TOK TOK!
"Iyan, boleh aku masuk?" Tanya Faiz dari luar bilik kerja Haiyan. Termasuk kali ini sudah tiga kali dia mengetuk pintu itu tetapi tiada sahutan langsung dari dalam. Sampai naik lenguh tangannya itu. Bersama keluhan dia memulas tombol pintu tanpa menunggu sahutan dari Haiyan.
Faiz menggelengkan kepala setelah masuk ke dalam dan melihat Haiyan yang asyik mengelamun memandang tingkap. Patut la tak dengar ketukan dia yang bertalu-talu dari luar. Langkah diatur mendekati meja sepupunya itu. Haiyan masih belum sedar akan kehadirannya di dalam bilik itu.
Bum!
Terhinjut bahu Haiyan mendengar dentuman itu. Hilang semua perkara yang sedang fikir. Segera dia berpaling dengan wajah berkerut.
"Kau kenapa Iz? Dah tak pandai nak bagi salam? Ketuk dulu ke sebelum masuk. Main pukul meja aku macam tu pula. Pecah nanti kau nak ganti ke?" Marah Haiyan. Semakin marah dia melihat Faiz yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Faiz mencebik. Bagi salam konon. Dia ketuk sampai nak tercabut tangan pun Haiyan tidak dengar. Kalau salam lagi la tak dengar. Kerusi dihadapan meja Haiyan ditarik dan diduduk.
"Cuba kau tengok tangan aku ni." Belakang tangan yang sudah kemerahan kerana mengetuk pintu itu ditunjuk kepada Haiyan.
"Kenapa?"
"Nasib baik merah saja. Kalau tercabut macam mana? Naik lenguh ni tangan aku ketuk pintu kau tunggu kau bagi aku masuk. Tapi, harom. Langsung kau tak dengar. Asyik sangat mengelamun."Ujar Faiz seraya menjeling sepupunya itu. Haiyan yang sedang mencatat sesuatu pada fail pesakit itu dipandang.
Walaupun Haiyan hanya diam dan menunjukkan lagak biasa, Faiz tahu tentu lelaki itu ada masalah yang tidak diluahkan kepadanya.
"Kau ada problem ke?"
Haiyan mengangkat wajah. "Problem? Tak ada. Kenapa?" Muka dia ini nampak sangat ke macam orang ada masalah sekarang?
"Aku nampak kau macam stress. Cerita la dekat aku. Aku pun nak tahu."
"Aku cakap tak ada. Kau sibuk kenapa?"
"Kau kan cousin aku. So, aku kena la ambil berat dekat kau. Baik tak aku?" Faiz menjongket sebelah keningnya dengan berlagak.
Haiyan mendecit. "Muka aku ni nampak macam ada problem ke?"
"Aku kenal kau Iyan. Kau kalau tak ada problem, kau tak akan diam termenung macam tadi tu. Cakap la dekat aku. Cakap la weh!" Faiz mula menggesa.
Haiyan melepaskan keluhan berat. Belakang disandar pada badan kerusi empuknya. Dia tahu dia tidak akan tenang selagi tidak berkongi cerita ini kepada Faiz. Faiz adalah satu-satu sepupu yang paling dia rapat antara sepupu yang lain sebelah Papanya. Dan Faiz saja yang dapat memahami masalahnya. Setiap kali dia dibendung masalah, Faiz la yang dia akan mula cari untuk meluahkan masalah itu.
"Semalam."
Dahi Faiz berlapis. "Kenapa dengan semalam? Kau gaduh dengan Reen ke?"
Soalan Faiz dibalas dengan gelangan dari Haiyan.
"Habis tu?"
Sekali lagi Haiyan mengeluh. "Semalam Along dengan Angah balik."
"Along dengan Angah balik? Eh okay la tu. Dia dah lama tak balik kan? Then, kenapa dengan Along dengan Angah?" Mata Faiz meluas bila tertangkap sesuatu.
"Kau jangan cakap kau bergaduh dengan salah seorang dari dia orang?" Kalau tekaan yang dibuat itu betul, memang terkejut nak mati dia kerana dia tahu adik beradik Haiyan tidak pernah bergaduh.
KAMU SEDANG MEMBACA
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷
RomanceSelepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan...