MUG dibawa dengan penuh hati-hati. Kedua-dua tangannya berisi air coklat panas. Satu untuk Zaquan dan satu lagi untuk dirinya. Untuk Elly? Pergi buat sendiri.
Riana memutarkan matanya apabila melihat Elly yang melentokkan kepalanya di dada Zaquan. Ingatkan dah balik rupa-rupanya masih bertapa lagi dekat sini.
"Kau buat air apa?" soal Zaquan.
"Hot chocolate." Riana menghulurkan cawan yang dipegangnya.
"Satu lagi tu untuk I ke?"
Perasan! Dia ingat Riana tu rajin sangat nak buat air banyak-banyak?
"Sorrylah, Elly! Aku ada dua tangan je. Satu untuk Zaquan, yang ni untuk aku. Kalau kau nak, kau keluar dari bilik ni lepastu kau jalan terus je. Nanti jumpalah pantry. Lepastu nanti kau buatlah air apa yang kau nak." Riana menjawab dengan nada perli. Perempuan tu nak terasa hati? Ingat Riana kisah pula!
Zaquan malas mahu melayan perangai kedua-duanya. Lebih baik dia sambung membuat kerja yang tergendala tadi.
Elly memandang Riana dengan wajah tidak puas hati. Sakit betul hatinya mengenangkan layanan Riana yang acuh tidak acuh itu. Zaquan pula langsung tidak membela dia. Lelaki itu seakan-akan tidak kisah dirinya diperlakukan sebegitu.
Mata Elly terpandang akan bunga yang dibeli Zaquan tadi. Timbul idea jahat yang ingin dia lakukan. Riana pula sedang sibuk bermain telefon manakala Zaquan dengan kerjanya. Makin senang dia mahu mengenekan Riana nanti.
Elly mengambil mug Riana yang berisi air coklat tadi. Dengan sengaja, dia menumpahkan air tadi di atas bunga yang diberi Zaquan.
"Riana! Apa yang you buat ni? Habis basah bunga I!" Riana yang terkejut dengan jeritan Elly itu, terus melambungkan telefonnya. Terus jatuh telefonnya di atas karpet. Riana tidak mempedulikan Elly yang meroyan itu. Bagi dia, telefon kesayangannya lebih diutamakan.
Tidak pula bagi Zaquan. Sekarang ni dia berasa tersangat-sangat marah pada Riana. Sudahlah bunga itu baru dibelinya. Kalau sudah lama, dia tidak kesah sangat.
"Apa masalah kau, Riana?!" Zaquan tanpa soal selidik terus menengking Riana. Elly pula tersenyum suka.
"Aku buat apa?" Riana sedikit blur melihat Zaquan yang tiba-tiba mengamuk itu.
"Buat apa kau tanya? Ni apa?!" Zaquan membaling bunga yang basah tadi di hadapan Riana.
"Tak... Bukan aku yang buatlah, Zaq!"
"Baby, you tengok dia ni! Dah buat salah taknak mengaku pulak! Habistu you nak kata I yang buat ke, Riana?" Elly mencucuk jarum. Dalam hatinya, dia bersorak melihat Zaquan yang sedang memandang bengis kepada Riana.
"Eh, bukan akulah yang buat! Kau jangan nak tuduh-tuduh aku!" Riana membela diri. Turun naik nafasnya. Kalau ikutkan hati, nak saja dia tampar muka Elly.
"Habistu kalau bukan kau, siapa lagi?! Hantu?!" Nada Zaquan masih lagi tinggi. Dia amat pantang jika barang yang diberinya rosak depan mata.
"Tak, Zaq! Bukan aku yang buat!" bersungguh-sungguh Riana membela diri. Entah kenapa, dia berasa sangat sedih jika Zaquan tidak mempercayai kata-katanya.
"Dahlah, Ria. Aku perhati je kau dari tadi. Masa mula-mula Elly datang kau dah tunjuk muka tak suka dekat Elly ni! Kau ejek dia, aku diam lagi. Sekarang ni kenapa barang yang aku bagi dekat dia, kau nak rosakkan pula? Kau cemburu? Cemburu sebab tak ada seorang lelaki pun yang pernah bagi kau bunga?!"
"Kalau ikutkan sikap kau ni, memang takkan ada sorang pun lelaki yang akan bagi kau bunga! Apatah lagi nak dekat perempuan macam kau! Perangai mengalahkan lelaki! Sedar diri kau sikit!" Zaquan menghamburkan kemarahannya tanpa memikirkan perasaan Riana. Mug di atas meja itu dicampak ke dinding.
Riana tergamam. Sampai macam tu sekali Zaquan mencaci dia? Apa salah ke dia berkelakuan seperti ini? Sejahat-jahat dia, belum pernah lagi dia nak aniaya orang lain.
Riana memandang pula Elly yang tersenyum suka itu. Dia berjalan ke tepi sedikit dan tanpa sedar kakinya terpijak kaca mug yang dilempar Zaquan tadi.
Riana menunduk ke bawah. Mata coklat itu mengesan tapak kakinya terluka sedikit. Namun, sakit itu dibiarkan. Sakit dikakinya tidak setanding dengan sakit yang dilemparkan Zaquan tadi.
"Terpulang dekat kau, Zaq. Kalau aku cakap benda yang betul pun, kau tetap tak akan percaya. Aku sedar diri, Zaq. Kau kenal aku pun tak sampai sebulan. Memang mustahil kau nak percaya dekat aku. Elly, aku ucapkan tahniah. Misi kau dah berjaya." Tanpa menoleh lagi, Riana berjalan perlahan-lahan.
Elly mencebik. Zaquan pula tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya melihat Riana yang berjalan lambat itu.
"Aduh, aduh!" Riana mendesis sakit. Dia berpegang pada dinding sebelum kembali terduduk di atas sofa. Kakinya disilangkan untuk melihat tapak kakinya yang terluka.
Zaquan dengan cepat menghampiri Riana. Dia cuba untuk memegang kaki wanita itu namun ditepis cepat oleh Riana.
"Jangan sentuh aku." ujar Riana dingin.
"Kaki kau tu luka, Ria! Bak sini aku tengok!" sekali lagi Zaquan mahu memegang kaki Riana. Oktaf yang tadi tinggi kini hilang begitu saja selepas dia melihat Riana yang tercedera. Namun kali ini Riana cepat-cepat berdiri. Meskipun masih sakit, tapi dia cuba untuk menahan perit itu.
"Takpayah. Aku boleh buat sendiri." Riana mencapai telefonnya lalu kasut yang diletakkan di tepi sofa diambil. Tanpa menoleh langsung pada Elly dan Zaquan, Riana terus berlalu pergi. Tidak betah dia mahu duduk di situ lama-lama.
Zaquan menumbuk sofa disebelah. Rambutnya yang tadi rapi, kini sudah kusut. Dahinya dipicit kuat. Butir-butir bicara Riana tadi sedikit sebanyak menyentakkan hati lelakinya.
"Baby, are you okay?" Elly cuba untuk merangkul lengan Zaquan tetapi dielak oleh lelaki itu.
"Kau keluar sekarang."
"Baby..." belum sempat Elly habis cakap, sudah dipintas laju oleh Zaquan.
"Aku kata keluar!" Zaquan menengking. Dia meraup wajahnya kasar. Rimas dengan perangai gedik Elly itu.
Elly cepat-cepat mengambil tas tangannya dan keluar dari pejabat Zaquan. Takut pula dia melihat Zaquan yang menyinga itu.
Zaquan mengambil telefonnya dan nombor Riana cuba di dail. Hampa. Riana langsung tidak mengangkat panggilan darinya. Beberapa kali dia cuba namun Riana masih lagi tidak menjawab. Memang patut Riana buat begitu. Dia ingat Riana tu takde hati dan perasaan ke?
"Apa yang kau dah buat ni, Zaquan?! Pasal bunga je pun! Kenapa kau mengamuk lebih-lebih pulak?!" Zaquan berkata kesal. Dia semakin dihurung rasa serba salah apabila teringat kembali kata-kata yang dilemparkan kepada Riana. Apatah lagi gadis itu bersungguh-sungguh menafikan.
Zaquan mencapai kunci keretanya. Dia mahu mencari Riana. Tambahan pula kaki gadis itu terluka, semakin dia diserang rasa bersalah. Hailah Zaquan, bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Sekarang, baru nak menyesal ke?
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...