CYT 9

8.2K 309 19
                                    

"ASSALAMUALAIKUM." Puan Lathifah berlari kecil ke arah pintu rumah setelah mendengar orang memberi salam. Sudah dia agak siapa gerangan itu. Pintu dibuka dan terpancullah wajah kedua anaknya yang tersenyum.

"Waalaikumussalam. Sampai pun."

"Umi sihat?" Tanya Aareen seraya menyalami tangan Puan Lathifah kemudian dipeluk tubuh tua itu. Walaupun baru saja dua minggu yang lepas orang tuanya menjenguk dirinya di Kuala Lumpur namun perasaan rindu itu tidak pernah hilang.

"Sihat Alhamdulillah. Jom masuk." Pelawa Puan Lathifah selepas Raif menyalami tangannya.

"Abah mana Umi?" Soal Raif apabila melihat suasana rumah yang sunyi dan tiada orang melainkan Uminya.

"Abah pergi ke pasar rasanya. Dah makan ke?"

"Belum lagi Umi. Reen nak makan masakan Umi sebab tu dia tak nak singgah mana-mana kedai makan tadi." Jawab Raif. Punggung dilabuhkan ke sofa. Sungguh nikmat bila pulang ke rumah orang tua. Rasa tenang saja.

Manakala Aareen pula sudah menghilang ke biliknya setelah masuk ke dalam rumah. Badan dihempas ke katil dengan penuh kenikmatan.

"Ya Allah, nikmatnya bila tidur atas katil ni!" Jeritnya seorang diri di dalam bilik.

Tergeleng kepala Puan Lathifah dengan tingkah anak bongsu perempuannya. Bila entah nak ubah sikap kebudakkan anaknya itu.

"Macam tu la Umi kalau kat sana. Macam budak-budak." Raif menyampuk.

"Duduk la dulu. Nanti Abah balik kita makan sama-sama. Umi nak pergi siapkan makanan dekat dapur." Lalu Puan Lathifah berlalu ke arah dapur.

"Reen. Mari tolong Umi dekat dapur ni." Laungnya dari dapur.

"Ya Umi. Kejap." Aareen bangun dari baringan ingin keluar dari bilik. Langkahnya mati bila terdengar bunyi pesanan masuk ke telefonnya.

Handbag di atas katil diraba ingin mengambil Samsung. Butang kanan ditekan dan skrin menyala. Terpapar nama Haiyan di dada skrin yang menghanatar pesanan melalui Whatsapp. Tanpa menunggu terus pesanan itu dibuka.

Haiyan,

Hari ini awak sibuk tak? Sebab saya ingat nak ajak awak keluar.

Kepala digaru. Dia lupa pula ingin memaklumkan kepada lelaki itu yang dia pulang ke Raub. Tetapi bila difikir balik tidak penting pun sebenarnya untuk dia memberitahu lelaki itu setiap apa yang dia lakukan kerana dia dan Haiyan tidak lebih dari seorang kawan.

Namun bagi Aareen kalau boleh setiap apa yang dia lakukan dan ke mana dia pergi dia ingin memaklum kepada lelaki itu.

Sorry. Saya dekat Raub sekarang. 

Sorry sangat.


Tidak perlu menunggu lama Haiyan terus membalas.

Raub? Buat apa?

Inilah yang dia tidak betah. Pertanyaan Haiyan membuatkan dia tidak faham dengan lelaki itu. Kadang-kadang layanan Haiyan dia rasakan dia bukan seperti kawan kepada Haiyan tetapi lebih daripada kawan. Disebabkan sikap prihatin lelaki itulah membuatkan dia jatuh hati pada lelaki bernama Haiyan .

Saya balik rumah Abah and Umi saya. Sorry okay?

Oh. Kenapa tak inform dekat saya?

Dahi Aareen berkerut hairan. Sudah kenapa dengan lelaki itu? Siapa dia sebenarnya pada lelaki itu sehinggakan Haiyan bersoal begitu?

"Reen!"

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang