KELUAR dari kereta, pantas Haiyan meluaskan langkah mendekati pondok pengawal keselamatan di sekolah isterinya bertugas. Setelah apa yang terjadi, dia nekad mencari Aareen disini kerana dia yakin pasti wanita itu tetap akan datang mengajar biarpun apa yang telah berlaku kelmarin. Tidak kira apa yang berlaku, dia tetap mahu mengajak Aareen pulang dan akan memujuk wanita itu semula biarpun sukar. Aareen perlu mendengar penjelasannya yang sebetulnya. Apa yang didengari itu kelmari belum lagi selesai dia katakan.
Melihat kelibat Haiyan mendekat, salah seorang pengawal bangun dari kerusi. Senyuman digariskan.
"Assalamualaikum. Ya, Encik? Ada yang boleh saya bantu?"
Haiyan mengangguk kecil. "Waalaikumussalam. Saya nak jumpa dengan isteri saya."
"Isteri? Maaf, Encik. Saya baru mula kerja dekat sini hari ni. Jadi, belum sempat kenal dengan sesiapa dekat sini."
"Oh." Haiyan mengerti. Patutlah. Biasanya bila sampai saja disini tentu ada pengawal keselamatan yang mengenalinya sebab kadang kala dia yang menghantar dan menjemput Aareen.
"Isteri saya, Cikgu Aareen."
"Okay, baiklah. Tunggu sekejap." Lantas pengawal itu bergerak ke arah telefon dan menghubungi pihak pejabat. Selesai, dia kembali menghampiri Haiyan.
Dengan penuh harapan Haiyan menunggu. Dia sudah bersedia untuk bertemu dengan wanita itu. Sudah tersusun ayat-ayat yang bakal dia ungkapkan pada isterinya itu.
"Maaf Encik..."
"Haiyan."
"Maaf ya Encik Haiyan. Cikgu Aareen tak ada hari ini. Dia MC." Dalam hati pengawal itu mula tertanya-tanya. Tak akanlah isteri sendiri tak masuk kerja pun suami tidak tahu?
Keluhan terletus dari bibir Haiyan. Meleset sekali harapan dia untuk bertemu dengan Aareen sekarang. Aareen benar-benar mengelak dan menjauh dari dia. Salah dia juga terlalu yakin bahawa Aareen akan tetap datang mengajar. Tentu sekali wanita itu masih perluakan ruang dan waktu untuk memulihkan semangat semula.
Senyuman hampa diukir. "Terima kasih."
"Sama-sama." Melihat Haiyan yang sudah beredar, pengawal tersebut menggelengkan kepala perlahan. Ini tak lain tak bukan mesti masalah rumah tangga. Tak pun isteri lari rumah. Banyak sangat kes yang macam tu. Ada masalah sikit, terus lari rumah. Perempuan, perempuan.
Kepala disandar lemah bersama mata terpejam. Menebal rasa bersalah dan sesal dia terhadap Aareen. Sedar, apa yang telah dia lakukan kepada wanita itu amat melampau. Sampai sanggup menaikkan tangan pada wajah mulus itu.
Wajah diraup kasar.
Buntu. Di mana lagi dia harus mencari Aareen? Zaim juga mengatakan bahawa Aareen tidak dapat dijejak. Usahkan Aareen, kereta wanita itu juga tidak kelihatan. Kemungkinan besar isterinya tiada di Kajang. Atau lebih tepat, Aareen keluar dari daerah Kajang dan tinggal ditempat lain buat sementara.
Jika Aareen buat keputusan balik ke Raub, langsung dia tidak kesah. Biarlah mentuanya tahu apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya isteri dia selamat berada disana. Namun, tidak mungkin Aareen akan pulang ke rumah mentuanya. Dia tahu, Aareen seorang isteri yang begitu menjaga aib dia sebagai seorang suami.
Bersama keluhan berat, kereta dipandu menjauh dari kawasan sekolah. Dia harus cari jalan untuk mencari tahu di mana keberadaan Aareen sekarang. Biarlah jika wanita itu tidak mahu bertemu dengan dia. Yang penting dia mahu memastikan yang isteri dan anak yang dikandung itu selamat.
Sesal!
Perasaan dan rasa itu tidak pernah luput dalam hatinya. Kenapa dia tidak berfikir sebelum bertindak? Fikir yang Aareen sedang mengandungkan zuriatnya? Dan boleh pula dia menampar isterinya itu?
KAMU SEDANG MEMBACA
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷
RomanceSelepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan...