BAB 43

3.6K 169 12
                                    

"Wan dengan tokki kamu sihat?" soal Tok Khalid. Ketika itu, mereka sedang menjamu selera di dalam wad mewah tersebut. Zaquan pula sedang memberi makan kepada Tok Khalid. Sambil dia suap, dia mengambil kesempatan untuk menyuapkan sekali bubur nasi itu ke dalam mulutnya.

"Sihat Tok. Mereka kirim salam pada Tok," balas Riana lalu dia merampas mangkuk yang berisi bubur itu daripada tangan Zaquan. Ini yang sakit Tok Khalid ke Zaquan? Nampak beria betul lelaki itu makan bubur tersebut. Lapar ke apa? Haritu masa sakit taknak pula makan bubur. Haih, macam-macam!

"Waalaikumussalam... Zaq, kamu macam mana?" Tok Khalid melemparkan senyuman. Dari sudut pandangan mata Tok Khalid, Zaquan nampak bahagia. Tak ada pula lelaki itu merungut kepadanya.

"Alhamdulillah, Tok. Adalah sikit-sikit Zaq belajar pasal kehidupan masa dekat kampung. Banyak lagi sebenarnya but biarlah Zaq aje yang simpan dan praktikkan," ulas Zaquan. Tiba-tiba dia terasa rindu pula dengan suasana di kampung. Walaupun tak sampai sehari lagi, namun rasa rindu pada Wan Munah dan Tokki Wahab mula memekar. Bukan itu saja, dia juga turut rindu untuk menatap wajah manis Adira. Oh, Adiraku sayang...

Tok Khalid mengangguk faham. Dia mengerti apa yang Zaquan cuba sampaikan.

"Baguslah, Zaq... Lega juga hati Tok dengar. Harap-harap adalah perubahan dalam diri kamu," tambah Tok Khalid lagi. Dia memandang Zaquan dan Riana bersilih ganti. Terbit dalam hatinya untuk menjodohkan mereka berdua ini. Tapi bila diingatkan balik, Riana sudah mempunyai buah hati. Mustahil untuk Tok Khalid memberitahu wanita itu akan niatnya. Dia risau Riana berasa serba salah dan tidak selesa pula nanti. Jadi, niatnya itu dibatalkan aje.

"Kalau macam tu, kamu berdua baliklah dulu. Mesti penat kan? Lagipun Tok nak berehat ni. Kamu jangan risau Zaq, Tok cuma demam biasa aje. Kan doktor dah bagitahu kamu tadi?" Tok Khalid mengeluarkan arahan. Lihat saja wajah kelat Zaquan, dia tahu cucunya itu mahu membantah.

"Tapi..." belum sempat Zaquan menghabiskan ayatnya, Tuan Ismail terlebih dahulu memintas.

"Zaq dengan Ria baliklah dulu. Uncle ada untuk tengok-tengokkan Tok. Zaq mesti penat kan bawa kereta? Rehat dulu dekat rumah, petang nanti datanglah balik." Tuan Ismail mengutarakan cadangannya. Bahu Riana ditepuk lalu isyarat mata dihantar menyuruh gadis itu pulang.

"Betul tu, Zaq! Lagipun badan aku letihlah! Jomlah balik..." kali ini, Riana pula memujuk Zaquan.

"Penat konon! Macamlah kau yang pecut kereta tu tadi. Okeylah, petang nanti Zaq datang lagi," sindir Zaquan lalu memutarkan matanya. Tangan Tok Khalid dicapai dan dicium penuh hormat. Terangkat kening Tok Khalid. Selalunya Zaquan hanya menyalam tangan dia nak taknak aje. Nampaknya, ada perubahan positif dalam diri Zaquan. Dalam diam, Tok Khalid mengucapkan rasa syukur.

•••

DANIA memerhatikan kereta hitam metalik yang baru tiba di hadapan sebuah rumah agam itu. Telefon dibawa keluar. Gambar Zaquan dan Riana dipandang lama. Kemudian, matanya dipejam rapat. Rasa bersalah mula memenuhi ruang hatinya. Dia tidak mahu melakukan kerja gila ini.

"Maafkan I, Zaq. I terpaksa buat semua ni," bisik Dania. Dia yang sedang menyorok di sebalik pokok itu mula melangkah keluar. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia sepatutnya bertindak cepat. Jika tidak, Danny akan memburunya.

Dengan langkah yang perlahan, Dania menuju ke rumah agam itu. Dia memijak batu tinggi yang dibina diluar rumah tersebut lalu sekeping sampul bewarna coklat dimasukkan ke dalam peti surat. Dari celahan pagar, dia dapat melihat Zaquan dan Riana yang sedang bertepuk tampar itu. Mereka kelihatan bahagia dengan gelak tawa menghiasi bibir.

Dania semakin dihurung rasa tidak enak. Pilu hati dia apabila memikirkan kesan yang Zaquan akan terima selepas Riana membuka sampul coklatnya nanti. Pasti Zaquan tidak akan seceria tadi. Itu bagi Dania. Tidak bagi Danny, dia yakin lelaki kejam itu akan tersenyum kemenangan. Dania geleng kepala. Danny, kau memang kejam! Sanggup mempergunakan orang lain demi kepuasan diri kau sendiri! Semuanya kerana dendam kau yang tidak bersudah!

Lantas, Dania cepat-cepat pergi dari perkarangan rumah tersebut. Kereta bewarna putih milik Danny dituju. Tak membuang masa, enjin kereta dihidupkan dan kereta tersebut mula bergerak meninggalkan rumah agam itu.

•••

"KAU dah buat apa yang aku suruh? Diorang berdua tu dah balik kan?" Danny menyoal. Wajah Dania yang sedikit pucat itu dikerling. Lalu, bantal kecil dibaling tepat mengenai wajah Dania yang asyik termenung. Bengang apabila pertanyaannya tidak berjawab.

"Apa ni, Danny? Tak boleh tanya elok-elok ke?" marah Dania. Dia kemudian bangun daripada sofa tersebut lalu menunju ke balkoni di luar rumah. Baik dia ambil angin disini daripada melayan angin kus-kus Danny di dalam.

"Aku tanya, kau dah buat apa yang aku suruh atau belum? Kau jangan buat hal, Dania. Teruk kau aku kerjakan nanti. Jangan sesekali kau cabar aku!" ugut Danny lalu turut berdiri di sebelah wanita itu. Muka bengisnya dipamerkan. Mata helangnya kini terbuka besar seperti mahu menikam mangsanya.

"Dah Danny, dah! Apa yang you suruh I buat, semuanya I dah selesaikan! I dah hantar semua gambar tu dekat rumah diorang! Puas hati you? Puas tak, Danny? You dah rampas kebahagian diorang!" jerit Dania di hadapan muka Danny. Turun naik nafas dia menahan marah.

Senyuman jahat Danny mulai mekar. Dia tak heran dengan jeritan Dania. Apa yang penting, segala arahannya, Dania sudah selesaikan. Tak sabar dia mahu melihat kesengsaraan Zaquan. Rasa mahu melompat kegembiraan dan berseronok sekarang ini. Lantas, badan Dania dipandang atas bawah. Halkumnya bergerak-gerak apabila dirinya mula berasa ghairah.

"Ikut aku!" terus tangan Dania ditariknya. Danny kemudian membawa tubuh gadis itu masuk ke dalam biliknya. Sampai saja di dalam bilik, tubuh Dania ditolak di atas katil. Akibat perlakuannya yang agak kasar itu, Dania terus memegang perutnya yang terasa mencucuk-cucuk.

"Dan...Danny... You nak buat apa ni?" soal Dania apabila melihat Danny yang sedang memandangnya macam nak telan. Tubuh mengengsot ke belakang. Cadar katil digenggam seraya kepala digelengkan berkali-kali. Dia tahu apa yang Danny mahu lakukan.

"Aku nak kau!" terus tubuh Dania ditindih. Namun, tidak lama apabila dia terasa perit di celah kakinya. Terundur tubuh Danny ke belakang. Dania yang menangis itu dipandang tidak puas hati. Sekali lagi tubuh kecil itu cuba ditindih.

"Danny... Per...perut I sakit..." adu Dania. Dada lelaki itu ditumbuk bagi menghentikan tindakan Danny yang semakin menggila. Terasa kakinya basah dengan cecair pekat mula mengalir turun. Ari-arinya terasa mencucuk-cucuk hebat.

Darah!

"Danny, darah..." ujar Dania tidak bermaya. Muka berkerut menahan sakit di ari-arinya. Satu aje dalam fikiran Dania ketika ini iaitu anaknya!

Danny yang mendengar aduan Dania tadi, terus melepaskan tubuh wanita itu. Dia bangun melihat keadaan Dania. Benar, darah pekat mengalir di kaki wanita itu. Danny dah cuak. Apa patut dia buat sekarang ini? Apatah lagi melihat Dania yang sudah mengerekot menahan sakit.

"Sak...sakit Danny..." Dania semakin tidak bermaya. Tubuhnya lemah. Berpeluh-peluh dia menahan perit yang semakin mencucuk. Janganlah ada benda buruk yang berlaku pada anaknya. Dania tak sanggup kehilangan anak yang dikandung.

Danny semakin gelabah. Jarinya digigit. Dia tak tahu nak buat apa sekarang. Risau. Dia risau melihat Dania yang semakin pucat wajahnya. Tidak membuang masa, tubuh gadis itu dicempung keluar. Hospital! Ya, bawa Dania ke hospital!

"Tahan sikit, Dania! Aku bawa kau pergi hospital ni!" pipi Dania ditepuknya perlahan. Menitik-nitik darah merah jatuh di atas lantai putih itu. Takut. Danny takut melihat keadaan Dania yang tidak sedarkan diri. Dia memaki dirinya kerana melayan Dania dengan kasar. Sampai saja di tingkat bawah, terus dia memasukkan tubuh Dania ke dalam kereta. Lantas, Danny memandu keretanya dengan laju. Dia harus cepat sampai ke hospital sebelum perkara buruk menimpa Dania dan anak yang dikandung.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]Where stories live. Discover now