulan saja. Kamu punya sedih macam nak tinggalkan Baba dengan Tok terus." Tuan Ismail mengusap rambut Riana yang panjang itu. Menggeleng dia dengan kemanjaan gadis itu. Luaran memang nampak kasar, tapi dalam hati lembut seperti kapas.

"Zaq, kamu jaga Riana ni baik-baik. Jangan dekat sana nanti, kamu berdua asyik berkelahi pula. Lagi satu, Tok harap Zaq dapat lah belajar sedikit sebanyak cara orang kampung ni hidup dan Tok harap Zaq boleh ubah diri untuk jadi yang lebih baik walaupun masanya hanya sebulan saja." Tok Khalid menitip pesan sambil menepuk bahu cucu tunggalnya itu.

"Zaq cuba, Tok. Tapi kalau perempuan ni yang cari fasal dengan Zaq, memang nak kenalah dia." Balas Zaquan lalu menolak bahu Riana. Belum apa-apa lagi Zaquan dah mula cari gaduh. Jangan dekat sana nanti bercakar macam anjing dengan kucing sudahlah.

"Eii, tengoklah! Dia yang cari gaduh dengan orang adalah! Aku tumbuk kau nanti, Zaquan!" ujar Riana berang. Penumbuknya dikepal lalu dia menayang di hadapan muka kacak Zaquan.

"Astaghfirullah, budak berdua ni! Belum apa-apa lagi dah nak bergaduh dekat sini!" Tuan Ismail mengurut dahi.

"Dah, dahlah tu. Daripada kamu berdua buat bising dekat sini, lebih baik masuk dalam kereta sana. Ha nak bertekak ke, nak menangis ke, biar dalam kereta. Sekurang-kurangnya mulut berjalan, kereta pun ikut bergerak sekali. Tapi kamu jangan ber-wrestling pula!" tegur Tok Khalid.

"Siti, beg semua dah masuk dalam kereta ke belum? Nanti lambat pula diaorang ni bertolak." Soal Tok Khalid.

"Sudah, Tan Sri." Siti mengangguk disertai dengan satu senyuman.

Monyok saja muka Riana ketika bersalaman dengan Tuan Ismail. Sekali lagi, tubuh lelaki itu dia dakap. Kemudian, beralih pula pada Tok Khalid. Tangan tua tersebut dikucup hormat.

Zaquan pula hanya memerhati dari belakang. Ini kalau dibiarkan, mahu tak berangkat mereka ke Pahang.

"Dah, jom. Kalau nak tunggu drama kau ni tamat, nampak gayanya memang tak gerak lagilah kita. Dahlah aku yang memandu." Zaquan menarik tangan Riana memasuki kereta. Pintu penumpang disebelah dibuka, lalu dengan muka masam, Riana memboloskan diri ke dalam.

"Kami gerak dulu, Tok, uncle. Siti, tolong tengok-tengokkan Tok dengan uncle. Kalau ada apa-apa, terus call Zaq." Zaquan menitip pesan kepada orang gajinya.

"Baik, Zaq."

"Sudahlah tu, Zaq. Tahulah Tok jaga diri. Kamu dengan Riana tu kena beringat, masuk dekat tempat orang, adab kena jaga. Jangan buat yang bukan-bukan pula!" pesan Tok Khalid. Bukan dia tak kenal perangai Zaquan tu macam mana.

Zaquan sengih sambil angkat kening. Menggeleng Tok Khalid dan Tuan Ismail melihat sengihan nakal dari Zaquan itu.

"Hoi, cepatlah! Tadi dia yang beria suruh orang cepat! Ni dia pula yang lambat!" Riana berkata garang.

"Okeylah, Tok, uncle. Zaq pergi dulu. Nanti, mengaum lagi singa betina dalam kereta tu." Ujar Zaquan lalu membuka pintu keretanya. Tali pinggang ditarik dan dipasang cermat. Kereta mengundur ke belakang lalu sebelah tangannya menekan hon diikuti dengan lambaian daripada Riana. Kemudian, BMW 3 series itu mula bergerak laju membelah jalan raya.

•••

"HMM, ZAQ..." panggil Riana.

"Apadia?"

"Boleh tak sebelum bertolak, kita singgah kubur arwah mama aku? Dah lama aku tak melawat kubur arwah. Aku rindu..." Riana memainkan jarinya sambil memandang Zaquan yang sedang memandu itu.

"Malaslah, Ria. Kalau kita singgah, nanti sampai Pahang dah lewat malam. Aku malas nak memandu sampai malam. Ni, hari minggu mesti ramai yang balik kampung. Dah confirm lah jalan jam teruk nanti. Lain kali jelah melawat kubur arwah mama kau." Balas Zaquan tidak mempedulikan wajah Riana yang sudah muram di sebelah.

Sedetik, Riana diam di tempat duduknya. Nak paksa Zaquan? Hmm malaslah. Lagipun, lelaki itu yang pandu kereta bukannya dia. Tak apalah, mungkin selepas mereka pulang ke Kuala Lumpur, Riana akan paksa juga Zaquan singgah di kubur mamanya.

"Yalah, yalah. Kita singgah, tapi sekejap je! Dekat mana kubur arwah mama kau tu?" Zaquan akhirnya mengalah. Kesian pula tengok muka sedih Riana itu.

Riana mengulum senyum. Yes!

"Kau bawa je kereta, nanti aku tunjuk jalan. Thank you, Zaq! Sayang kau!" Riana mencuit lengan Zaquan gembira.

Amboi, amboi! Bukan main lagi ucap sayang dekat Zaquan! Gembira punya pasal, sampai tersasul keluar perkataan sayang itu.

"Sayang konon, ingat free ke? Bagi upahlah." Otak Zaquan dah ada rancangan nakalnya. Tinggal nak diaplikasi pada Riana je!

"Tak ikhlas betullah kau ni! Ha, kau nak apa?" geram Riana bertanya sambil menyilangkan tangan.

"Nak ni..." Zaquan memuncungkan mulut sambil menekan pipinya. Ceh! Minta dicium pula!

Membulat mata Riana memandang Zaquan yang sedang memandu itu. Ditambah lagi dengan memek muka lelaki itu yang kelihatan miang. Terasa cering segala bulu roma Riana ketika ini.

"Penampar aku ni kau taknak?" Riana menunjuk tapak tangannya. Tak boleh bagi chance langsung dekat Zaquan ni. Ada saja idea dia nak sakat Riana.

"Tamparan cinta boleh tak, Ria sayang?" Zaquan membuka kaca mata hitamnya lalu satu kenyitan nakal diberi.

Riana tahan senyum. Fuh! Fuh! Fuh! Sabar, Riana. Hatinya sedikit berbunga tapi cepat-cepat dihalau pergi rasa itu.

"Ria..." panggil Zaquan meleret.

"Hmm, apa?" malas-malas Riana menjawab.

"Roses are red, violets are blue, is it hot in here, or is it just you?"

Bagaikan ada rama-rama yang sedang terbang bebas dalam perut Riana tika ini. Denyutan jantung pula sudah tidak menentu. Haish! Lain betul rasa kalau Zaquan yang menutur bait-bait ini. Kalau Hafiz yang cakap, dia rasa suka juga tapi tak sesuka macam apa yang Zaquan katakan. Sedangkan hatinya pada Hafiz, tapi kenapa Zaquan pula yang berjaya buat dia rasa begini?

"Kau ni, banyak cakaplah! Bawa jelah kereta tu! Sibuk nak mengayat aku dah kenapa?" Riana bersuara. Sebenarnya, lebih kepada untuk menutup rasa aneh yang hadir dan wajahnya yang tengah berbahang malu itu.

"Eleh, cakap sikit pun nak marah. Padahal kau suka kan? Malu lettew!" usik Zaquan lagi. Macamlah dia tak perasan wajah Riana yang merah itu.

"Zaquan Firdaus!" Riana mencubit tangan Zaquan yang sedang memegang stereng kereta itu. Mengaduh sakit lelaki itu dibuatnya.

"Sakitlah! Tapi tak apa, bb suka Ria sayang buat macam tu. Aumm!" makin menjadi-jadi Zaquan ni! Dalam hati, dia gelak jahat apabila melihat Riana yang sudah berpaling menghadap ke tingkap.

Malu, tapi taknak mengaku. Itulah Riana Qamilia. Ek eleh Zaquan ni! Cakap orang, padahal dia pun sama juga. Hati dah suka, tapi mulut masih mahu menafikan. Maka, beginilah jadinya. Saling menarik tali tak sudah!

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]Where stories live. Discover now