CYT 2

12.7K 426 12
                                    

PUAN LATHIFAH menatang dulang yang berisi cawan dan teko dibawa keluar dari dapur. Di bawa dulang itu ke luar rumah dan diletakkan di atas pondok kecil tempat biasa dia bersama Encik Azad beriadah di waktu petang seperti ini. Suaminya yang sedang mengait buah rambutan itu dipandang.

"Abang, mari la minum dulu. Dari tadi kait rambutan tu mesti penat." Air teh dituang ke dalam cawan untuk dia dan suaminya.

Encik Azad berhenti mengait dan mendekati Puan Lathifah.

"Kuih, bang."

"Terima kasih."

Air dihirup perlahan. Hilang terus dahaganya.

"Abang ambil semua rambutan tu kenapa?" Soal Puan Lathifah hairan. Kerana sebelum ini suaminya itu tidak ingin rambutan itu diambil buahnya. Katanya sayang.

"Saja. Dah banyak sangat tu nanti rugi tak makan."

Suasana kampung yang tenang dan aman diperhati.

"Sejak anak kita Reen tu pergi tinggal dengan Raif dekat Kuala Lumpur tu saya rasa sunyi sangat." Teringat pula Puan Lathifah akan anak perempuan tunggal mereka itu.

"Pah, Reen tu dah lama sangat tinggal dekat sana. Dari mula masuk Universiti lagi. Kan kita dah biasa. Apa yang sunyinya?"

Puan Lathifah senyap. Memang benar Aareen sudah lama tinggal bersama Raif disana. Sejak habis SPM sampai la Aareen sudah tahun terakhir di peringkat Ijazah. Tak lama lagi tamatlah Aareen dari belajar. Dan dia harap Aareen cepat-cepat dapat kerja. Tak sabar dia ingin melihat anak perempuan tunggalnya itu berjaya. Kalau boleh biar sama taraf dengan Raif yang bergelar Kapten Pilot itu.

"Hujung minggu ni kita pergi sana ya bang? Saya rindu sangat dengan budak dua orang tu. Dah lama tak jenguk."

Encik Azad hanya mengangguk tanpa banyak bantahan. Dia sendiri juga terlalu rindu akan anak-anaknya. Walaupun mereka berdua hanya mempunyai dua orang anak namun itu sudah cukup menggembirakan. Dengan Raif dan Aareen berjaya dalam pelajaran masing-masing.

"Nanti bawa la rambutan-rambutan tu sekali. Mesti dia orang suka sebab lama dah tak makan." Pesan Encik Azad.

"Ha'ah kan? Betul juga tu. Eh abang pergilah ambil lagi biar banyak."

"Nanti nak pergi la saya ambil la. Lagipun cepat buruk kalau dibiarkan macam tu je. Awak ni macam tak tahu pula."

Suasana senyap seketika. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Tiba-tiba Puan Lathifah teringat pula akan anak lelakinya. Sampai bila agaknya Raif akan membujang. Pejam celik, pejam celik Raif sudah pun mencecah 30-an tetapi masih belum ada tanda-tanda yang anak lelaki mereka yang seorang itu akan mendirikan rumah tangga. Tambahan pula Raif itu jenis yang kuat bekerja. Disebabkan dia kuat bekerja dan tidak memikirkan orang sekeliling itulah Raif dapat memegang gelaran sebagai kapten diwaktu usia mudanya.

"Saya terfikir la abang."

"Fikir apa?"

"Yalah Raif tu. Sampai bila dia nak membujang je? Saya tak faham la dengan dia. Kadang-kadang sya kesian tengok dia."

Encik Azad mengeluh. Balik-balik soalan yang sama saja bermain difikiran isterinya itu. 

"Awak ni tak habis-habis. Tak kan awak tak ingat apa yang terjadi pada anak lelaki awak dulu? Raif kan pernah bertunang. Awak tak ingat apa yang tunang dia buat dekat dia? Dan disebabkkan hal itu lah Raif jadi putus asa untuk kahwin. Biarkan je la dia tu Pah. Bila dah sampai jodohnya nanti nikah la dia tu. Tak payah risau. Yang awak perlu risau adalah Reen tu. Dia tu perempuan kena kahwin cepat-cepat."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang