CYT 43

9.2K 301 78
                                    

KELUAR dari 7Eleven, Farah berjalan menuju ke keretanya yang diletakkan tidak berapa jauh. Sambil memeriksa barang yang dibeli sebentar tadi. Kereta dihampiri dan baru saja tangannya ingin membuka kereta, terasa beg tangannya ditarik secara kasar dari arah belakang. Segera dia menoleh dengan riak terkejut. Plastik 7Eleven dibiarkan jatuh ke tanah. Beg dia lagi penting!

"Tolong! Tolong!" Jeritnya sambil tangan cuba menarik semula beg tangannya.

Lelaki yang bertopeng itu semakin kuat menarik. Tubuh Farah juga terdorong disebabkab tarikan yang sangat kuat dari lelaki itu.

"Farah!"

Farah menoleh dan tanpa sempat dia bersedia, lengannya ditarik secara kasar dan terus dia terjatuh ke jalan. Bahagian sikunya terasa pedih. Mungkin luka kerana tergesel di atas jalan tar.

Lelaki yang berjaya menarik beg tangan Farah itu pantas melarikan diri tanpa menoleh. Namun larian dia terhenti bila belakang bajunya ditarik kuat.

Buk!

Satu tumbukan terkena pada wajahnya. Lelaki itu menyeringa kesakitkan. Tumbukan yang boleh dikatakan kuat.

Orang ramai mula mendekat melihat keadaan peragut itu terhumban.

Beg Farah yang diragut itu dicapai kasar dan sekali lagi tumbukan ditinggalkan pada wajah lelaki itu. Dia mula melangkah mendekati Farah. Membiarkan orang ramai yang menyelesaikan peragut itu.

"Farah!"

Farah mengangkat wajah dan terlihat Haiyan berlari kecil ke arahnya. Ditangan lelaki itu ada beg tangannya.

Haiyan datang mendekat dengan riak risau yang terpancar di wajahnya. Kebetulan dia lalu dikawasan ini dan mendengar jeritan seorang perempuan. Terkejut bila jeritan itu datangnya dari Farah. Dan pantas dia mengejar lelaki yang meragut beg tangan Farah

"Iyan." Air mata Farah mengalir. "Beg I..." Huluran beg dia dari Haiyan disambut lega. Lelaki itu dipandang terharu. Untuk kali ini, perasaan dia semakin terasa sesuatu pada lelaki itu.

"You okay ke ni?" Keadaan Farah diperiksa Haiyan. Ketika gadis itu mengangkat lengan, terlihat lengan baju Farah dibahagian siku terkoyak dan kulit yang luka dan berdarah.

Farah turut memandang ke sikunya.

"Dalam kereta ada first aid tak? Kalau ada I boleh tolong sapukan ubat."

Gadis itu mengangguk. Dia membantu Farah untuk bangun dan hanya mengikut langkah Farah menuju ke kereta semula. Kotak kecemasan dari bonet belakang, Haiyan ambil dan mendekati Farah semula yang duduk disebelah penumpang.

"Hulur lengan you." Arah Haiyan tanpa sedar renungan Farah padanya. Sebaik mungkin dia tidak akan membiarkan kulit mereka bersentuhan. Dia hanya sekadar ingin menyapu ubat luka pada bahagian yang luka.

Farah kemam bibir. Namun dia masih lagi tersenyum. Tersentuh hatinya dengan keprihatinan Haiyan pada dia. Wajah Haiyan yang dingin itu direnung sedalam-dalamnya. Kedudukan mereka boleh dikatakan dekat memandangkan lelaki itu berlutut dihadapan dia.

"Thanks, Iyan. Sekali lagi you selamatkan I." Ucapnya terharu. Kali pertama adalah ketika dia terjatuh dari kolam.

Haiyan mengangkat wajah dan saat ini anak mata dia dan Farah bertembung lagi. Seperti biasa, ada debaran kecil didadanya. Laju dia menunduk menyelesaikan mencuci luka di lengan Farah. Kemudian dibalut menggunakan bandage.

"Tak ada apalah. Dah kebetulan I ada dekat situ, I tolong." Senada dia membalas. Cuba mengusir perasaan aneh yang menjalar.

Farah tersenyum gembira. "You baik sangat, Iyan. Mesti wife you sayang you sangat-sangat."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang