CYT 10

9.8K 363 38
                                    

LANGKAH di atur mendekati Haiyan yang sedang berpeluk tubuh menghadap tasik yang terbentang luas. Hari ini dia dan Haiyan berjanji untuk berjumpa di taman. Selepa sahaja kelas habis dia terus datang ke taman yang dijanjikan. Bertubi-tubi soalan yang datang dari Bella, Sabrina dan juga Nadia sebelum dia dapat melepaskan diri datang ke sini. Pelbagai alasan yang kukuh dia cuba berikan agar tiga sahabatnya itu percaya.

Belakang tegap Haiyan diperhati. Tidak dinafikan Haiyan merupakan seorang lelaki yang bergaya dan segak. Disebabkan itu wajah Haiyan semula jadi tampan dan kacak itu bertambah apabila lelaki itu pandai bergaya. Sesuai dengan kerjaya Haiyan yang seorang doktor itu.

Ketampanan Haiyan juga merupakan salah satu sebab kenapa Aareen mula jatuh hati pada lelaki itu. Wajah bersih lelaki itu menenangkan dirinya walaupun Haiyan tidak pernah tersenyum lebar. Senyuman kecil dan nipis lelaki itu juga bisa menggetarkan hatinya. Jarang sekali dia ingin melihat Haiyan tersenyum lebar selama dia mengenali lelaki itu.

Lelaki itu masih belum sedar akan kehadirannya. Kerana itu lah dia mengambil kesempat untuk memerhati Haiyan. Bahu kanan Haiyan dicuit menggunakan kunci kereta yang masih berada ditangan.

Haiyan berpaling kemudian tersenyum kecil melihat Aareen yang sudah muncul dibelakangnya.

"Lambat sampai. Kenapa?" Hampir setengah jam dia menunggu gadis itu disini.

Aareen menayangkan sengihan. "Sorry. Traffic jam tadi. Kenapa awak nak jumpa saya?"

Kaki Haiyan mula menapak selangkah mendekati Aareen dihadapannya. Wajah Aareen dipandang. Hampir dua minggu dia tidak melihat wajah itu. Rindu? Dia sendiri pun tidak tahu dengan perasaanya. Yang pasti dia ingin melihat wajah itu.

Tangan diselup ke dalam kocek seluar. "Saya nak ajak pergi satu tempat. Nak ikut tak?"

"Pergi mana?" Terjongket kening Aareen.

"Cuba teka."

Aareen mengetap bibir. Haiyan sengaja bermain tarik tali dengannya. "Mana la saya tahu."

"Saya nak bawa awak ke rumah saya." Tanpa teragak-agak terus Haiyan meneruskan tujuannya ingin berjumpa dengan gadis itu. Dia harap Aareen tidak menolak.

Berkerut seribu dahi licin Aareen. "Ke rumah awak? Nak buat apa?"

"Jumpa dengan Mama saya."

"Ha? Ke... kenapa?"

"Saja."

"Tapi kan haritu saya dah jumpa dengan Mama awak." Aareen benar-benar pening dengan Haiyan sekarang. Apa sebab lelaki itu ingin membawa dia berjumpa dengan Mama Haiyan?

Senyuman nipis Haiyan gariskan. Suka dia melihat wajah kebingungan Aareen. "Hari tu lain. Kali ni lain."

"Apa yang lain? Saya tak faham."

Sekali lagi Haiyan bergerak selangkah mendekati Aareen. Tetapi Aareen mengundur ke belakang kerana dia rasakan jarak antaranya dan Haiyan hampir dekat.

"Erm... jauh sikit nanti tak elok kalau orang nampak kita duduk dekat-dekat." Tegur Aareen sedikit segan dengan kelakuan Haiyan.

Haiyan tersenyum. Dia masih tahu batas antara lelaki dan perempuan. Tetapi sengaja dia berbuat demikian kerana ingin menguji Aareen. Rupanya Aareen memang seorang gadis yang menjaga pergaulan.

"Yang lainnya, hari tu Mama kenal awak sebagai orang yang dah langgar kereta saya. Kali ini saya nak Mama kenal awak sebagai..." Ayat seterusnya tidak diteruskan.

"Sebagai apa?"

"Sebagai kawan istimewa saya." Dalih Haiyan. Mana mungkin dia memberitahu Aareen tujuan dia sebenar ingin membawa gadis itu berjumpa dengan Mamanya. Dibuatnya Aareen terkejut kemudian terus lari dari dia siapa tahu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang