CYT 23

6.4K 243 54
                                    

SAMSUNG yang berada di atas katil dipandang sepi. Menunggu panggilan dan pesanan dari orang yang diharapkan. Sudah dua minggu berlalu selepas majlis pertunangan dia dan Haiyan berlalu. Dua minggu itu juga la tiada khabar berita dari lelaki itu. Ke mana Haiyan menghilang pun dia tidak tahu.

Bila dihubungi tidak berangkat. Di meseg juga tidak balas. Whatsapp? Lagi la tidak.

"Kenapa dengan dia sebenarnya?" Soal Aareen sendiri.

Fikiran menerawang. Cuba mencari dimana silapnya pada Haiyan. Mana tahu, Haiyan merajuk dengannya. Tetapi, biasanya lelaki itu tidak akan mudah sentap dengan dia. Lain la dirinya.

Tangan menompang dagu.

"Dia sentap dengan kes hari tu ke?"

Teringat perbualan dia dengan Haiyan selepas sesi menyarung cincin dan berswafoto bersama. Memang pada tika itu Haiyan ada terasa hati dengannya kerana dia tidak menjawab setiap soalan yang lelaki itu tanya. Malah, Haiyan juga terasa kerana dia tidak memandang lelaki itu.

"Hrmm, tak kan la sebab tu dia merajuk dengan aku? Aku dah minta maaf kan?"

Dari posisi meniarap, Aareen berbaring pula. Siling yang bertentangan dengan dia direnung. Dalam otaknya tidak habis fikirkan fasal Haiyan. Kalau sehari dua boleh juga dia terima dengan rajuk lelaki itu. Tapi, dah masuk dua minggu dia tidak dengan khabar berita lelaki itu.

Dia mengeluh.

"Tak sempat kahwin lagi awak dah berubah. Dah tak contact saya."

Sebak mendatang. Air mata bertakung.

Tidak pernah dia rasa sedih dan sayu seperti ini hanya disebabkan seorang lelaki. Tetapi bila dengan Haiyan, semua boleh jadi. Sedih, marah, kecewa, bahagia. Semua itu terjadi bila dia teringat kepada Haiyan.

Kenapa?

Sebab kau cintakan dia.

Terjeda.

Dia cintakan Haiyan? Tapi, betul ke?

Adakah debaran yang datang setiap kali dekat dengan Haiyan itu adalah debaran... cinta?

Mungkin. Kerana, Haiyan saja yang boleh buat dia sebegitu rupa.

Pintu bilik yang diketuk dari luar bilik dipandang sekilas.

"Masuk la, Umi. Tak kunci pun."

Puan Lathifah membuka pintu. Kepala dijengulkan ke dalam sedikit mengintai anak daranya yang enak berbaring diatas tilam sambil merenung siling. Perasan, sejak anak daranya menjadi tunangan Haiyan, kerap sekali gadis itu termenung seorang diri. Malas dia hendak bertanya. Biar saja la anaknya berangan sikit.

Kaki menapak ke dalam bilik kemas Aareen. Katil Aareen didekati dan dia duduk dihujung katil.

"Amboi. Menungkan tunang ke tu?" usiknya.

Bibir Aareen mula memuncung. Suka tau usik dia. Bikin dia malu saja.

"Umi ni selalu usik Reen ."

"Kalau bukan Reen yang Umi nak usik, siapa lagi?"

"Abah kan ada."

"Abah?" Puan Lathifah menjuihkan bibir. "Buat apa nak usik Abah tu? Kena marah dengan dia adalah."

Tergelak besar Aareen. Tubuh dibangunkan dan dia bersila.

"Reen."

"Ya?"

"Boleh Umi tanya?"

Dahi Aareen terangkat. "Boleh."

"Kenapa lepas Reen bertunang dengan Haiyan, Reen kuat sangat termenung? Fikirkan apa? Rindu Haiyan ke?"

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang