CYT 61

15.9K 371 31
                                    

AAREEN tersenyum memerhati Haiyan yang menidurkan anak mereka. Bersama Haiyan adalah Aarash Harith iaitu si abang dan bersamanya diatas katil adalah Aariz Harraz iaitu si adik. Pada mulanya dia sendiri tidak dapat membezakan yang mana satu abang dan yang mana satu adik. Namun dia dapat membezakan setelah mendapati Aariz Harraz mempunyai dimple di kedua-dua belah pipi anak itu. Comel sangat!

Setelah memastikan Aarash tidur dengan lena, barulah Haiyan meletakkan disebelah Aariz yang pulas ketiduran. Dia tersenyum kecil melihat pasangan kembar itu. Tak terkata rasa bahagia yang menjelma dihatinya sekarang. Keluarga yang dia nantikan.

"Pandai awak tidurkan Aarash. Macam biasa-biasa je. Ada pengalaman ke?" Sengaja Aareen mengusik lelaki itu. Haiyan langsung tidak kekok dalam menjaga dan mengurus anak-anak mereka dalam tempoh 2 minggu ini. Begitu juga dengan dia yang dijaga dengan baik sekali.

Sempat Haiyan mengucup pipi Aarash dan Aariz. Kedua-dua menggeliat dan bibir tercebik. Mungkin tidak suka bila tidur mereka diganggu. Haiyan mengalihkan kedudukan dia disisi Aareen pula.

"Nak cakap saya pernah kahwin ke? Pernah ada anak? Macam tu?" Tiba-tiba pula teringat tuduhan Aareen kepada dia dulu. Dituduhnya dia sudah ada isteri sebelum kahwin dengan Aareen.

Soalan Haiyan membuatkan Aareen ketawa kecil. Nampak sangat lelaki itu memerlinya. Dia memandang pasangan kembar itu.

"Iyan... saya nak tanya, boleh?"

Tangan Aareen digenggam Haiyan. "Tanya je. Apa dia?"

Aareen menarik nafas dalam. Tidak pasti apa reaksi Haiyan dengan soalan dia tetapi dia tetap mahu tahu juga. Hatinya meronta-ronta ingin tahu.

"Emm... haritu sebelum bersalin, saya ada kemas-kemas rak buku dalam bilik rahsia awak tu. Sorry sebab saya masuk tanpa izin." Kepalanya mula menunduk. Risau kemarahan Haiyan bangkit seperti waktu mula-mula dia masuk ke dalam bilik tersebut.

Walaupun terkejut, Haiyan tetap mengawal reaksinya. Marah? Sama sekali tidak. Dia bimbang jika dia bakal mengecewakan wanita itu lagi. Jadi, biarlah Aareen mahu meredah masuk ke dalam bilik itu.

"Okay. Then?" Tanya dia tenang.

Aareen ketap bibir dan mengeluh kecil. Syukurlah Haiyan tak marah.

"Tengah kemas tu saya... saya ada jumpa photo album." Dia berjeda seketika. Bila melihat Haiyan yang terus menanti, dia sambung semula. "Saya... saya bukan nak menyibuk tapi saya nak sangat tahu dalam album tu ada gambar siapa. And... saya buka. Dia... tunang awak ke?"

Berhati-hati Aareen menyoal kali ini. Bila terbaca tulisan yang berada di dalam album itu, jujur hatinya sakit. Di setiap keping gambar pasti ada kata-kata romantik dan cinta dituliskan. Dan, ada juga gambar Haiyan bersama perempuan itu. Saling senyum, tertawa, bergurau senda dan... berpeluk juga. Dia tak sangka yang Haiyan begitu.

Genggaman pada tangan Aareen dieratkan. Haiyan mendekatkan diri pada wanita itu. Dapat dia lihat anak mata Aareen yang bergetar.

"Bekas tunang." Tekan dia kuat.

Dahi Aareen berkerut.

Haiyan senyum perit dan tawar. Dia menunduk sayu seketika sebelum memandang wajah isterinya semula.

"Ya. Dia tunang saya dulu. But after you being my wife dia jadi bekas tunang saya."

"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya yang awak pernah bertunang? Masa kita kenal, awak..." Aareen tidak sempat habis menyoal kerana Haiyan menghalang dengan jari lurusnya.

"Masa kita kenal tu I'm single and available, sayang. Actually, ya saya pernah bertunang sepuluh tahun yang lepas. Nama dia Tihani. Tapi... jodoh kami tak lama. Beberapa bulan lepas kami bertunang, dia meninggal disebabkan leukimia. Saya... terkilan sangat sebab dia sorokkan sakit tu dah lama sangat. Saya marah dia and... langsung tak bercakap dengan dia sampai dia pergi untuk selamanya. Saya simpan semua kenangan saya dengan dia sebab saya rasa dekat dengan dia bila saya tengok balik semua kenangan tu." Cerita Haiyan panjang. Sekarang Aareen perlu tahu semuanya sebelum dia simpan dengan lebih lama. Risau akan menjadi punca pertengkaran mereka lagi.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang