SEBAIK saja mendengar pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam, Lisa mencelik luas matanya. Sengaja dia berpura-pura tidur apabila mendengar derap langkah Fattah menuju ke bilik yang dikurungnya oleh lelaki itu. Walaupun kurang pasti dimana tempat dia berada sekarang namun dia percaya Fattah menyembunyikan dirinya di private kondo lelaki itu. Dia pernah datang ke sini walaupun hanya sekali. Itu pun kerana Fattah yang mahu meminta bantuan daripada dia.
Ikatan pada tangan yang disilang ke belakang cuba dileraikan. Namun ikatan itu terlalu kuat. Dia menyumpah seranah terhadap Fattah yang sanggup buat dia begini. Tidak sangka hati lelaki itu sungguh busuk. Sejenis manusia yang tidak senang hati melihat kebahagiaan orang lain.
Bungkusan makanan yang diletakkan Fattah diatas meja dijeling sekilas.
"Stupid! Kau beli makanan dekat aku tapi kau ikat aku macam ni. Kau ingat aku boleh sedut makanan tu terus masuk dalam perut ke? Dasar lelaki tak guna betul." Omelnya sendiri. Sejak semalam perutnya minta diisi. Fattah sembunyikan dia disini memang tiada belas kasihan!
Kakinya yang turut diikat dipandang hampa. Mahu berdiri dan berjalan pun tidak boleh jika dalam keadaan yang begini. Apa yang dia mahu lakukan sekarang ini adalah cuba seboleh mungkin untuk keluar dari tempat ini. Nasib menyebelahi dia bila dia sudah menceritakan semuanya kepada Naufal. Berharap Naufal dapat menyelamatkan rumah tangga Aareen yang sudah retak disebabkan Fattah tidak guna itu.
"Raif ni pun satu. Percaya sangat dengan jantan tu kenapa? Geramlah aku."
Sambil membebel tetap saja mata meliar mencari sesuatu yang boleh dia gunakan untuk memutuskan tali yang terikat ditangannya. Serentak, anak mata terhenti pada mug yang digunakan Fattah untuk diberi minum kepadanya. Bibir melorek senyuman sinis.
Fattah sebenarnya bukanlah cerdik sangat.
Kepala digelengkan seraya tertawa kecil. Dengan penuh semangat dia mengesot punggungnya untuk mendekati meja tersebut. Walaupun agak jauh dari gapaian namun tidak mustahil dia boleh terlepas pada hari ini dengan cara yang begini.
Sampai di meja tersebut, kaki sengaja menendang kaki meja supaya mug tersebut terhempas jatuh ke lantai. Lisa mendengus bila tiada pergerakan dari mug tersebut. Sebal sungguh hatinya. Sekali lagi kaki meja itu ditandang dengan kuat lagi dan kali ini mug tersebut bergerak-gerak.
Prang!
Lisa kaku seketika. Mata terhala pada pintu bilik. Bimbang jika secara tiba-tiba Fattah datang semula setelah mendengar mug yang terjatuh. Beberapa saat, masih tiada tanda-tanda Fattah berada dikondo ini.
Dalam hati tidak henti-henti berdoa agar dia dapat melepaskan diri walaupun agak sukar. Ini kondo dan bukan rumah biasa yang boleh dia keluar dari ikut tingkap.
Salah satu serpihan kaca dicapai menggunakan tangan yang masih bersilang dibelakang. Dengan lafaz bismillah, dia mula memotong tali tersebut dan berharap tidak terkena pada tangannya. Setelah beberapa kali menggeselkan serpihan kaca pada tali, akhirnya tali terus terputus dan begitu melegakan hatinya. Tanpa membuang masa, ikatan tali pada kakinya pula dibuka dengan tergesa-gesa.
Jam dinding sempat dikerli. 2 petang. Dan mungkin Fattah tidak akan datang untuk hari ini selepas ini. Fattah hanya akan datang sekali sehari sahaja dan ada juga lelaki itu tidak datang ke sini. Hari ini baru saja dia dapat keberanian untuk melarikan diri setelah lebih seminggu disembunyikan disini.
Pelik. Tiada yang mencari dia ke?
Siapa saja yang mahu mencari dia? Dia telah dibuang keluarga dan rakan-rakan yang lain juga sudah menjauhkan diri dari dia. Semuanya disebabkan Amir Fattah yang gila itu!
KAMU SEDANG MEMBACA
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷
RomanceSelepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan...