CYT 58

13.4K 367 21
                                    

HARI ke 15, Haiyan sudah tidak sabar-sabar lagi mahu tamatkan syarat Aareen bila genap saja sebulan. Seperti hari-hari yang berlalu seperti hari pertama syarat bermula, Haiyan tetap menjalankan syarat tersebut tanpa sedikit tersalah. Dia benar-benar patuh pada syarat yang dikenakan Aareen. 

Perhatian pada buku latihan anak muridnya dihentikan. Badan disandarkan pada kerusi guru yang didudukinya. Jadual pada hari Selasa seperti hari ini kebiasaannya tidak terlalu padat. Jadi, dia hanya menghabiskan masa di dalam bilik guru sementara menunggu kelas seterusnya. Sambil itu memeriksa buku latihan anak-anak muridnya. 

Pen ditangan diputar-putarkan. Bibir tidak semena-mena menguntum senyuman lebar. Terasa lucu dan lawak bila mengenangkan suaminya. Nampaknya Haiyan benar-benar mahu dapatkan kemaafan dari dia. Bersungguh lelaki itu mengikut syarat yang diberinya. Lelaki itu sabar dan tetap tabah. 

"Eh Reen. Senyum je memanjang. Teringat Encik Suami ke?" 

Aareen menoleh ke sebelah. Dia tertawa kecil bila diusik sebegitu oleh rakan cikgunya, Cikgu Shida. Sepanjang dia bertugas di sekolah ini, cikgu-cikgu disini baik belaka dan sangat peramah. Sering juga memberi dia tunjuk ajar membantu dia dalam menjadi seorang guru yang berdedikasi. 

"Tak ada lah. Tiba-tiba teringat benda yang lucu. Kak Shida dah habis kelas ke?"

Cikgu Shida melabuhkan duduk diatas kerusinya. Lelah dilepaskan. "Ada lagi. Tunggu sepuluh minit lagilah baru masuk. Penat."

Aareen hanya mengangguk faham dan masih tersenyum. 

Tok! Tok!

Mata mereka melorot beralih pada pintu bilik guru. 

"Maaf menggangu cikgu. Ni saya cuma nak hantarkan makanan ni untuk Cikgu Aareen. Tadi ada orang yang hantarkan." Ujar pengawal keselamatan tersebut sambil berlalu masuk ke dalam dan mendekati meja Aareen. 

"Untuk saya?" Kening Aareen terjongket hairan. Siapa pula yang rajin hantarkan makanan ni? Bekas makanan tersebut tetap diambil dari huluran pengawal itu. 

"Siapa yang hantarkan ni?"

"Tadi rider yang hantarkan. Saya ingat Cikgu Aareen ada order apa-apa makanan. Cuma rider tu cakap ni untuk Cikgu."

"Oh. Okay. Thanks Pak Samad."

"Baiklah. Pak Samad pergi dulu." 

Bekas makanan diletakkan di atas meja. Sekejap lagi akan masuk waktu rehatnya. Macam tahu-tahu je siapa yang hantarkan ni. 

"Wah! Ada yang hantarkan makanan. Encik Suami la tu. Sweet sangat ni. Eh Kak Shida pergi dululah." Sempat Cikgu Shida berseloroh sebelum berlalu pergi. 

Aareen menggeleng kepala seraya tersenyum kecil. Tumpuan kembali pada bekas makanan itu. Buka saja penutup makanan itu, ada sekeping kertas yang terselit. Lantas dia ambil dan membuka kertas yang berlipat itu. 

'Enjoy your meal, sayang.'

'I can't call and text you but I still can send you this notes right? Sebab tak ada dalam syarat awak tu.'

From your beloved husband.

Love you<3

Dia tergelak halus. 15 hari sudah berlalu, hari ini baru Haiyan dapat idea bagaimana nak pujuk dia ke? Ingatkan Haiyan sudah tidak mahu memujuk dia lagi. 

"Yakin-yakin je dia tu beloved husband."

Walauapapun Aareen tetap gembira dan terharu dengan sikap Haiyan yang tidak putus asa mahu memujuk dia. Dia juga mahu mereka berdua berbaik seperti dulu. Tetapi dia bimbang jika Haiyan akan buat perangai semula. Dia percayakan lelaki itu tetapi dia masih perlukan masa. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang