🌻PRE-ORDER EBOOK LIFE OF MY LIFE DIBUKA PADA 1/9 - 18/9/22
❣RM10❣
❗❗FAIL AKAN DIHANTAR PADA 21/9/22❗❗
🌱SINOPSIS LIGHT OF MY LIFE
Diseksa oleh suami serta keluarga suami sendiri, Zahra begitu tidak menyangka dia akan dilayan sebegitu hina sekali. Hanya disebabkan satu permintaan, dia telah menjadi isteri kepada suami rakan sendiri, Zulaikha. Keadaan wanita itu yang menyayat hati menjadikan dia tidak tega untuk mengecewakan Zulaikha.
Sebaik pemergian Zulaikha, hidupnya bagaikan berada di neraka saat tinggal bersama keluarga suaminya, Rizal. Diseksa fizikal dan mental. Rizal juga tidak ketinggalan dengan turut menyeksa dirinya. Pada lelaki itu, Zahra adalah asbab Zulaikha meninggal.
Zahra makin hilang arah apabila kedua atok serta neneknya meninggal beberapa bulan berikutnya. Bukan hanya itu, dia juga lumpuh akibat terlibat dalam kemalangan. Tiada tempat untuk bergantung walaupun diri sendiri kerana telah lumpuh.
Dikesempatan itu, dia makin diseksa ibu mertua serta adik iparnya kerana ia sudah tidak mampu untuk melindungi diri lagi. Rasa cinta yang baru hendak bercambah buat Rizal terus mati kerana lelaki itu sekali lagi hampir membuat dia hilang nyawa!
Ketika Rizal sedang bergelut dengan perasaan dia terhadap Zahra, satu kebenaran mula terbongkar mengenai Zahra. Saat itu hati dan jiwa dia seakan direntap. Dia mulai sedar bahawa cahaya sering menyinari hidupnya untuk terus bangkit dari trauma adalah Zahra!
Namun saat itu, Zahra sudah berputus asa. Keputusan dia adalah tetap mahu berpisah dari Rizal.
🌱BLURB
"Araa... aku nak kau... kahwin dengan Rizal."- Zulaikha.
Kerana permintaan Zulaikha yang terdesak begitu, Zahra dengan berat hati menerima pinangan Zulaikha buat suami wanita itu sendiri, Rizal. Keadaan Zulaikha yang menyayat hati menjadikan tidak tega untuk mengecewakan wanita itu.
Namun, setelah pemergian Zulaikha buat selama ini, tinggal bersama dengan ibu mertua serta adik ipar Zahra merasakan dirinya seolah-olah tinggal di dalam neraka! Begitu juga dengan Rizal yang mula membenci dia kerana Rizal menganggap dialah
asbab kematian arwah Zulaikha."Aku... akan balas dendam pada kau atas kematian isteri aku. Aku nak seksa kau sebelum aku lepaskan kau. Aku tetap akan lepaskan kau but after six months. Jangan harap aku akan ceraikan kau sekarang." - Rizal
Zahra bukan seorang yang lemah. Tidak! Tak akan dia benarkan dirinya diperlakukan seperti patung yang tak bernyawa. Dituduh membunuh walaupun sama sekali dia tidak lakukan.
Kebenaran yang terbongkar membuatkan rasa bersalah terhadap Zahra begitu membelit tangkal hati Rizal. Sehingga memakan dirinya sendiri. Zahra adalah cahaya dalam hidupnya! Namun, Zahra tetap dengan keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka yang sia-sia itu!
Cahaya yang dulunya menerangi, kini kembali malap. Mampukah Rizal kembalikan semula cahaya yang sering menjadi penyuluh dalam hidupnya?
🌼🌼🌼
Untuk tempahan ebook sila tekan link di bio.
KAMU SEDANG MEMBACA
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷
RomanceSelepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan...