"RIA, tolong ambilkan fail hitam dekat rak sana tu. Malas pula aku nak bangun."
Zaquan mengarah Riana selamba. Dia tengok gadis itu bukan main sedap duduk dekat sofa tanpa buat apa-apa. Apa lagi, sengaja dia mencari masalah untuk menyakat Riana. Ingat duduk dalam bilik ni percuma ke? Wah, wah, wah, banyak cantik! Sekurang-kurangnya mesti ada satu kerja yang perlu Riana lakukan.
Riana meletakkan majalah di atas sofa. Dia kemudian berjalan menuju ke rak yang tersusun dengan pelbagai jenis fail. Banyak je fail warna hitam. Tapi Zaquan nak yang mana satu?
"Fail hitam yang mana, Zaq?"
Riana bertanya sambil menguap. Haih, ni mesti sebab dia tak tidur lena malam tadi. Kan dah mengantuk!
"Tu, yang belah kanan. Hujung sekali."
Zaquan memberitahu sambil memainkan pen dijarinya. Mata tidak lepas memandang Riana yang sedang sibuk mencari fail yang dikatakan tadi.
Riana mengerutkan dahi. Mana ada fail hitam dekat belah kanan! Ke mata dia yang rabun dek kerana kantuknya tadi? Mata kemudian digosok perlahan.
"Mana ada fail hitam dekat belah kanan?"
Riana memberitahu Zaquan setelah pasti dia tidak nampak fail hitam tersebut. Dia mencari-cari dengan teliti dan masih sama. Tiada fail hitam disitu.
"Bila masa aku cakap belah kanan? Kan aku kata belah kiri atas sekali!"
Zaquan berkata dengan serius. Muka sengaja ditegangkan. Padahal dalam hati, berguling-guling dia gelakkan Riana.
"Ye la, ye la. Takpayah nak marah-marah! Aku tengah cari lah ni!"
Riana merungut kecil. Rasanya dia tak salah dengar pun tadi. Memang Zaquan cakap fail hitam itu berada si rak sebelah kanan. Takkan sebab dia mengantuk automatik jadi pekak pula?
Kali ini, Riana mencari dengan teliti. Yes! Jumpa pun! Tapi kedudukan fail itu agak tinggi. Tak sampai dia mahu ambil.
"Zaq, fail tu tinggi sangatlah. Aku mana sampai nak ambil. Kau ambillah sendiri."
Riana menunjuk fail hitam yang disusun tinggi sambil mememekkan muka comel. Dia betul-betul tak sampai nak ambil. Kalau sampai, memang dah lama dia ambil sendiri.
Zaquan nak senyum melihat muka comel yang dipamerkan Riana. Tapi dia tahan dan mengekalkan muka seriusnya.
"Kau tak nampak ke aku ni banyak kerja? Kerusi tu kan ada? Ambillah, lepastu panjat. Takkan tu pun aku nak ajar?"
Sinis dan tegas Zaquan berkata. Selama ni Riana je boleh bercakap tegas. Kali ini, giliran dia pula.
Gadis bermata coklat itu memandang Zaquan dengan tidak puas hati. Dah kenapa pula dengan Zaquan ni? Angin semacam je? Macam perempuan tengah datang bulan pula dia tengok.
Pendingin hawa di dalam bilik Zaquan tidak mampu untuk menyejukkan hatinya yang tengah berbara. Dengan tidak rela hati, kerusi di hadapan meja Zaquan diambil dan dibawa ke rak tadi.
Zaquan bangun dengan senyap-senyap. Sengaja dia perhatikan Riana yang terjengket-jengket di atas kerusi. Nak tergelak pun ada tapi nanti jatuh pula gadis itu bila terkejut dengan tawanya.
Riana dah berjaya dapatkan fail yang dipinta Zaquan tadi. Dia bercekak pinggang melepaskan penatnya kerana terjengket-jengket tadi. Entah datang dari mana silapnya, kakinya bersilang antara satu sama lain dan menyebabkan badannya ingin tumbang ke belakang.
Namun, nasib Riana sangat baik kerana ketika itulah Zaquan sempat menahan badannya daripada jatuh. Erat pinggang Riana dipeluk Zaquan. Gadis itu menoleh ke belakang dan mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...