CYT 29

8.8K 296 66
                                    

TELEFON yang tidak henti berdering mengganggu tumpuan Naufal ketika sedang berbual dengan rakan-rakan serumahnya. Selepas saja dia dan rakan-rakan serumahnya disahkan telah tamat belajar pada dua hari lepas, mereka berpakat untuk menghabiskan masa bersama sebelum masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.

Telefon di atas meja dicapai dan Naufal meminta diri untuk masuk ke dalam bilik terlebih dahulu. Masuk saja ke dalam bilik, berkerut seribu dahinya melihat Puan Khadijah yang menghubunginya.

Punat hijau ditekan.

"Assalamualaikum, Fal."

"Waalaikumussalam, Ibu. Kenapa call, Fal?"

"Eh? Tak akan la Ibu nak call anak Ibu sendiri tak boleh. Kamu ni!'

Tergelak kecil Naufal bila sedar akan keterlanjurannya dengan menyoal begitu. Namun, memang betul dia hairan kerana Puan Khadijah jarang sekali akan menghubungi dia melainkan ada perkara yang penting dan mustahak. Jika sebelum ini dia sedang belajar pun dia saja yang kerap menghubungi orang tuanya.

"Bukan tak boleh. Tapi Ibu kan baru saja balik Raub tu. Baru sehari tak jumpa Fal."

"Ish dah la kamu ni. Ibu call ni sebab nak cakap sesuatu. Hampir lupa Ibu dibuatnya." Serius sekali suara Puan Khadijah dihujung talian. Mana tidaknya, ingatannya tidak kukuh. Nanti jika dibual benda lain mulalah tak ingat perkara utama yang hendak dia sampaikan.

Sudah Naufal agak. Tepat tekaannya.

"Apa dia, Ibu?"

"Macam ni. Kamu lama lagi ke dekat sana tu? Sebab, Ibu dengan Umi ada berpakat nak buat kesyukuran sempena kamu dengan Reen dan tamat belajar. Kami ingat nak buat hujung minggu ni."

"Hujung minggu ni?"

"Ya. Sebab, kalau buat hujung minggu nanti senang suami Reen nak balik sini. Kalau buat hari lain mustahil dia boleh balik."

Naufal terjeda. Setiap kali nama Aareen menyapa telinganya tentu dia akan berasa sedih dan kecewa. Sudah beberapa kali dia cuba terima dengan takdir bahawa Aareen sudah menjadi milik orang lain. Namun, tetap tidak boleh.

"Fal?"

"Ya, Bu?"

"Eh budak ni. Orang tanya dia boleh pula dia mengelamun."

Naufal mengeluh perlahan. "Kalau buat tanpa Fal boleh tak, Ibu?" 

Dia bukan tidak mahu balik ke sana dan buat kesyukuran sempena kejayaannya. Tetapi, bila saja Puan Khadijah mengatakan Haiyan turut pulang hilang terus rasa mahu pulangnya. Risau nanti dia tidak mampu menahan hatinya bila melihat kemesraan Aareen bersama Haiyan.

"Ya Allah, budak bertuah ni! Kita nak buat kesyukuran untuk dia, dia pula tak nak balik dah kenapa? Kamu dekat sana bukan buat apa pun kan? Kamu cakap nak luangkan masa dengan housemate tu dalam dua atau tiga hari saja kan? Ha cukup la tu. Hari Khamis tu terus bertolak balik sini." Mulalah Puan Khadijah membebel.

Belakang leher digaru.

"Err.. o.. okay Ibu. Fal balik."

"Kan senang kalau cakap macam tu. Tak payah nak berdalih sangat. Okay la Ibu letak dulu. Balik jangan tak balik. Assalamualaikum."

Seusai menjawab salam dan mematikan talian, Naufal duduk dibirai katil sambil termenung jauh memandang dinding dihadapannya. Kemudian, siku diletakkan di atas paha dan tangan menampung kepala yang tertunduk.

Kenapa sukar sangat untuk dia hapuskan rasa sayang dan cinta terhadap Aareen? Berkali-kali dia cuba tetapi masih lagi tidak mampu. Ketukan pada pintu bilik mematikan lamunannya. Segera kepala diangkat kembali memandang gerangan itu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang