ZAQUAN membawa jari telunjuknya ke dagu. Kepala digaruk-garuk keliru. Dua helai baju melayu yang tergantung pada dinding kayu itu ditenungnya. Aduhai, payahnya nak pilih yang mana satu hendak dipakai. Satu bewarna biru gelap manakala yang lagi satu bewarna hijau lumut. Tangan mula jatuh menggaruk dagu yang tidak berjanggut. Pening!
Dia baru selesai membersihkan diri. Niatnya hendak mengikut Tokki Wahab ke surau sekejap lagi. Tuala yang terlilit di pinggang dibetulkan. Tiba-tiba matanya tertangkap pada Riana yang melintasi biliknya. Kening terjongket ke atas. Apa kata dia suruh saja Riana pilihkan baju melayu untuknya?
"Ria, oh Ria!" pintu bilik Riana diketuk Zaquan.
"Ada apa?" buka saja pintu, mata Riana disaji dengan tubuh Zaquan yang tidak berbaju. Dahlah berketak-ketak! Apa orang kata, six pack! Hanya tuala yang menutupi separuh badan lelaki itu. Rambut basah Zaquan dipandang. Seksi betul! Astagfirullah, Riana! Bawa mengucap!
"Kau rasa aku patut pakai yang mana satu? Biru atau hijau?" dua helai baju melayu itu ditayangkan di hadapan muka Riana. Sementara itu, jam di dinding dikerling. Takut lambat pula nanti dia bersiap. Tak pasal-pasal kena tinggal dengan Tokki Wahab.
"Aik? Baju yang kau nak pakai pun kena tanya aku ke? Pilih ajelah yang mana-mana. Asalkan kau berbaju pergi surau nanti."
"Kalau aku tahu nak pakai yang mana, tak adalah aku susah payah tanya kau! Cepatlah pilihkan!" rungut Zaquan. Banyak cakap betul Riana ni. Orang suruh pilih, bukannya nak dengar dia membebel kosong.
Riana memutarkan matanya ke atas. Mengada-ngada betul! Nak pergi surau aje pun. Bukannya nak menikah sampai baju melayu pun nak dia yang pilih. Sabar ajelah!
"Pakai yang biru nilah." Baju melayu bewarna biru itu ditolak ke dada Zaquan. Kepala diteleng ke kanan, kemudian ke kiri pula. Okey, cun! Warna biru gelap itu sesuai dengan Zaquan.
"Betul eh? Kalau aku pakai ni, agak-agak nanti awek-awek dekat surau tu terpikat tak?" soalan yang diajukan Zaquan tadi memang halal untuk Riana hempuk kepala lelaki itu. Nak pergi surau sebab nak solat atau nak cari jodoh?
"Kau jangan nak macam-macam, Zaq! Pergi surau tu untuk sembahyang bukannya cari perempuan! Jaga sikit perangai tu nanti! Kalau aku tahu kau menggatal dekat sana nanti, siap kau!" Riana memberi amaran. Zaquan ni memang nak kena ingatkan sentiasa. Kalau tak, memang ulat bulu naik daunlah jawabnya!
"Yalah, yalah aku taulah. Eh, kau taknak ikut sekali?" dia ajak berborak pula depan pintu bilik Riana ni. Tadi kata dah lewat sangat!
"Taklah. Aku berjemaah dengan wan je nanti. Kau pergilah bersiap cepat. Nanti lambat, tokki tinggal kau padan muka!"
"Ria..." Zaquan leretkan suaranya. Kening diangkat mahu mengusik gadis itu. Sehari kalau tak sakat Riana, rasa macam tak aman hidup Zaquan. Ceh!
"Apa kau?" amboi, kasar betul Riana ni. Dah kenapa si Zaquan ni leretkan suara dia? Ni mesti ada benda yang lelaki itu mahukan.
"Wan dah berimamkan tokki. Kau pula, bila nak berimamkan aku?" sengihan nakal terukir di bibir Zaquan.
Riana ketap bibir. Dahi kemudian dipicit selepas mendengar kata pikat daripada Zaquan.
"Kau dah lama tak makan penumbuk ke, Zaq? Last kau makan penumbuk masa kau kacau bini orang haritu kan? Sekarang ni, kau nak merasa lagi ke? Kalau nak, aku boleh je bagi. Free of charge!"
"Huh, garang betul! Cuba layan aku ni macam mana kau layan si Hafiz tu. Dahlah, aku masuk bilik dulu." Cis, terus hilang mood Zaquan nak menggedik dengan Riana. Kalau dengan Hafiz tu, bukan main lagi Riana melayan dengan lemah lembut. Cuba kalau dengan dia? Asyik nak menyinga aje! Zaquan oh Zaquan, kau tengah cemburu ke ni?
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomansaHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...