Beberapa bulan kemudian,
"CONGRATS Ria and Hafiz! Aku doakan korang bahagia sampai ke anak cucu. Cepat sikit bagi aku anak buah," ucap salah seorang kawan Hafiz. Tersengih lelaki itu dibuatnya. Riana pula sudah tersenyum malu.
"Ada-ada jelah kau ni, Man. Insha-Allah, kalau ada rezeki awal, cepatlah kami ada anak." Hafiz angkat kening memandang Riana. Sekali lagi, tona wajah Riana berubah merah. Ish, tak sukalah diusik begitu! Malu tau!
"Aamiin, aamiin! Hahaha, okeylah Fiz. Aku pergi dekat bawah khemah dulu. Bini aku tu bukan boleh kena tinggal. Nanti tak pasal-pasal masam mencuka muka dia," seloroh Azman seraya menepuk bahu Hafiz. Riana dipandang sekilas sebelum Azman beredar meninggalkan pengantin baru itu.
"Tahu-tahu dah sah kita jadi suami isteri kan, sayang? Rasa macam mimpi pun ada," ujar Hafiz lalu merangkul pinggang Riana merapati dia.
Alhamdulillah, selesai sudah majlis akad nikah Riana dan Hafiz pada pagi itu. Dengan sekali lafaz saja, Riana sudah sah menjadi isteri kepada Hafiz. Majlis berlangsung secara sederhana di rumah agam itu. Hanya acara akad nikah saja yang diadakan dan tetamu yang mereka jemput pun daripada kalangan rakan-rakan mereka serta saudara terdekat. Semuanya atas permintaan Riana sendiri. Tak mahu dia buat secara gah di hotel. Bersederhana itu lebih baik.
"Betul tu, biy. Sayang pun tak sangka kita ni dah halal. Cepat betul masa berlalu. Tengok Tok dengan Baba. Bukan main happy lagi layan tetamu. Yalah, cucu dengan anak perempuan mereka ni dah bernikah. Tak lekang langsung senyuman diorang kan, biy?" Riana tersenyum manis. Mata tertumpu pada Tok Khalid dan Tuan Ismail yang sedang melayan tetamu.
Amboi! Bersayang dengan biy konon! Kalau Zaquan ada ni, mahu termuntah dia dengar perbualan suami isteri itu. Eh jap, mana Zaquan?
"Wah, bukan main romantik lagi korang eh? Aku dengan Alia dah tercongok depan ni pun korang tak perasan. Yalah, pengantin barulah katakan." Zaquan menyapa seraya bahu Hafiz ditepuk kuat. Terkejut pasangan sejoli itu. Serta merta, tawa Zaquan meletus melihat muka Riana yang kelihatan geram dengannya itu.
"Kau ni, memang tau!" Jeling Riana menyampah. Apatah lagi melihat Zaquan yang masih galak ketawa itu. Alia disebelah Zaquan hanya tersenyum nipis.
"Ala sayang, Zaq cemburulah tu. Kita dah kahwin, dah boleh manja-manja. Tinggal dia je tak kahwin-kahwin lagi." Hafiz angkat kening. Sengaja mahu menyakat Zaquan. Hubungan dia dan Zaquan semakin baik. Lelaki itu terima saja Riana menjadi isterinya. Bahkan Izzah, isteri pertama Hafiz sudah memberi keizinan untuk dia berkahwin lagi. Lagipun, ajal dan jodoh ni bukannya di tangan kita. Semuanya sudah ditetapkan dan tertulis di Luh Mahfuz. Siapa kita untuk menolak ketentuan-Nya?
Zaquan mencebik bibir. Tahulah dia belum berkahwin lagi. Tapi tak apa. Dia bakal berkahwin. Dengan siapa? Dengan cik manis disebelahnya inilah. Siapa lagi kalau bukan Alia. Personal assistant Zaquan. Tak sangka pula Zaquan jodoh dia dengan Alia. Kalau dia tahu Alia tulah jodohnya, memang awal-awal lagi dia dah ajak gadis itu berkahwin.
"Ceh, kau tunggu! Nanti aku dah kahwin dengan Alia ni, memang aku tunjuk habis-habisan momen romantik kami. Masa tu pun, korang dah jadi pengantin lama. Bagi chance dekat aku pula. Kan honey?" Zaquan sengih gatal. Tak semena-mena, lengannya ditampar lembut oleh Alia.
Riana dan Hafiz melepaskan tawa mereka. Jelas di raut wajah mereka bahagia dengan perkahwinan ini. Walaupun banyak dugaan yang mereka tempuhi, tapi lihatlah sekarang ini. Riana dan Hafiz sudah selamat ke jinjang pelamin.
Bagi Zaquan, dia sedikit hampa apabila Riana menyuarakan hasratnya untuk bernikah dengan Hafiz. Dan pada ketika itulah Zaquan memberitahu segalanya tentang kehidupan Hafiz yang sudah berumah tangga. Pada awalnya Riana terkejut juga. Tapi selepas mendengar pujuk rayu daripada Hafiz, hati wanitanya mencair. Lagipula, isteri pertama Hafiz merestui hubungan mereka. Jadi, tak salah kalau Riana dan Izzah bermadu. Isteri Hafiz pun boleh menerima dia dengan baik sekali. Syukur, Alhamdulillah!
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...