CYT 41

10.5K 299 55
                                    

"AMIR!" Melihat kelibat lelaki yang selama ini dicari, Lisa pantas mengejar. Dibiarkan pandangan orang sekeling yang melihat aneh ke arahnya kerana dia berlari dikawasan awam itu. Tidak peduli! Dia perlu dapatkan orang yang telah merosakkan hubungan dia dan Raif!

"Amir tunggu! Kau jangan lari dari aku!" Gigi diketap geram serentak dia menarik lengan sasa itu untuk menghadapnya. Walaupun tidak kuat namun cuba sedaya upaya untuk memberhentikan langkah lelaki itu. 

"Berhenti Amir!" 

Lelaki yang dipanggil Amir itu menurut. Dia berpaling memandang Lisa dengan pandangan malas dan menyampah. "Kau nak apa?"

"Nak apa kau tanya? Hei! Kau dah rosakkan hubungan aku dengan Raif! Kau cemarkan maruah aku dengan perbuatan terkutuk kau. Even bukan kau yang buat tapi kau upah orang untuk perangkap aku, kan? Kau... upah orang untuk tidur dengan aku, Amir!" Bergetar suara Lisa ketika ini. Bila mengingati kembali peristiwa hitamnya, dia jijik dengan diri sendiri biarpun dia masih lagi suci. Akan tetapi tubuhnya sudah jadi tatapan orang yang tidak berhak ke atasnya! Semua disebabkan Amir!

Amir senyum herot sebelum meletuskan ketawa mengejek. 

"Apa bukti yang aku buat semua tu? Kau tu yang liar, nak tuduh aku pula." Tajam dia melemparkan kata-kata kepada Lisa. 

Mata Lisa bergetar memandang Amir dengan penuh kebencian. Mahu saja dia tikam lelaki itu hidup-hidup. Tikam berkali-kali biar Amir turut merasa kesakitan didadanya selama ini. Dia dibuang oleh Raif kerana lelaki itu. Dan turut dibuang keluarga kerana dituduh berzina! 

Allah! Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan dia bila difitnah sehingga sebegitu rupa. Bukan mudah untuk dia bangkit seorang diri. Semua jari menuduh ke arahnya tanpa bukti yang kukuh. Dia diperangkap! 

Tangan dikepal kuat menahan amarah. 

"Ya, memang aku tak ada bukti sekarang. Tapi aku akan cari sampai dapat apa yang kau dah buat pada aku dengan Raif! Aku akan dedahkan perangai kau yang sebenar depan Raif. Kau sebenarnya bukan kawan yang baik. Kau tikam belakang dia!"

"Hei!" Amir mencengkam bahu Lisa. Gadis itu dipandang dengan pandangan berapi. 

"Kau nak tahu kenapa aku jadi macam ni? Tunang kesayangan kau yang buat aku macam ni! Dia rampas impian aku. Kau macam tak tahu yang aku memang nak jadi captain tu. Tapi disebabkan dia, aku hilang impian aku! And sebab lain adalah... dia rampas kau dari aku. Sekarang siapa yang kawan tak baik tu? Aku atau dia?!" Wajah Amir bengis. Bahu yang dicengkam tadi dilepas kasar. 

Dada Lisa turun naik dengan laju. Perasaan marah dan juga ingin menangis bercampur menjadi satu. Sekuat mana pun dia cuba untuk kuat, dia tetap seorang wanita yang mudah menangis bila dikasari. 

"Aku cintakan kau Lisa tapi kau tetap pilih dia! Apa kurangnya aku? Kita setaraf Lisa. Raif? Dia cuma lelaki kampung. Kalau bukan disebabkan pangkat captain tu he's nothing!"

"Tapi hati dia tak busuk macam kau!"

Amir mencebih. "Kau cakaplah nak cakap apa. Aku tak akan berdiam diri dan tak akan biarkan dia gembira or bahagia. Aku tahu, Aareen, adik dia tu adalah kebahagiaan dia. Next target aku adalah adik dia. Lagipun... aku macam dah suka dengan Aareen tu." 

Makin berapi Lisa apabila nama adik Raif disebut lelaki kejam itu. Aareen, dia sudah menganggap Aareen seperti adiknya sendiri. Dan setahunya, Aareen sudah pun berkahwin. Aareen ada menitip pesan kepadanya beberapa bulan yang lepas sebelum gadis itu mendirikan rumah tangga. 

"Kau jangan sentuh Aareen! Dia tu isteri orang!"

"Kau ingat aku kesah? Kau lupa kau siapa sebelum ni? Tunang Raif kan? Dan apa yang aku dah buat untuk musnahkan Raif tu? Aku gunakan kau." Amir mencuit dagu Lisa tetapi cepat gadis itu menepis. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang