CYT 31

9.7K 297 24
                                    

BEG pakaian selamba saja Raif campak ke tempat duduk belakang. Hari ini dia akan bertolak pulang ke Raub untuk mengadakan majlis kesyukuran di rumah orang tuanya sempena kejayaan Aareen yang telah pun mendapat segulung Ijazah. Dia sudah pun terlepas saat-saat hari kejayaan adik kesayangan itu dan untuk kali ini dia tidak akan terlepas pula untuk menyertai majlis kesyukuran itu. Sanggup dia mengambil cuti semata-mata untuk pulang ke Raub demi Aareen. 

Tangan yang baru sahaja ingin menukar gear terus terhenti apabila mata tertancap pada skrin telefon yang menyala menandakan ada panggilan masuk. Telefon miliknya sengaja ditukar kepada mod silent. Sejak beberapa hari ini, Lisa tidak henti menghubunginya biarpun dia tidak melayan. 

Raif mengeluh kuat. Nama Lisa terpapar didada skrin telefon. 

"Dia ni tak faham bahasa ke? Heish!" Tanpa ambil peduli, dibiarkan saja panggilan itu tidak berjawab. 

Beberapa minit memandu, kereta diberhentikan dihadapan rumah rakan sekerjanya, Fattah. Aareen tidak ada bersamanya, jadi sengaja dia menjemput rakan sekerja sekali memandangkan sudah lama Fattah mahu melihat kampungnya. 

Hon ditekan beberapa kali. Tidak sampai sesaat, terjengul wajah Fattah dari pintu rumah seraya mengangkat tangan memberi isyarat tunggu sekejap. Tidak lama kemudian, Fattah mula membuka pintu sebelah penumpang dan turut mencampakkan beg pakaian ke bahagian belakang. 

"Ewah kau. Main campak je." Perli Raif. Fattah memang begitu jika dengannya. 

Fattah hanya tersengih. "Bukan ada apa pun dalam tu. Lainlah kalau ada bini aku dalam tu. Memang tak la aku nak campak macam tu."

Raif buat muka menyampah. 

"Tak sabar betul aku nak balik kampung kau." Ujar Fattah sedikit teruja. Disebabkan dia sememangnya dilahirkan dibandar, dia tidak pernah melihat suasana kampung. Bila Raif menawarkan dia untuk turut serta pulang ke kampung rakannya itu, dia berasa teruja. 

Perhatian Fattah tertarik pada telefon Raif yang menyala. Dahinya berkerut melihat nama yang tertera. Raif dipandang hairan. 

"Lisa? Dia still contact kau ke?" Walaupun dia tidak pernah tahu bagaimana rupa gadis yang sering saja menghubungi Raif itu, tetapi dia tahu siapa gadis itu pada Raif. Raif telah ceritakan semuanya. 

"Hmm... malas aku ambil kesah. Lately ni makin kerap dia call aku. Aku tak layan pun macam tu la juga. Serabut. Tak faham bahasa." Bebel Raif sambil memandu kereta keluar dari perkarangan rumah Fattah yang mewah. Sejak dia mengenali Fattah, rakannya itu terlahir dari keluarga yang kaya raya. Tak silapnya, bapa Fattah itu seorang Dato'.

Fattah angguk faham. 

"Raif. Aku rasa you should listen to her first. Kalau betul dia salah, tak akan la sampai macam tu sekali dia try hard nak yakinkan aku yang dia tak bersalah. Kan? Cuba fikir."

"Entahlah. Malas aku nak fikir. Biar je lah dia." Malas Raif mahu fikirkan semua itu. Perkara yang sudah berlalu, biarlah. Buat apa hendak disimpan dalam kepala lagi. Banyak perkara lagi yang perlu dia fikirkan selain dari Lisa yang telah menoreh luka dihatinya. 

Fattah sekadar menjongket bahu. Dia juga malas masuk campur. Tetapi bila perasan yang gadis bernama Lisa itu sering saja menghubungi Raif, mungkin benar Lisa itu tidak bersalah dan tidak pernah berniat pun untuk curang. 

🍃🍃🍃

SEPANJANG perjalanan dari Kajang ke Raub, suasana di dalam kereta hanyalah ditemani dengan lagu yang disiarkan di dalam radio sahaja. Aareen lebih banyak membuang pandangan ke luar tingkap berbanding berpaling memandang Haiyan yang turut terdiam. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang