RIANA mengoleskan sedikit gincu pada bibirnya. Dia kemudian kemam bibir munggilnya bagi meratakan gincu yang dioles tadi. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, Riana berjalan ke arah katil.
Ah! Hati dia berirama gembira. Pertama kali nak keluar dating ni, buatkan dia rasa sedikit gemuruh. Tak rilek betul Riana ni, keluar dating saja pun bukannya pergi menikah!
Riana menapak keluar dari kamar tidurnya. Pintu bilik ditutup dan berjalan menuruni anak tangga satu persatu. Dalam kepala, dia terbayang memakai gaun pengantin sambil menuruni tangga. Di tangannya pula terdapat bunga yang telah dihias cantik. Berangan lah Riana, selagi berangan itu free!
"Aduh! Woi! Kau jalan pakai lutut ke ha? Mata tu, kau letak dekat mana?"
Zaquan mendesis sakit. Dia yang baru saja keluar dari dapur, tiba-tiba dihempap dengan satu beban berat. Rupa-rupanya, Riana yang menghempap dia.
Riana menggosok kepalanya yang terhantuk di bahu Zaquan. Masa tengah syok beranganlah kakinya boleh pula tersadung di anak tangga terakhir.
"Sorry lah! Aku bukannya sengaja pun. Tangga tu yang salah!"
Riana menunjuk anak tangga yang terakhir tadi. Eh, eh tangga pula yang disalahkannya.
Zaquan menumbuk bahunya yang sedikit lenguh. Kepala Riana ni kepala batu ke apa? Sakitnya bukan main lagi. Tiba-tiba matanya memandang pakaian gadis itu. Turun naik matanya melihat Riana ketika ini.
"Kau nak pergi kenduri kahwin ke? Siapa yang kahwin?"
Riana mengerutkan kening. Dia kemudian memandang pula pada pakaian yang dipakainya. Baju kurung moden? Apa? Salah ke dia keluar dating pakai pakaian ini?
"Kenduri kahwin apanya? Aku nak keluar dengan Hafiz lah! Kan aku dah bagitau semalam... Kau lupa?"
Riana menjeling seraya berjalan menuju ke arah dapur. Zaquan pula mengekorinya dari belakang. Gelas diambil lalu peti ais dibuka Riana. Dituangkan air oren itu ke dalam gelas lalu diteguknya.
"Keluar dengan mamat tu pakai macam ni? Kau buang tebiat ke apa, Ria?" Zaquan bertanya tidak percaya.
"Apa? Salah ke? Okey apa aku pakai ni. Cantik kot! Barulah nampak macam anggun and lemah lembut gituw!"
Riana meletakkan gelas ke dalam singki. Mulutnya kemudian dilap dengan tisu. Dia taknak lah nampak comot di mata Hafiz nanti.
"So, kau nak kata bila kau pakai macam ni, Hafiz akan pandang kau sebagai perempuan melayu terakhir lah ni? Ria, Ria. Kau tak rasa diri kau fake ke?" Zaquan membahas.
Riana membesarkan matanya. Berani Zaquan kata dia fake?
"Hoi! Suka hati kau je panggil aku fake! Diri aku, badan aku, suka hati aku lah!"
Zaquan gelak sinis.
"You know yourself better, Riana. Tak perlu ubah diri kau hanya untuk menarik perhatian Hafiz. Jadi diri sendiri itu lebih baik. Kalau dia ikhlas terima kau, segala kekurangan kau, aku yakin dia tak ada masalah pun untuk terima. Riana Qamilia, just be yourself."
Zaquan berkata dengan serius sebelum dia keluar dari dapur. Riana pula termanggu dengan kata-kata Zaquan tadi. Dia betul-betul rasa tertampar dengan bicara lelaki itu.
"Ria, Hafiz dah sampai."
Zaquan kembali semula ke dapur. Tadi dia ke depan melihat ada sebuah kereta terpakir di hadapan rumah Tok Khalid. Keyakinannya bertambah apabila melihat Hafiz keluar daripada perut kereta.
YOU ARE READING
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
RomanceHanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak d...