CYT 52

13.4K 378 61
                                    

TIDAK cukup tanah Haiyan berlari masuk ke dalam hospital sebaik saja keluar dari kereta. Wad yang menempatkan isterinya dituju dengan dada yang berdegup kencang. Mahu luruh jantung miliknya ketika menerima panggilan daripada Puan Lathifah mengatakan Aareen dimaksudkan ke hospital disebabkan pendarahan secara tiba-tiba. Tanpa menunggu, kelam kabut dia bertolak ke Raub. Rasa perjalanan begitu jauh bila fikiran asyik melayang memikirkan Aareen. 

Dia begitu risau dengan keadaan wanita itu disaat dia tiada disisi. Kali ini dia tidak akan berganjak lagi jika Raif menghalau dia semula. Dia akan tetap bersama dengan Aareen disini dan bawa Aareen pulang bersamanya. Raif tidak hak untuk menghalang walaupun abang kepada isterinya. 

Sampai sahaja dihadapan pintu wad, laju tangan menolak daun pintu tersebut. Baru sekarang dia dapat bernafas dengan stabil bila pandangan menyapa sekujur tubuh Aareen yang masih terlena itu. 

"Umi." 

Puan Lathifah yang berada disisi isterinya disapa. Ketika ini dia bersyukur dengan adanya ibu mertua merangkap mak saudaranya yang masih berada dipihak dia walaupun dia telah lukakan Aareen. Tanpa Puan Lathifah, mungkin dia tidak tahu Aareen ditahan diwad sekarang ini. 

Tangan wanita itu disalami. 

"Liya." Nama Aareen meniti dibibir seraya mata merenung isterinya yang masih belum sedar itu. "Macam mana boleh jadi macam ni, Umi?"

Mendengar soalan Haiyan, Puan Lathifah sedikit mengeluh. Kesal dengan sikap Raif yang menyebabkan Aareen berlakunya pendarahan. Aareen tertekan disebabkan Raif yang tidak henti mendesak supaya bercerai dengan Haiyan. 

"Doktor kata Reen stress, tak cukup rehat dan kuat berfikir. Umi pun terkejut masa masuk dalam rumah tadi sebab dengar suara Raif menjerit panggil Reen. Bila masuk tu Umi tengok Reen dah tak sedarkan diri dan... darah mengalir turun ke kaki dia. Lekas bawa dia ke hospital." Jelasnya sambil mengusap kepala Aareen. 

Haiyan meraup wajahnya. Mungkin Aareen tertekan dengan apa yang jadi dan kerap berfikir. Kasihan isterinya. Semakin menebal rasa bersalah dan kesal dalam dirinya. Semua yang jadi ini adalah berpunca darinya. Jika dia tidak buat hal belakang Aareen pasti hubungan mereka baik-baik saja dan Aareen tidak perlu lalui semua ini. 

"Umi duduk dekat luar la. Iyan duduk sini teman Reen. Nanti pandai-pandai Umi la larang Raif dari halau Iyan. Ya?" Ujar Puan Lathifah lalu berdiri bersedia untuk beredar. Dia masih marah terhadap Raif yang sering saja mengikut emosi. 

"Umi. Terima kasih sebab masih bagi peluang pada Iyan untuk ada dengan Reen. Terima kasih juga sebab bagitahu Iyan pasal ni. Iyan..."

"Dah." Puan Lathifah mencelah bersama senyuman tergaris dibibir. "Jangan berterima kasih pada Umi. Umi tahu Iyan salah. Tapi kita sebagai manusia mesti ada buat silap untuk sedarkan kita dan buat kita insaf. Umi bagi peluang pada Iyan sebab Umi nak Iyan tebus kesilapan Iyan dan gunakan peluang ni baik-baik. Jaga Reen. Umi keluar dulu." 

Helaan nafas kelegaan dihembus Haiyan. Sungguh dia lega mendengar kata-kata ibu mertuanya itu. Syukurlah dia masih diberikan peluang. Dan, dia akan cuba untuk gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. 

Kerusi Puan Lathifah tadi diduduki Haiyan. Tangan Aareen digenggam erat dan dikucup lama. Mata tidak lepas dari merenung seraut wajah bersih itu. Dari wajah itu dia nampak yang Aareen penat dan lelah hadap semua ini. 

"Liya. I'm here." Kata dia perlahan. Tangan mengusap ubun-ubun Aareen. Luruh hati dia ketika ini melihat keadaan Aareen yang lemah seperti ini. 

Kepala ditunduk kesal. "Ini semua salah saya, sayang. Kalau saya tak beri peluang pada hati saya untuk jatuh suka pada perempuan lain, semua ni tak akan jadi. Awak tak akan terlantar dekat sini sebab stress fikir pasal kita. I'm sorry."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang