CYT 4

9.9K 370 18
                                    

"NAH. Dua ribu ringgit yang awak minta hari tu. So, problem kita dikira selesai, right?" Sampul surat berwarna coklat yang berisi RM 2000 di dalam, Aareen serahkan kepada Haiyan. Hari ini seperti yang dijanjikan mereka akan berjumpa di Pavilion KL dan Aareen akan membayar semua ganti rugi yang diminta oleh Haiyan pada minggu lepas ketika mereka kali pertama bertemu selepas kes kemalangan. 

"Saya nak awak bayar ganti rugi kereta saya minggu depan. Boleh?" Soal Haiyan selepas mereka memesan minuman masing-masing.

Aareen mengangguk perlahan. Nak tak nak dia terpaksa la membayar ganti rugi kerana dia yang telah mengakibatkan kereta lelaki itu kemek teruk. "Encik nak saya bayar berapa?"

"Dua ribu ringgit."

"Dua ribu?!" Soal Aareen separuh menjerit.

Pelanggan restoran yang duduk disebelah meja mereka itu melihat ke arah mereka berdua dengan hairan apabila Aareen terjerit kerena terkejut.

Aareen menekup mulutnya dengan serta merta.

Haiyan menggeleng sebelum meminta maaf kepada pelanggan di sebelah meja mereka. Aareen dipandang pelik.

"Yang awak menjerit sampai orang dengar tu kenapa?"

'Dah nama lagi menjerit, memang orang dengar la. Atau ada menjerit yang orang tak dengar? ' Sempat Aareen memerli di dalam hati

"Tak... la saya just terkejut bila dengar Encik nak dua ribu ringgit. Banyak tu." Tanpa sedar Aareen sudah merungut.

Haiyan memandang Aareen tidak berpuas hati. Dah langgar kereta orang banyak songeh pula. "Awak ingat kereta saya tu kereta kancil?" Soal Haiyan memerli. Itu pun selepas dia pertimbangkan baik-baik. Ikut anggaran dalam RM5000 kena baiki!

Aareen tertunduk malu. Tidak sepatutnya dia berkata begitu. Bila Haiyan menyuruh dia bayar ganti rugi sebanyak RM 2000 dia kenalah bayar kerana semua yang berlaku adalah silap dia.

"So how? Next week saya nak duit tu. Boleh ke tak?"

"Bo... boleh. Nanti saya bayar." Akur Aareen terpaksa. Ingin buat bagaimana jika memang masalah ini yang dia cari.

Dan sekarang duit itu sudah pun ada ditangannya. Tunggu untuk serahkkan kepada lelaki itu saja. Selepas ini tidak perlulah dia dibelenggu dengan masalah yang sebegini. Dia bebas.

"Cik Aareen, dekat lot parking macam ni bukan tempat yang sesuai untuk awak bagi duit tu dekat saya. Nanti apa pula orang fikir apa yang dalam sampul ni." Kata Haiyan seraya menggeleng. Dah nama lagi budak memang tak tahu apa-apa. Dibuatnya orang nampak mereka dengan sampul coklat macam ni kemudian dituduh buat perkara tidak elok nanti naya la.

Sampul coklat yang ingin diserahkan kepada Haiyan itu Sara tarik semula dan dimasukkan ke dalam handbag. Orang dah nak bayar macam-macam pula. Rungut dia dalam diam.

Lalu mereka berdua masuk ke dalam mall dan menuju ke restoran J.Co Donuts & Coffee di tempat yang sama mereka berbincang pada minggu lepas. Haiyan dan Aareen sampai dihadapan restoran tersebut. Langkah Haiyan terhenti bila dua figura berhenti betul-betul dihadapannya. Lidanya terkelu. 

Aareen yang melihat itu kehairanan. Senyuman diberikan kepada dua figura yang berdiri dihadapan lelaki itu.

'Siapa pula ni?' Hatinya mendesis.

"Ma... ma? Mama buat apa dekat sini?" Tergagap-gagap Haiyan bertanya kepada Puan Asiyah dihadapannya bersama Hana yang tersenyum sumbing.

"Saja jalan-jalan." Selamba saja Puan Asiyah menjawab. Matanya tidak lepas dari memandang Aareen disebelah anak lelakinya itu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang