CYT 24

6.4K 229 37
                                    

NAMA Haiyan terpapar di dada skrin Samsung miliknya. Dia tak salah tengok bukan? Betulkan itu adalah nama Haiyan? Kedua belah mata digosok-gosok. Skrin Samsung dipandang semula.

Betul! Haiyan!

Puan Lathifah menjenguk sedikit untuk melihat gerangan yang menghubungi anak daranya. Bibir tuanya hadir dengan senyuman.

"Kenapa tengok saja? Jawab la."

Aareen terhenti mengelamun. Air liur diteguk terasa kesat. Jawab? Memang dia nak jawab. Tapi kenapa dada dia berdebar sangat? Hampir sebulan Haiyan menghilangkan diri, hari ini baru dia dapat panggilan dari lelaki itu. Dan dia agak... awkward.

"Reen?" Puan Lathifah menegur. "Kalau tenung saja skrin tu bila boleh bercakap?" Kepala digeleng sebelum dia bangun dan berlalu ke ruangan dapur. Memberi ruang kepada Aareen untuk menjawab panggilan. Mungkin Aareen segan bila dia ada disitu.

Orang bercinta katakan.

Aareen kemam bibir. Teragak-agak dia mahu menekan punat hijau menjawab panggilan Haiyan. Sesaat kemudian, Samsung berhenti dari terus berdering. Dia menghela nafas lega. Samsung diletak ke tempat asal semula.

"Fuh! Nasib ba..."

Tapi hampa, Samsung kembali berdering. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Nak jawab ke tak? Jawab ke tak? Kalau aku jawab, nanti dia kata aku memang tengah tunggu dia call sebab jawab cepat sangat." Aareen mula berfikir. Skrin yang masih tertera nama Haiyan dipandang sekilas.

"Reen! Jawab la! Bising la. Umi dekat dapur ni boleh dengar tau!"

Aareen memeritkan wajah apabila suara kuat Puan Lathifah yang berada di dapur mula menusuk ke dalam telinganya.

"Ya, Umi!"

Terketar-ketar tangan ingin mencapai Samsung.

"Reen!"

Disebabkan terkejut, secara tidak sengaja Aareen telah menekan punat hijau pada dada skrin. Mulut dia ternganga. Nak tak nak terpaksa juga dia bercakap. Tak akan la nak letak tiba-tiba macam tu. Nanti apa pula yang lelaki itu kata.

Dengan rasa teragak-agak, Samsung ditekap pada telinga. Gugup yang dia rasa pada tika ini. Padahal, bukan tidak pernah bercakap melalui telefon dengan lelaki itu. Tetapi disebabkan hampir sebulan sudah mereka berdua tidak bertegur sapa dan menghubungi sesama sendiri, terasa kekok pula.

"Assalamualaikum."

Kedengaran suara Haiyan menyapa.

"Wa... waalaikumusalam." Bibir yang terketar-ketar ditampar perlahan. Tidak tentu fasal dah jadi gagap.

"Kenapa lambat jawab?"

Melilau mata Aareen memikirkan jawapan yang munasabah untuk diberikan kepada Encik Tunang.

"Err... tadi... tadi saya dekat dapur. Tak dengar handphone bunyi. Sorry." Jawapan yang paling tepat untuk berbohong. Tak mungkin dia akan jawab jujur.

"Oh."

Dahi berkerut seribu.

Oh? Hanya 'Oh' yang dibalas lelaki itu?

Aareen keliru. Haiyan bersikap seperti tiada apa yang berlaku. Tidakkah lelaki itu terasa bersalah kerana hampir sebulan menghilangkan diri selepas mereka berdua bertunang?

Aareen berdehem. Hilangkan gugup sedikit.

"Kenapa awak call?"

Dahinya ditepuk perlahan. Soalan jenis apa tu? Tidak sepatutnya dia soal begitu. Waduh!

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang